Home Tips Kewangan Anda pasti faham tentang kesan penurunan OPR lepas hadamkan artikel ini

Anda pasti faham tentang kesan penurunan OPR lepas hadamkan artikel ini

6779
18
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kecoh minggu lepas masa Bank Negara turunkan kadar OPR (Overnight Policy Rate, atau Kadar Dasar Semalaman).

Tindakan ini dibuat bagi memastikan ekonomi dalam negeri terus berada pada landasan pertumbuhan yang mampan, dalam keadaan inflasi yang stabil (sumber: Astro Awani).

Bank Negara potong kadar faedah sebanyak 25bps. Bermakna, ia turun menjadi 3.00% dari 3.25%.

Tapi, apakah kesan daripada penurunan kadar OPR ini?

In Shaa Allah, perkongsian Tuan Faiz Pire yang power ini akan mudahkan pemahaman korang pasal OPR. Tok dapat ilmu ohsem ini dekat blog The Vocket.

Perubahan yang buatkan ramai pakar ekonomi negara terkejut.

Korang pasti dah dengar minggu lepas tentang cerita Bank Negara potong interest rate.

Memang sebelum ni, orang dah bercakap-cakap akan ada potongan. Tapi ramai yang jangkakan ia akan dibuat semasa mesyarat bulan September nanti.

Tup tup, mesyuarat semalam dah potong. Hmm. Boleh tahan jugak gabenor baru kita ni.

Berbanding dengan Zeti dulu, dia akan bagi hint sebelum dia buat apa-apa. Gabenor baru ni terus buat je. Takde hint.

Sebab tu market was caught by surprise. Tak apa. Memang style dia macam tu kot.

Ok. Jadi semalam Bank Negara potong kadar faedah sebanyak 25bps. Dari 3.25% menjadi 3.00%.

Apakah kesan penurunan kadar OPR?

Adakah ia bagi kesan yang positif atau negatif?

Jawapannya bergantung kat siapa yang bertanya.

Untuk man on the street macam kita, lower interest means cheaper borrowing cost.

Bermakna, kadar faedah untuk pinjaman akan jadi lebih rendah lepas ni. Aku tak pasti quantum dia banyak mana, tapi akan ada penurunan.

Buat mereka yang kaki property main rumah nilai juta-juta tu, banyak kurangnya bayar bulan-bulan selepas ini.

Sama juga dengan pinjaman kereta.

Aku tak tahu sangat pasal bank komersil, tapi sepatutnya pinjaman kereta akan jadi lebih rendah (untuk pinjaman baru. Existing hire purchase tak ada kesan rasanya, sebab dah fixed).

Boleh la korang beli Honda Civic baru nanti.

Tapi untuk pelabur, berita interest rate cut ni tak bukan satu berita yang baik sangat pada mereka. Sebab bank akan rendahkan pulangan pelaburan.

Katakan sebelum ni kalau buat placement (pelaburan), dapat 3.40% setiap tahun (per annum). Bila interest rate dipotong, pulangan pelaburan akan jadi lebih rendah. Contohnya, 3.00% setiap tahun (per annum) saja.

Bayangkan kalau kita laburkan RM2 hingga 3 juta. Banyak juga yang kita dah rugi kan?

Sebab Bank Negara kurangkan faedah.

Pertamanya, kita kena tahu konsep asas ini — masa ekonomi tengah bagus dan berkembang terlalu pesat, kadar faedah akan dinaikkan.

Tetapi kalau ekonomi perlahan, kadar faedah akan dikurangkan.

Kaitan dia macam ini.

Bila ekonomi terlalu pesat, syarikat atau kilang untung banyak, gaji pekerja naik, bonus 24 bulan, apa akan jadi?

Semua orang akan ada banyak duit. Bila duit terlalu banyak dalam pasaran, nilai duit jadi macam mana?

Nilai duit akan jatuh. Itu yang kita panggil inflasi.

Sebab semua orang ada duit. Lepas tu, peniaga akan buat apa?

Peniaga akan naikkanlah harga. Ala-ala macam bid lah. Sapa yang ada duit lagi banyak, dialah yang dapat beli barang.

Hasilnya, harga barang naik lebih tinggi.

Salah satu cara mengawal inflasi.

Jadi, antara cara untuk kawal inflasi, adalah dengan menaikkan interest rate.

Macam aku cakap tadi, interest rate tinggi bermaksud higher borrowing cost.

Orang akan mula kawal perbelanjaan. Nak buat pinjaman pun fikir dua kali, sebab kadar faedah dah mahal. Yang rasa tak payah tu, batalkan je terus, tak payah pinjam.

Akibat kenaikan kadar ini, orang akan mula simpan duit. Melabur balik sebab macam contoh aku bagi tadi, pulangan pun akan dilaras menjadi lebih tinggi.

Ok?

Itu cerita macam mana nak kawal kalau ekonomi kita berkembang pesat.

Kali ni, kita reverse pula.

Kalau ekonomi kita semakin perlahan?

Terbalikkanlah. Rendahkan kadar faedah semula.

Faedah rendah galakkan orang berbelanja.

Bila kos meminjam semakin rendah, nanti adalah yang gatal nak beli kereta baru, nak buat pinjaman untuk besarkan dapur, mula bisnes baru dan sebagainya.

Maknanya apa?

Semua aktiviti ini akan stimulate (merangsang) balik ekonomi yang perlahan tadi.

Jurujual kereta dapatlah komisyen bila kereta ada orang beli. Kontraktor adalah job bila kita suruh renovate dapur.

Nampak tak?

Dan itulah yang berlaku sekarang.

Turunkan kadar faedah ini adalah salah satu cara nak galakkan kita untuk berbelanja.

