CCRIS: Pemusnah Harapan Lulus Pinjaman Perumahan?

Ramai pembaca GilaHartanah.com nak beli rumah.

Ada yang nak duduk sendiri, ada yang nak sewakan.

Dalam artikel proses beli rumah, Tok ada terangkan prosedur beli rumah dengan terperinci.

http://gilahartanah.com/langkah-asas-beli-rumah-di-malaysia/

Bila nak buat loan untuk beli rumah, ramai yang tahu sediakan dokumen untuk membuktikan kemampuan kita bayar balik pinjaman tersebut.

Tapi, bila dah serah dokumen pada bank untuk diproses, permohonan kita gagal. Rupa-rupanya, CCRIS kita koyak!

Sumber artikel asal dipetik dari LoanStreet, diolah semula untuk memudahkan pemahaman korang.

http://loanstreet.com.my/learning-centre/everything-about-ccris

“Apa Benda Laporan CCRIS Ni?”

CCRIS – singkatan kepada Central Credit Reference Information System. (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat).

Ia adalah sistem yang Bank Negara wujudkan untuk mengumpul semua maklumat kredit (hutang) sesuatu peminjam atau bakal peminjam ke dalam sebuah laporan kredit standard.

Laporan CCRIS ini boleh diberikan kepada pihak bank atau institusi kewangan yang menawarkan pinjaman, dan juga peminjam (atau bakal peminjam) itu sendiri.

Biasanya, pihak bank memang akan rujuk laporan CCRIS ni bila korang mohon apa-apa pinjaman, sebagai salah satu proses sebelum meluluskan pinjaman korang.

Kalau laporan CCRIS korang cantik, maka senanglah lulus loan tu.

Kalau laporan CCRIS korang tak cantik, maka sangat susahlah nak lulus loan tu.

“Apa Yang Ada Dalam CCRIS ni?”

Ada 3 kategori utama:

  • Outstanding Loan
    • Pinjaman Yang Belum Habis Dibayar)
  • Special Attention Accounts
    • Untuk akaun yang diiktiraf sebagai Non-Performing Loan, atau akaun yang diuruskan oleh program pengurusan hutang dibawah seliaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
  • Application for Credit
    • Status permohonan sebarang pinjaman sebelum ini (Lulus atau Gagal)

ccris-20example

Sumber: http://loanstreet.com.my/learning-centre/everything-about-ccris

A: Outstanding Loan

B: Special Attention Accounts

C: Application for Credit

D: Baki pinjaman yang masih belum dibayar

E: had maksima pinjaman.

  • Contohnya, kalau kad kredit korang boleh hutang sampai RM30,000, maksudnya had maksima pinjamannya adalah RM30,000 sahaja.
  • Kalau korang buat personal loan (pinjaman peribadi) RM100,000 dan dah bayar RM80,000, bahagian E akan tunjuk RM100,000, dan bahagian D akan tunjuk RM20,000 (baki pinjaman)

F: corak pembayaran (repayment behaviour)

  • Kalau ada nombor pada ruangan F ni, maksudnya korang tak bayar pinjaman pada bulan tersebut.
  • Contohnya, ada nombor ‘1’ dekat bulan July 2012. Maksudnya korang terlupa (atau sengaja taknak bayar) pinjaman pada bulan July 2012.

Berapa lama rekod hutang kita disimpan oleh CCRIS?

CCRIS simpan rekod kita untuk 12 bulan terkini sahaja. Sebarang rekod sebelum tempoh tersebut akan dibuang daripada sistem.

Apa yang bank paling pantang sekali dan tidak suka dalam laporan CCRIS korang?

1.Akaun yang ditulis “under legal action” atau “legal action being taken”, bermaksud korang sedang dikenakan tindakan undang-undang. Bank juga tak suka akaun di bawah Special Attention Accounts.

2.Kelewatan pembayaran atau tak bayar langsung. Maksudnya, pada bahagian F kita ada nombor selain ‘0’.

3.Penggunaan had pinjaman yang tinggi (high credit limit utilization). Kalau korang ada had pinjaman kad kredit RM30,000, tapi korang dah guna sampai RM28,000, kira tinggi la tu. Ia melambangkan pengurusan kewangan yang lemah kepada pihak bank.

