Home Berita Terkini Sewa 5 tahun, sambil kumpul 30% modal beli rumah pertama? Confirm orang...

Sewa 5 tahun, sambil kumpul 30% modal beli rumah pertama? Confirm orang Selangor ’tangkap leleh’

10284
1
SHARE
Sumber gambar : phssb.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tok ada berita yang sangat baik untuk korang yang menetap di Selangor.

Bagi yang tengah pening kepala tak berumah lagi tu, ini ada peluang baik punya untuk korang.

Mula-mula, Tok agak skeptikal.

Tapi lepas program dah keluar borang pendaftaran, baru Tok percaya. Sejak tahun lepas lagi Tok ada dengar tentang skim ni.

Bayangkan – Menyewa dalam masa 5 tahun, dan korang dapat balik 30% daripada apa yang korang bayar tu, untuk beli rumah baru.

Skim apa pulak ni? Teruskan membaca kalau korang serius nak tau.

Orang Selangor bakal tersenyum bila tengok video ini

Data korang mesti tengah banyak, kan? Awal bulan la katakan. Tak pun tengah connect dengan WiFi ofis.

Jemput tekan butang play dekat video bawah ni. Dengar apa yang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nak bagitau.

Kejap je. Tak sampai 2 minit pun:

(Sumber video: SelangorTV.my)

Terus ada modal beli rumah lepas 5 tahun?

Ini peluang yang golongan berpendapatan sederhana di Selangor impikan selama ni. Sewa dulu, lepas tu, terus ada modal untuk beli rumah pertama lepas 5 tahun menyewa.

Dalam video ni, Datuk Azmin ada sebut tadi pada minit 1:16 hingga 1:38:

“… pemulangan 30% itu, boleh dijadikan modal untuk pembelian Rumah SelangorKu.”

Buat masa ni, Tok tak pasti sama ada korang boleh guna 30% tu untuk beli rumah lain, atau memang khusus untuk Rumah SelangorKu.

Ada update je nanti, Tok bagitau korang.

134 unit pada 2016. Berapa banyak untuk 2017? 

Kalau ikut laporan tahun lepas (31 Oktober 2016) dekat Free Malaysia Today, kerajaan Selangor dah beli 134 unit kediaman di lokasi strategik untuk skim ini.

Dan pada tahun ni pulak, kerajaan negeri sediakan RM100 juta (ini ada disebut dalam Belanjawan Selangor 2017) untuk luaskan lagi Skim Smart-Sewa.   

Nak lagi senang faham, korang tengok je gambar bawah ni:

Sumber gambar : yeobeeyin.com

Layak ke anda memohon Skim Smart-Sewa ni?

Nak tau layak atau tak, baca dulu syarat-syarat kelayakan permohonan yang Tok ambil dekat laman web rasmi PHSSB (Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd) ni:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berusia 18 tahun ke atas, dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan.
  3. Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM5,000.
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor.
  5. Pemohon tidak mempunyai rumah atau memiliki kediaman di Selangor; atau mempunyai kediaman, tapi terletak lebih 50KM daripada tempat sewa dipohon, dengan syarat tempat kerja pemohon hendaklah dalam lingkungan 25KM perjalanan.
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

Tempoh menyewa pulak, 2 tahun paling minimum, dan maksimum sehingga 5 tahun.

Apa yang anda perlu sediakan untuk memohon skim ini?

Sediakan semua 12 benda ni sebelum memohon:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Salinan surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan / surat cerai.
  3. Salinan sijil kelahiran (MyKad / MyKid) anak.
  4. Salinan MyKad / MyKid tanggungan (selain anak).
  5. Penyata gaji 3 bulan terkini.
  6. Salinan KWSP.
  7. Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini.
  8. Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan, dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah.
  9. Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan.
  10. Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan.
  11. Salinan bil eletrik dan bil air terkini kediaman sekarang.
  12. Salinan Daftar Undi.

Ada tak sebarang update tentang Skim Smart-Sewa pada tahun ini?

Pandai korang. Terus tembak Tok dengan soalan ni. Jawapannya, ada. Dah berjalan dah pun.

Korang dah boleh mula isi borang permohonan dah pun.

Ada laporan dekat Selangor Kini nyatakan, kerajaan Selangor dah kenalpasti 260 unit rumah (sebelum ni, 134 unit) untuk dibeli bawah Skim Smart-Sewa.

