7 ilmu kewangan power yang jadi amalan orang kaya

Tok tergerak nak buat sesi santai agar kita semua dapat hadam ilmu berguna tentang mindset orang kaya buat duit (dan buat lebih banyak duit).

Pepatah “orang kaya berfikir dan bertindak dengan cara berbeza daripada orang kebanyakan” mungkin agak cliche.

Tapi itulah hakikatnya.

Kalau korang dah ada fikiran nak jadi kaya, boleh mulakan dengan tanam mindset cara orang kaya berfikir.

Tok kongsikan 7 ilmu orang kaya tentang duit daripada John Rampton ini.

Ilmu #1: “Duit adalah alat beli kebebasan”

Kevin O’Leary adalah seorang pemilik bisnes daripada Canada (dan juga salah seorang pelabur dalam rancang realiti TV, Shark Tank).

Beliau adalah insan yang bertanggungjawab tegaskan pepatah ini, dan ia adalah sejenis mindset yang selalu ada dalam otak orang kaya.

Duit yang banyak berikan kebebasan untuk buat apa sahaja perkara yang kita suka, tanpa perlu risaukan faktor-faktor luaran yang ada pada orang yang tak banyak duit.

Kekangan ini yang jadi faktor utama orang tak banyak duit bertambah miskin.

Beza orang kaya dengan orang biasa, adalah mereka tahu apa nak buat dengan duit mereka, dan tambah lebih banyak duit ke dalam akaun bank mereka.

Dah penat dengar arahan bos?

Kita ada kebebasan untuk berhenti kerja, sebab kita boleh buat duit tanpa perlukan kerja pejabat sebagai sekuriti.

Nak bercuti ke Hawaii atau kepulauan Mabul?

Kita boleh rancang perkara ini pada bila-bila masa.

Nak laburkan duit kepada bisnes baru? Tak ada siapa boleh halang kalau kita nak buat.

Dalam rata-rata perkara, mindset adalah perkara utama yang pengaruhi tindakan kita.

Kalau ada gaya fikir (mindset) yang betul, semua tindakan yang kita buat akan berikan impak yang baik (termasuk buat duit dengan banyak).

Ilmu #2: Sentiasa cari pelaburan terbaik yang mereka boleh buat

Semua orang pasti ada pelan tersendiri untuk masa depan.

Orang kaya juga tak terkecuali.

Untuk jadikan pelan ini realiti, orang kaya sentiasa mengkaji dan mencari pelaburan yang boleh mereka boleh buat untuk tambah duit.

Ini adalah sebab yang jadi beza ketara antara orang kaya dan orang biasa.

Orang biasa hanya sekadar cukup-cukup untuk tanggung kehidupan asas.

Mereka juga adalah spesis yang senang puas hati dengan keadaan semasa. Cukup dapat gaji RM3000 sebulan, dah rasa banyak duit.

Orang kaya pula, mereka adalah orang yang sentiasa mengkaji potensi yang ada untuk buat lebih banyak duit.

Selagi ada peluang, selagi itu mereka akan cekup. Mereka jenis orang yang tak suka rugikan peluang yang ada.

Apakah cara mereka dapatkan peluang ini?

Sikap mendengar dengan teliti jadi senjata utama mereka untuk perkara ini. Walaupun ia adalah perkara yang mereka tak suka dengar.

Selepas itu, baru mereka kaji secara mendalam dengan gunakan segala ilmu yang mereka ada.

Ilmu #3: Tak suka buat pelaburan yang mereka sendiri tak faham

Kalau kita fikir logik, adakah patut kita libatkan diri dalam sesuatu perkara yang kita tak faham?

Pelaburan yang kompleks seperti hedge funds dan perkara yang sewaktu dengan ini tak disukai oleh orang kaya.

Mereka tak suka ceburkan diri dalam pelaburan yang berisiko tinggi dan tak boleh dikawal.

Jika mereka tak faham sesuatu pelaburan, mereka tak akan buat. Ini adalah salah satu peraturan penting dalam menjamin kekayaan mereka.

