Home Tips Kewangan ‘Keperluan VS kemahuan’ – 3 tip simple rangka bajet power

‘Keperluan VS kemahuan’ – 3 tip simple rangka bajet power

2095
0
SHARE
Sumber gambar - Vulture
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Korang pernah berjalan dalam shopping mall, lepas tu ternampak satu jaket yang korang nak sangat?

Okay. Mungkin jaket penting untuk pastikan badan korang sentiasa suam kuku waktu musim hujan. Ini, Tok takde masalah nak terima.

Tapi, kenapa kena beli jaket kulit branded yang mahal?

Ada benda, korang perlukan. Dan ada benda pulak benda yang korang nak, tapi takde pun, tak apa.

Dan tak bermakna korang tak perlukan benda tu, korang tak boleh beli langsung. Janji korang buat 3 tip Tok baca kat blog NerdWallet ni.

Macam mana nak bezakan 2 benda ini?

Keperluan (needs) adalah perbelanjaan yang korang wajib ada supaya dapat menjalankan kehidupan setiap hari dan bekerja.

Boleh kata juga, ini adalah perbelanjaan berulang yang selalunya, tak gunakan sejumlah besar gaji bulanan korang – ansuran rumah, sewa, atau kereta.

Bawah ni adalah senarai pendek perbelanjaan dalam kategori keperluan :

  • Rumah,
  • Kenderaan,
  • Insurans,
  • Minyak dan eletrik,
  • Makanan.

Kemahuan pulak, adalah perbelanjaan yang bantu jadikan hidup korang lebih selesa. Benda-benda yang korang beli untuk puaskan hati.

Korang boleh hidup macam biasa kalau benda tu takde. Tapi, korang boleh nikmati hidup yang baik kalau ada.

Sebagai contoh, makanan adalah keperluan. Tapi mocha dan latte adalah kemahuan.

Apa yang tergolong sebagai ‘kemahuan’?

Yang ni, termasuk :

  • Melancong,
  • Hiburan,
  • Baju jenama designer,
  • Keahlian gym,
  • Minum kopi mahal.

2 kategori ni adalah standard. Cuma, keperluan dan kemahuan antara setiap orang tak sama.

Hal ini disahkan Leslie H. Tayne, pengasas Tanyne Law Group, sebuah firma guaman menguruskan hutang di bandar New York.

Beliau berikan kaunseling kepada klien berkaitan hal pengurusan kewangan peribadi. Dan daripada kajian beliau, konsep antara keperluan dan kemahuan, ada kaitan dengan faktor psikologi manusia.

Sebagai contoh, korang perlukan kereta untuk bekerja setiap hari. Tapi kereta dengan ansuran bulanan RM2,000 sebulan, mungkin tak logik dengan bajet korang.

Akibat nak ‘bergaya tak kena masa’

Tapi, ada sesetengah orang menganggap ini sebagai kemewahan yang mereka perlukan.

Macam mana nak tahu sama ada itu adalah keperluan, atau kemahuan?

“Kami melihat ini dari sudut perniagaan, walaupun ini adalah masalah kewangan,” jelas Tayne.

Contoh soalan yang mereka gunakan adalah seperti :

“Adakah orang itu boleh hidup, tanpa barang itu?”

“Adakah sesuatu itu diperlukan, dalam contoh situasi seperti atap rumah rosak, dan sebagainya.”

Kalau sesuatu benda tu tak diperlukan dan tak penting, ia adalah kemahuan.

3 cara susun ‘keperluan’ dan ‘kemahuan’ yang tak ramai tahu

Mulakan dengan senaraikan semua barang yang korang beli dan bayar setiap. Ini termasuk tisu, barang mandian, hingga ke insuran nyawa.

Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu ‘keperluan,’ dan satu lagi ‘kemahuan.’

Kalau kebanyakan orang, akan letakkan pelan handphone dan insruan dalam kategori ‘keperluan.’ Tapi langganan TV satelit sebagai ‘kemahuan.’

Jumlahkan semua, dan selaraskan mengikut perkara yang lebih utama.

Kalau ikut NerdWallet, mereka akan saran gunakan bajet 50/30/20 :

  • 50% untuk belanja ’keperluan,’
  • 30% untuk belanja ‘kemahuan,’ dan
  • 20% untuk ‘simpanan’ dan bayar hutang.

Katakan pulak, perbelanjaan semasa korang tak sepadan dengan senarai yang korang buat. Macam mana nak buat?

Korang boleh ubah dengan :

#1 : Tengok balik senarai yang anda buat

Kaji balik betul-betul senarai yang korang buat tadi. Mungkin ada benda yang korang terlepas pandang, yang berada dalam kategori ‘keperluan,’ tapi sebenarnya ‘kemahuan.’

#2 : Rangka balik belanja ‘keperluan’

Walaupun korang perlu bayar sesuatu perkara (sebagai contoh, insuran), tak bermakna korang kena bayar lebih daripada yang sepatutnya.

Tanye cadangkan, hubungi syarikat insuran dan tanya pelan yang sesuai dengan keadaan kewangan korang.

#3 : Kurangkan belanja ‘kemahuan’

Ini paling senang, tapi tak semua orang sanggup buat.

Tak bermakna korang tak boleh berbelanja langsung. Cuma, kena kurangkan. Kalau nak beli barang yang mahal sikit, kumpul duit.

Contohnya seperti tukar bilik Airbnb yang lebih murah untuk trip melancong seterusnya, atau beli kasut yang tak terlampau mahal, tapi masih stylo.

Sekarang, korang mesti dah tahu nak buat apa. Boleh je beli barang yang korang nak, janji bajet korang tak koyak.

Apa-apa pun, letak keperluan sebagai keutamaan korang.

Mungkin ramai lagi yang tak tahu tentang ini. Jemput SHARE ilmu baik ni kat kawan-kawan korang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here