Dengan ilmu, tak mustahil korang boleh beli rumah sejurus lepas dah berkahwin nanti.
Cuma nak atau tak nak buat je. Lagipun, modal korang bukan banyak mana pun. Cuma RM275 sebulan untuk seorang.
Kalau buat sekali dengan pasangan, senang-senang je korang capai simpanan RM57,234 tu dalam masa 6 tahun.
Korang serius nak belajar macam mana pasangan ni buat?
Hadamkan betul-betul perkongsian Cikpuan Syafieqah A’lya ni sekarang. Korang boleh berkahwin, beli rumah, dan siap ada duit lebihan untuk disimpan.
Bagi pasangan muda yang baru nak berkahwin dan impikan rumah di masa akan datang, korang boleh cuba gunakan strategi ini.
Katakan, gaji bersih korang dan pasangan RM1,500 setiap seorang.
Ini strategi mudah yang korang boleh guna:
1) Korang dan pasangan apply ASB Financing RM50,000, dengan bayaran bulanan RM275. Tempoh pembiayaan pula, korang henjut sampai maksimum 30 tahun.
2) Untuk tahun pertama, kekalkan bayaran ansuran RM275 tu selama setahun.
3) Masuk tahun ke-2 pulak, tambah lagi satu sijil ASB Financing RM50,000. Sama juga dengan yang kat atas tadi, henjut tempoh maksimum pinjaman selama 30 tahun.
Sekarang ni, korang ada 2 sijil ASB Financing RM50,000.
4) Dividen akan diumumkan pada akhir tahun pertama.
Dividen untuk akaun pertama tadi, korang bayar secara lump sum selama setahun untuk ASB Financing RM50,000 sijil ke-2 tu.
Kekalkan rentak ini selama tempoh 6 tahun tanpa gagal.
5) Waktu ini, komitmen korang hanya RM275 untuk sijil pertama ASB Financing. Korang hanya perlu kekalkan bayaran RM275 sebulan selama 6 tahun untuk sijil pertama.
Lepas 6 tahun (6 tahun untuk ASB sijil pertama dan 5 tahun untuk ASB sijil ke-2), hentikan kedua-dua loan ni.
Jumlah terkumpul kalau korang buat strategi ni tanpa pasangan adalah RM28,617. Dan kalau buat dengan pasangan, korang boleh dapat RM57,234.
Dengan RM57,234 ni, korang boleh langsungkan perkahwinan, dan beli rumah harga RM200,000. Duit lebihan, boleh disimpan sebagai simpanan selepas berkahwin.
Jangan marah saya letak tempoh 6 tahun untuk beli rumah.
Kalau kita tengok hakikat hari ni, ramai je yang bekerja lebih 6 tahun. Tapi masih gagal untuk membeli walaupun sebiji rumah.
Sekurang-kurangnya sebelum mampu beli rumah, kita sediakan dulu payungnya. Bukan bocorkan lagi bumbungnya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pasangan muda bergaji bawah RM2,000 sebulan.
Takde apa yang mustahil. Selagi niat kita baik, kuat berusaha, dan komited menyimpan dalam alat kewangan seperti ASB, In Shaa Allah korang boleh buat punya.
Disclaimer #1: Dividen adalah mengikut kiraan 7.25% tahun lepas.
Disclaimer #2: Kiraan atas ini tak termasuk Takaful, dan ambil tempoh pinjaman maksimum 30 tahun.
—
Strategi ni boleh je diubah ikut kesesuaian kewangan semasa korang. Tak semestinya korang kena ikut bulat-bulat apa yang Cikpuan Syafieqah kongsikan.
Tapi apa-apa pun, tindakan bergantung 100% ke atas diri korang sendiri. Korang buat, korang dapat rasa hasilnya.
Kalau tak buat? Silalah melopong dan tebalkan rasa iri hati bila tengok orang yang buat strategi ini dan menjadi.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]