Ilmu #4: Jimat duit untuk buat lebih banyak duit

Tak bermakna kita perlu jadi kedekut. Kalau kita boleh berjimat dalam sesuatu perkara, kita boleh guna duit lebihan itu untuk pelaburan yang kita bakal buat.

Sebagai contoh, kita naik kapal terbang kelas pertama daripada New York ke Chicago (kos sebanyak $3,000).

Adakah salah untuk naik gunakan servis kelas bisnes?

Kita boleh jimat sebanyak $1,000, dan baki ini boleh kita gunakan untuk buat lebih banyak duit.

Duit yang bekerja sendiri adalah duit yang kita boleh dapat, tanpa perlukan kita bekerja.

Ilmu #5: Orang kaya cukup suka tambah aset

Orang kaya boleh bertambah kaya sebab mereka tak suka bazirkan duit untuk pakaian dan kereta mahal. Mereka lebih suka laburkan duit itu untuk membina aset

Tatiana Morales menjelaskan aset di CBS sebagai “perkara yang ada potensi untuk meningkat dari sudut nilai dan hasilkan pendapatan.”

Ini termasuk aset yang boleh dicairkan, seperti:

  • pelaburan saham,
  • bon,
  • hartanah, atau lain-lain aset yang boleh tambah lebih banyak duit.

Ilmu #6: Elakkan letak semua telur dalam satu bakul

Ayat atas ini adalah direct translation untuk pepatah bahasa Inggeris “Don’t put all eggs in one basket.

Laman web Investopedia ada menjelaskan, tak patut laburkan semua duit kita dalam satu bentuk pelaburan sahaja.

Adalah lebih baik kita kaji dan membina portfolio daripada pelbagai jenis pelaburan seperti saham, bon, atau mutual fund. Kita juga boleh tambah masuk pelaburan perniagaan, hartanah, atau emas dalam portfolio kita.

Langkah ini boleh menjamin yang kita tak akan rugi banyak, berbanding kalau kita hanya buat sejenis pelaburan sahaja.

Sebagai contoh, kita mampu melabur dalam 4 jenis syarikat daripada perlbagai industri.

Kita boleh letakkan satu pelaburan untuk industri hartanah, kemudian industri makanan segera, dan 2 lagi pelaburan dalam industri oil and gas.

Kaji dahulu kapasiti pelaburan kita sebelum ambil tindakan melabur.

Ilmu #7: Duit bukan segala-galanya 

Orang kaya sedar hakikat ini. Duit yang banyak tak menjamin rasa hormat orang lain kepada diri kita, serta tak boleh membeli cinta, kawan atau kebahagiaan.

Mereka tahu yang kekayaan bukan ukuran untuk harga diri (self-worth).

Seperti Ken Solin jelaskan di laman web Huffington Post, yang manakah mempunyai tahap harga diri yang lebih tinggi daripada 2 situasi bawah ini:

  • Adakah orang yang ada duit berbilion dalam akaun bank, tetapi langsung tak ada kawan yang boleh dipercayai?
  • Atau orang yang hormati isteri mereka, kerap luangkan masa dengan anak-anak, ada kawan pada waktu susah dan senang, dan sentiasa mahu tambah nilai dalam kehidupan orang lain?

Gaya fikir (mindset) sebagai penentu kejayaan anda

Sekarang, banyak perkara gunakan duit. Tapi, tak semua perkara kita boleh beli dengan duit.

Kalau korang ada impian nak capai kejayaan, boleh mulakan dengan tanam mindset ini dalam-dalam dalam diri.

Tok sentiasa nak korang dapatkan yang terbaik dalam hidup. Tak kira dari segi kewangan, cinta, keluarga, atau lain-lain.

Semuanya bermula dengan diri masing-masing. Kalau betul-betul nak, mesti kita cari jalan, kan?

Tok doakan supaya korang cepat berjaya, In Shaa Allah.

89 Shares

3 thoughts on “7 ilmu kewangan power yang jadi amalan orang kaya

  1. Assalammualaikum,tok ..saya haimizan,bagaimana cara atau link pelaburan ni ..bagaimana kita nak ceburi dalam bidang pelaburan bermula dari umur 20 tahun?
    Boleh bagi sugestion website atau nama2 pelaburan ?

Leave a Reply