4.Debt Servicing Ratio (DSR) yang tinggi. Maksudnya, majoriti pendapatan bulanan korang digunakan untuk bayar pinjaman-pinjaman yang ada.

Banyak sangat permohonan untuk pinjaman pada satu-satu masa. Bank akan nampak seolah-olah korang memang terdesak nak pakai duit.

Tips Mencantikkan Laporan CCRIS Korang Supaya Permohonan Pinjaman Perumahan Mudah Lulus

1.Kalau korang banyak hutang kad kredit yang tak bayar lagi, bayarlah sebanyak mungkin supaya mudah lulus loan.

2.Maklumat CCRIS ni akan dikemaskini setiap 15 haribulan setiap bulan. Contohnya, maklumat pinjaman pada bulan Januari hanya akan dikemaskini pada 15 Februari. Jadi, kalau korang nak apply loan lepas dah bayar hutang kad kredit, korang apply la lepas 16 Februari. Faham?

3.Kalau dekat bahagian F tu asyik tulis ‘1’ je setiap bulan, mungkin tarikh pembayaran dijadualkan untuk pinjaman tu terlalu awal, dan duit gaji korang tak masuk lagi masa tu. Dalam erti kata lain, korang bayar loan tu, tapi korang asyik bayar lambat je. Penyelesaiannya, cuba korang minta pada pihak bank untuk lanjutkan tarikh pembayaran yang dijadualkan tersebut (delay the billing cycle).

4.Kalau korang memang ada lambat bayar pinjaman, tunggu 12 bulan dari bulan yang lambat bayar tu, kemudian baru apply loan. CCRIS simpan maklumat kita 12 bulan je.

5.Hadkan permohonan pinjaman dan kad kredit korang. Macam Tok cakap tadi, banyak sangat permohonan pinjaman dan kad kredit pun tak bagus juga.

6.Untuk korang yang baru bekerja dan tak pernah ada apa-apa hutang, termasuklah kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan sebagainya, bank mungkin tak berani nak bagi pinjaman penuh untuk korang.

Contohnya, korang minta pinjaman RM100,000, tapi bank boleh bagi RM80,000 sahaja, sebab bank pun tak pasti sama ada korang ni boleh bayar pada waktunya atau tidak.

Jadi, apa nak buat? Mohonlah satu kad kredit, guna sedikit, kemudian bayar terus.

Kesimpulannya, sebelum korang apply loan rumah, baik korang check dulu laporan CCRIS ni. Kalau dah memang laporan CCRIS korang tak cantik, tak payah harap sangat la permohonan korang tu akan lulus.

Di mana nak dapatkan laporan CCRIS ni?

  1. Korang boleh pergi sendiri di Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, dan cetak di kiosk yang disediakan. Korang perlu bawa kad pengenalan yang berfungsi dengan baik (cip dia tak rosak)
  2. Pergi ke pejabat AKPK terdekat di negeri korang. Mereka boleh cetak di situ.
  3. Hantar email atau fax kepada http://creditbureau.bnm.gov.my/reportobtain.html . Tapi, ada yang bagitau Tok, ia mengambil masa yang lama.

Dah dapat laporan CCRIS tu, korang bandingkan dengan apa yang Tok tulis dalam artikel ni.

Tok doakan permohonan pinjaman perumahan korang lulus dengan cemerlang. Amiiinnn

Photo by Ben Sutherland

2K Shares

5 thoughts on “CCRIS: Pemusnah Harapan Lulus Pinjaman Perumahan?

  1. Tuan,

    Apa yang boleh saya lakukan bila nama dalam SPECIAL ATTENTION ACCOUNT? Sudah membuat penjadualan semula dengan pihak bank dan pembayaran sudah berjalan dengan lancar. Tapi nama masih disenarai dalam SPECIAL ATTENTION ACCOUNT.

  2. Tuan,
    Bagi mencantikkan rekod penggunaan kak kredit, perlu ke tunggu statement bulanan baru bayar (amaun dlm penyata) atau boleh je terus bayar setiap kali selepas guna kad kredit? TK

Leave a Reply