Home Tip pelaburan hartanah Pasangan ini kumpul RM57,234 dan beli rumah RM200,000 lepas berkahwin dengan hanya...

Pasangan ini kumpul RM57,234 dan beli rumah RM200,000 lepas berkahwin dengan hanya RM550 sebulan

13787
9
SHARE
Sumber gambar: Flickr
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Dengan ilmu, tak mustahil korang boleh beli rumah sejurus lepas dah berkahwin nanti.

Cuma nak atau tak nak buat je. Lagipun, modal korang bukan banyak mana pun. Cuma RM275 sebulan untuk seorang.

Kalau buat sekali dengan pasangan, senang-senang je korang capai simpanan RM57,234 tu dalam masa 6 tahun.

Korang serius nak belajar macam mana pasangan ni buat?

Hadamkan betul-betul perkongsian Cikpuan Syafieqah A’lya ni sekarang. Korang boleh berkahwin, beli rumah, dan siap ada duit lebihan untuk disimpan.

Dengan RM550, boleh simpan banyak duit sampai macam tu sekali?

Bagi pasangan muda yang baru nak berkahwin dan impikan rumah di masa akan datang, korang boleh cuba gunakan strategi ini.

Katakan, gaji bersih korang dan pasangan RM1,500 setiap seorang.

Ini strategi mudah yang korang boleh guna:

1) Korang dan pasangan apply ASB Financing RM50,000, dengan bayaran bulanan RM275. Tempoh pembiayaan pula, korang henjut sampai maksimum 30 tahun.

2) Untuk tahun pertama, kekalkan bayaran ansuran RM275 tu selama setahun.

Kekalkan rentak dan tuai hasil lumayan lepas tempoh 6 tahun

3) Masuk tahun ke-2 pulak, tambah lagi satu sijil ASB Financing RM50,000. Sama juga dengan yang kat atas tadi, henjut tempoh maksimum pinjaman selama 30 tahun.

Sekarang ni, korang ada 2 sijil ASB Financing RM50,000.

4) Dividen akan diumumkan pada akhir tahun pertama.

Dividen untuk akaun pertama tadi, korang bayar secara lump sum selama setahun untuk ASB Financing RM50,000 sijil ke-2 tu.

Kekalkan rentak ini selama tempoh 6 tahun tanpa gagal.

5) Waktu ini, komitmen korang hanya RM275 untuk sijil pertama ASB Financing. Korang hanya perlu kekalkan bayaran RM275 sebulan selama 6 tahun untuk sijil pertama.

Lepas 6 tahun (6 tahun untuk ASB sijil pertama dan 5 tahun untuk ASB sijil ke-2), hentikan kedua-dua loan ni.

Berapa hasil yang anda bakal dapat dengan strategi mudah ini?

  • Sijil pertama ASB Financing RM50,000:
    • Baki prinsipal: RM4,880,
    • Dividen terakhir: RM3,625,
    • Total: RM8,505
  • Sijil ke-2 ASB Financing RM50,000:
    • Baki prinsipal: RM3,958,
    • Dividen terkumpul: RM16,154,
    • Total: RM20,112

Jumlah terkumpul kalau korang buat strategi ni tanpa pasangan adalah RM28,617. Dan kalau buat dengan pasangan, korang boleh dapat RM57,234.

Dengan RM57,234 ni, korang boleh langsungkan perkahwinan, dan beli rumah harga RM200,000. Duit lebihan, boleh disimpan sebagai simpanan selepas berkahwin.

Jangan marah saya letak tempoh 6 tahun untuk beli rumah.

Hakikat dunia kini yang tak ramai orang sanggup telan

Kalau kita tengok hakikat hari ni, ramai je yang bekerja lebih 6 tahun. Tapi masih gagal untuk membeli walaupun sebiji rumah.

Sekurang-kurangnya sebelum mampu beli rumah, kita sediakan dulu payungnya. Bukan bocorkan lagi bumbungnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pasangan muda bergaji bawah RM2,000 sebulan.

Takde apa yang mustahil. Selagi niat kita baik, kuat berusaha, dan komited menyimpan dalam alat kewangan seperti ASB, In Shaa Allah korang boleh buat punya.

Disclaimer #1: Dividen adalah mengikut kiraan 7.25% tahun lepas.

Disclaimer #2: Kiraan atas ini tak termasuk Takaful, dan ambil tempoh pinjaman maksimum 30 tahun.

Strategi ni boleh je diubah ikut kesesuaian kewangan semasa korang. Tak semestinya korang kena ikut bulat-bulat apa yang Cikpuan Syafieqah kongsikan.

Tapi apa-apa pun, tindakan bergantung 100% ke atas diri korang sendiri. Korang buat, korang dapat rasa hasilnya.

Kalau tak buat? Silalah melopong dan tebalkan rasa iri hati bila tengok orang yang buat strategi ini dan menjadi.

Beli rumah walaupun tak banyak modal – Betul boleh ke?

Bagi yang belum tau, memang susah orang tu nak percaya.

Dan tugas Tok kat sini adalah untuk tukar mindset yang takde faedah tu.

16 otai hartanah ni dah sedia kongsikan cara. Tinggal untuk korang hadamkan je sekarang.

Klik link bawah ni kalau korang serius nak belajar:

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?” <<<

9 COMMENTS

  1. Kalau dah bayar lump-sum pada sijil 2 hasil dari dividen sijil 1, kenapa nak cakap komitmen masih ada kat sijil 2?

    Tak paham aku, tok penghulu mohon pencerahan

  2. selagi dividen x sma dgn rate untung bank bmakna kte masih untung lg….katakan rate interest bank 5.2% dan kte dpt dividen 6.0% sekalipun….masih ada untung 0.8%….cuma kte xnmpk pada rolling method je..sbb duit principal hanya dpt bila kte terminate….apepn asb financing lebih sesuai untuk method compounding…byr berterusan dan terminate dlm 3-6 tahun slps tu….

  3. Maaf Interupt :

    Azwan: Untuk Sijil 1 gunakan teknik rolling (byr tahun pertama n dpt dividen terus byr utk tahun ke 2 dan begitulah seterusnya sehingga tahun ke6. Sijil 2 guna teknik compounding (Byr ans mcm biasa stiap bulan..sebab tu la dividen nya berbeza kerana teknik yg digunakan berbeza

    Cucu Tok : Untuk Sijil 1 gunakan teknik rolling (byr tahun pertama n dpt dividen terus byr utk tahun ke 2 dan begitulah seterusnya sehingga tahun ke6. Sijil 2 guna teknik compounding (Byr ans mcm biasa stiap bulan). Maka disini Sijil 1sudah xde komitmen kerana dah byr guna dividen tahun pertama dan begitulah seterusnya) dan hanya sijil 2 je dibayar setiap bulan hingga tahun ke6.

    Tok Penghulu : Sila betulkan jika sy tersilap.

    Anyway, sy Nor Kamila (Financial Consultant CIMB CWA) LO 00038240
    Jika Berminat untuk memohon ASB Financing / untuk mendapatkan khidmat nasihat boleh wasap sy 012-2627204 / email kamila.cwa@gmail.com. Terima Kasih

  4. adeh. x paham la. start dari sini dan seterusnya dh x paham dah. bantu please. –

    4) Dividen akan diumumkan pada akhir tahun pertama.

    Dividen untuk akaun pertama tadi, korang bayar secara lump sum selama setahun untuk ASB Financing RM50,000 sijil ke-2 tu.

    Kekalkan rentak ini selama tempoh 6 tahun tanpa gagal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here