Berikut adalah senarai yang termasuk dalam 260 unit rumah tadi:

  • Pangsapuri De Kiara (30 unit),
  • Pangsapuri De Bayu (30 unit),
  • Pangsapuri Bukit Raja (50 unit),
  • Apartmen Trifolis, Bandar Botanic (30 unit),
  • Jade Hills Kajang (50 unit),
  • Pangsapuri Bandar Rimbayu (50 unit),
  • Bandar Seri Coalfields Sungai Buloh (20 unit).

YB Dato’ Iskandar Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor ada jelaskan dekat FB beliau, Pangsapuri Kapar di Jalan Keretapi Lama, Klang akan disewa hanya pada kadar RM600 hingga RM650 sebulan.

Bermakna, kita boleh kira berapa banyak boleh dapat lepas tempoh 5 tahun menyewa.

Katakan, kita ambil kadar RM650 sebulan tadi:

  • RM650 X 12 bulan (setahun) =
    • Kos bayar sewa setahun = RM7,800
  • RM7,800 X 5 tahun =
    • Jumlah bayaran sewa selama 5 tahun = RM39,000
  • RM39,000 X 30% =
    • RM11,700

Jumlah pulangan yang korang bakal dapat daripada kerajaan Selangor adalah sebanyak RM11,700.

Apa nak buat semasa menyewa 2 hingga 5 tahun tu?

Sementara korang tengah menyewa tu, jangan pulak korang duduk goyang kaki je. Dah cukup senang ke hidup tu?

Patut masa ni, korang usaha selesaikan apa yang patut supaya kerja membeli rumah nanti berjalan dengan lancar. Nak belajar ilmu lain? Rajin-rajin godek apa yang ada dalam blog ni.

Tok kongsikan idea sikit beberapa perkara yang korang boleh buat masa tengah menyewa tu:

#1: Bank senang kasi loan rumah bila anda settle-kan ‘ini’

Dah nama pun hutang, tentu la korang wajib kena bayar balik.

Masa ni la, patut korang gunakan untuk langsaikan segala hutang kad kredit, PTPTN, atau lain-lain spesis hutang yang ada. Baru bank berani bagi loan rumah kepada korang.

Sekarang ni, macam-macam pulak perangai tak semenggah yang ada.

Orang yang berhutang pulak sentiasa cari jalan untuk elak bayar. Pergi melancong sana-sini, ada pulak duit.

Jangan pulak korang jadi macam ni ya.

#2: Duit takde, tapi nak beli rumah. Macam mana?

Lebih senang untuk membeli rumah kalau korang ada duit.

Tambah duit yang korang kumpul sendiri tu, dengan 30% yang kerajaan Selangor akan pulangkan balik nanti.

Banyak je pelaburan risiko rendah yang korang boleh buat, macam pembiayaan ASB atau sekadar ASB buku biru, dan sebagainya. Kalau malas sangat, simpan je kat dalam Tabung Haji.

Dapat bonus tu, simpan. Elak berbelanja macam setan.

Fakta: Mengikut maklum balas Pebadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), peratus kegagalan untuk dapatkan pinjaman rumah mencapai kira-kira 50%. Salah satu punca? Hutang PTPTN.

#3: 1,825 jam. Ini masa yang anda ada untuk upgrade ilmu hartanah

Sebaiknya sebelum korang beli rumah, wajib belajar dulu supaya korang tau nak buat langkah-langkah yang perlu.

Apa je ilmu hartanah yang ada, hadam dan amalkan sebaik mungkin. Banyak je tempat korang boleh belajar.

Dalam blog Gila Hartanah ni je, dah ada macam-macam. Korang tu je, nak atau tak nak baca. Kalau rajin, dapat la tuai segala manfaat yang ada.

Dekat mana nak daftar untuk Skim Smart-Sewa ini?

Tok ada bagi link dekat atas tadi (kalau korang perasan). Tapi sebab Tok cool, Tok bagi lagi sekali dekat sini untuk mudahkan korang.

Klik sini dan isi borang permohonan Skim Smart-Sewa sekarang.

Jangan tunggu lagi. Peluang baik macam ni, kalau lambat bertindak, memang melepas la korang.

Tok tak nak korang jangan buang masa dah. Apa yang bezakan orang betul-betul nak beli rumah dengan yang tak, adalah tindakan.

Apa saja peluang yang korang boleh rembat sekarang, gunakan sebaiknya. Bukan selalu peluang macam ni datang.

Korang jugak yang bising-bising nak bantuan bagai. Ni dah ada, lagi nak bertangguh isi borang tu ke?

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here