Home Analisa Kawasan Ah, apa ada dekat Puchong? Jam gila kot!

Ah, apa ada dekat Puchong? Jam gila kot!

4248
1
Sumber gambar - IOI Properties
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Nak beli rumah, bukan satu perkara yang mudah.

Ada banyak faktor yang korang wajib ambil kira sebelum letak down payment atau duit booking.

Antara yang penting adalah bab memilih kawasan.

Dan untuk ni, korang kena kaji betul-betul dulu. Sama ada kawasan tu senangkan korang, atau bakal ‘makan diri’ korang kelak.

Buat korang yang berniat nak beli rumah dekat kawasan Puchong, ini apa yang perlu korang tahu. Jemput hadamkan laju-laju.

Harga rumah, okay lagi dekat sini? 

Kalau korang tanya tentang kawasan Puchong kat orang lama, mesti ramai yang cakap macam ni :

“Tu bekas kawasan lombong tin dan biji timah waktu zaman 60-an. Takde apa-apa dekat situ dulu.”

Cuma, tu cerita dulu-dulu la. Nak dibandingkan dengan Puchong yang sekarang, memang maju. Banyak pembangunan yang pesat sedang berlaku dalam kawasan ni.

Bandar Puchong ni sendiri, teratur dengan kawasan perniagaan (commercial area), kawasan kilang (industrial area), dan juga kawasan kediaman (residental area).

Berapa besar kawasan Puchong ni? Seluas 51.71km2. Dan sekarang ni, populasi Puchong dah melebihi 400,000 orang penduduk dan nombor ini semakin meningkat.

Oh, lagi satu. Apa yang Tok kaji, Puchong jadi tempat pilihan untuk mereka yang bekerja kat Putrajaya dan Cyberjaya. Ada jugak yang beli rumah kat sini bekerja dekat KLIA.

Dan boleh tahan ramai beli rumah kat sini, bekerja dekat Subang Jaya dan Petaling Jaya. Ramai suka beli dekat sini sebab harga rumah tak terlampau tinggi. Permintaan (demand) rumah sewa pun, baik dekat sini.

Macam-macam ada dekat sini? 

Sumber gambar – columbiaasia.com

Kenapa boleh tahan ramai yang memilih Puchong sebagai tempat tinggal?

Sebab Puchong mempunyai pilihan kediaman mampu-milik yang berkualiti, serta dikelilingi dengan macam-macam kemudahan asas yang baik seperti hospital, sekolah, balai polis, hypermarket, dan lain-lain lagi.

Antara kemudahan yang ada dekat sini termasuk :

  • IOI Mall Puchong,
  • Tesco Extra Puchong,
  • AEON Big Puchong Utama,
  • Giant Bandar Puteri Mall,
  • Avenue Puchong,
  • Kompleks Puchong Perdana,
  • Lebih 10 sekolah menengah,
  • Lebih 20 sekolah rendah.

Korang nak tahu lagi? Okay, Tok cover pulak pasal pusat kesihatan yang ada dekat sini. Senang kalau ada sebarang perkara yang tak diingini terjadi (minta dijauhkan).

Antara yang dekat adalah :

  • Columbia Asia Hospital Puchong (dibuka 24 jam),
  • KPMC Puchong Specialist Center,
  • Hospital Serdang (bertempat di Kajang).

Kemudahan lebuhraya terbaik. Senang nak ke mana-mana

Sumber gambar – www.klia2.info

Ini yang paling terbaik tentang Puchong. Jaringan lebuhraya kat sini adalah bagus dan sistematik.

Korang boleh gunakan :

  • Lebuhraya Damansara Puchong (LDP),
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS),
  • Lebuhraya Puchong-Sungai Besi,
  • Lebuhraya Persekutuan,
  • Lebuhraya Pantai Baru (NPE),
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Dan dengan sambungan lebuhraya yang mantap ni, senang korang nak ke mana-mana. Kalau boring dan malas nak ke Pusat Bandar, ada 3 tempat hot untuk korang melepak :

  • Subang Jaya,
  • Petaling Jaya,
  • Seri Kembangan.

Kalau nak ke Subang Jaya, korang boleh gunakan lebuhraya LDP (Lebuhraya Damansara – Puchong), yang mengambil masa 13 minit perjalanan.

P/S : Korang jugak boleh gunakan Lebuhraya Shah Alam, yang ambil masa hanya 16 minit perjalanan.

Ini bergantung jugak ya. Kalau masa peak hour, memang tak dapat la. Tapi dengan maklumat macam ni, lebih senang korang merancang perjalanan ke sana.

Kalau nak ke Petaling Jaya pulak, akan ambil masa 21 minit dengan gunakan Lebuhraya Damansara – Puchong (sejauh 15.2 KM).

Dan untuk ke Seri Kembangan pulak, hanya ambil masa selama kurang setengah jam (27 minit), dengan gunakan LDP, Lebuhraya Shah Alam, serta LDP dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan.

“Ala Tok. Jalan dekat Puchong jam sangat la”

Sumber gambar – Web2Carz

Okay. Tok faham sentimen ni. Tapi cuba korang duduk dan fikir balik.

Kalau korang nak duduk kat tempat yang tak jam, banyak je kampung dan tanah dekat Malaysia ni. Tapi, itu la. Jalan jam, sebab wujudnya banyak peluang pekerjaan dekat satu tempat.

Kalau korang hari-hari hadap jam, cuba korang fikir balik kenapa jalan yang korang gunakan tu jam.

Korang akan nampak sebab utama orang guna jalan, adalah sebab nak pergi kerja. Point ni, simple je Tok bagi. Tapi, penting untuk korang fikirkan.

Senang cerita, jalan sesak adalah refleksi kepada kegiatan ekonomi yang berlaku kat kawasan tu. Bila banyak orang ada kat dalam sesuatu kawasan, lagi banyak la demand untuk rumah.

Seperti yang korang semua tahu, lagi banyak demand, lagi cepat harga rumah dekat kawasan tu naik.

Pelabur hartanah otai dah tahu lama pasal benda ni. Dan selalunya, mereka suka beli rumah dekat kawasan yang macam ni.

Contohnya, macam kawasan Subang Jaya. Bila masa tempat tu tak jam? Boleh kata, kalau keluar rumah pukul 7 pagi pun, korang confirm akan tersangkut dalam jam.

Cuba korang kaji nilai rumah dekat situ, boleh appreciate macam mana. Sikit ke, banyak?

Tok ada satu projek terbaik dekat kawasan Puchong untuk anda

Projek ni, kos guaman dan SPA ditanggung beres oleh pemaju tanpa was-was. Dan kos loan dan guaman jugak akan diserap masuk dalam loan pembeli.

“BOOKING FEE, MAHAL TAK TOK?”

Tak mahal pun, Korang hanya perlu sediakan RM1,000 je untuk bayar booking fee. Best, kan?

Tapi, tawaran terhad. Kalau korang berminat, kena bertindak cepat-cepat.

Dan untuk tunjukkan korang serius, sila isi borang dekat bawah ni laju-laju untuk rebut peluang terbaik ini :

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here