Langkah lain kita dah buat seperti bagi BR1M, penetapan gaji minimum, naikkan gaji pegawai kerajaan, bagi bonus pula lagi, rendahkan caruman bulanan ke EPF, semua tu sebab nak bagi tunai pada tangan kita, untuk kita belanja (stimulate the economy).

Kot-kotlah masih ada yang tak perasan, ekonomi kita makin perlahan sekarang.

GDP sebagai pengukur.

Kayu ukur paling mudah adalah GDP (gross domestic product. Google-lah. Jenuh kalau semua aku nak terangkan di sini).

  • Suku pertama (1Q) 2015: 5.7%,
  • Suku ke-2 (2Q) 2015: 4.9%,
  • Suku ke-3 (3Q) 2015: 4.7%,
  • Suku ke-4 (4Q) 2015: 4.5%,
  • Suku pertama (1Q) 2016: 4.2%.

Nampak tak trend sejak setahun yang lepas? Ya. Makin lama makin rendah.

Untuk GDP 2Q 2016, Bank Negara akan umum 12/08 nanti. Dok rasa 4.0% sahaja.

Sekarang, dengan historical GDP figure atas ni, kita tahu ekonomi kita memang semakin lembap.

Kaitkan balik dengan yang aku tulis di atas tadi.

Apa akan jadi bila ekonomi bergerak perlahan?

Betul, korang pandai.

Kita akan turunkan interest rate. Untuk pengetahuan korang, interest rate kita pernah turun hingga 2.0% (ini terjadi masa zaman ekonomi gawat tahun 2008 – 2009 dulu).

Ya, borrowing cost akan jadi lebih murah. Tapi loan approval rate (kadar kelulusan pinjaman) macam mana pula?

Sebagai contoh, apabila kita tengok statistik (too bad I can’t share the charts here), kelulusan kad kredit dah jatuh sekitar 40% saja (berbanding 80% pada tahun 2014).

Maknanya makin ramai orang tak layak nak buat kad kredit atau pinjaman. Yang ni mungkin boleh kait dengan household debt (hutang isi rumah) pula.

Masing-masing dah banyak komitmen hutang. Tak layak nak buat pinjaman baru. Jadi tak guna juga kalau interest rate rendah, kita tak layak nak gunakan, kan?

Apa pandangan korang?

Apa macam? Korang rasa, teruk ke ekonomi kita bila baca ni? Haha.

Tapi, to be fair, kita tengok negara lain juga.

Memang satu dunia pun macam ni pattern-nya. Kalau kita rasa ekonomi kita teruk, banyak lagi negara yang lagi teruk depa punya slowdown.

Ada yang berisiko nak recession pun ada.

Aku pernah tuliskan pasal negative interest rate hari tu? Yang tak baca lagi, pergi cari.

Baru-baru ni, IMF downgrade ramalan GDP untuk Eurozone (untuk 2016) daripada 1.7% kepada 1.6%. (Haa, cuba banding dengan GDP kita. Sebab tu aku kata economy growth kita sekitar 4.0% tu ‘ok’ lagilah).

Sebelum tu, IMF downgrade ekonomi US daripada 2.4% menjadi 2.2%.

Nampak tak GDP negara lain macam mana? Teruk kan? Sebab tu bank pusat negara masing-masing mahu turunkan interest rate sekarang.

Sebut sahaja negara mana. Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Korea, Japan, semua potong kadar faedah.

Hmm. Panjang dah ni. Cukuplah dulu. Kalau hangpa tak muntah, lain kali aku tulis lagi.

Nota tambahan yang bagus anda ambil tahu.

Kalau rajin, boleh baca statement yang Bank Negara keluarkan semalam. Google “BNM MPC statement”. Nanti keluarlah.

Pasal impak Brexit pulak, nak kata direct impact pun tak juga. Sebab eksport kita ke UK sikit saja (1.1%).

Tetapi oleh kerana Brexit beri kesan kepada EU, ini mungkin ada impak juga pada kita. EU top 3 (mungkin) eksport kita. Banyak juga yang kita jual dekat sana. Jadi bila permintaan dekat sana rendah, kita pun kena jugalah tempias dekat sini.

Nonetheless, nilai Pound 5.22 sekarang (berbanding sebelum Brexit 5.93). Boleh lagi kalau nak berjalan dekat sana. Hehe.

Market is now expecting another 25bps cut this year.

Tahun ni ada dua meeting lagi. September dengan November.

Sekian.

Memang panjang artikel ni. Tapi berbaloi-baloi untuk korang luangkan masa dan baca sampai habis.

Dengan penerangan panjang lebar begini, Tok yakin korang akan faham implikasi penurunan dan kenaikan OPR lepas ni, walaupun korang tak pernah ambil jurusan ekonomi.

Tahniah. Korang dah berjaya melangkah satu tapak ke depan.

Apa lagi yang korang berminat nak tahu? Tulis kat bahagian komen.

Tok suka nak tahu apa yang korang berminat nak tahu. Faham tak ni? Hehe

18 COMMENTS

  1. Salam Tok, terima kasih atas perkongsian OPR terkini Malaysia. Saya nak tahu apa kaitan OPR dengan pelaburan hartanah? Tok ada sebutkan di atas pelabur ada rugi jugak hasil penurunan OPR ni. Cuma tak berapa faham. Adakah ini akan men’slow’kan pelaburan hartanah? Harap Tok dapat bagi pencerahan.

  2. Tuan, bila selalunya pertukaran kadar pinjaman bank akan berlaku (penurunan interest). Adakah kesannya serta merta atau bermula pada tahun hadapan?

  3. terima kasih atas maklumat yg diberikan… boleh tak share procedure yang betul untuk mengambil tindakan kepada penyewa yang tidak membayar duit sewa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here