Home Tips Kewangan Settle-kan hutang anda cepat-cepat. Gunakan 3 langkah ini

Settle-kan hutang anda cepat-cepat. Gunakan 3 langkah ini

2460
0
SHARE
Sumber gambar - Clark Howard
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Nak tahu satu perkara tak best tak?

Mengikut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, sebanyak 97,215 kes kebankrapan dicatatkan di negara kita sepanjang tempoh 2012 sehingga September 2016. Gila!

Kalau kita fikirkan secara logik, mungkin angka ni dah capai angka 100,000 seewaktu korang baca perkongsian ini. Atau mungkin lebih lagi.

Dan statistik tak best ni, banyak berpunca daripada kegagalan membayar hutang seperti sewa beli kenderaan, pinjaman peribadi, dan juga pinjaman perumahan.

Tok nak sentuh cara power yang korang boleh guna untuk elak jadi penyumbang kepada nombor ni. Hadamkan ilmu yang Tok baca kat iMoney ni laju-laju.

Teknik #1 : Hapus hutang guna kaedah ‘bola salji’ (snowball technique)

Penasihat kewangan Amerika Syarikat, Dave Ramsay menyarankan satu kaedah mudah yang dinamakan sebagai kaedah snowball.

Dengan kaedah ni, korang boleh tumpukan komitmen kewangan untuk membayar satu akaun hutang pada satu masa.

Dan untuk akaun-akaun hutang yang lain, korang hanya perlu membuat pembayaran minimum saja.

Korang dinasihatkan untuk mengumpul dana tabung kecemasan terlebih dulu (paling kurang, RM1,000). Lepas tu, korang boleh gunakan pendapatan korang untuk membayar setiap satu akaun hutang korang satu persatu.

Korang perlu senaraikan setiap hutang berdasarkan baki dan bayaran bulanan, dan korang perlu membayar hutang yang bakinya paling minimum terlebih dulu.

Dengan melangsaikan hutang dengan jumlah terendah terlebih dulu, korang akan dapat hasil yang lebih cepat. Pendekatan ini akan menjadi motivasi buat korang untuk terus membayar hutang, sehingga semua baki dapat dilangsaikan secepat mungkin.

Selain tu jugak, korang digalakkan untuk tak buat sebarang pinjaman baru (personal loan, dan sebagainya) dan mengurangkan penggunaan kad kredit.

Apa yang tak best tentang teknik snowball ini?

Cuma, kaedah ni mungkin akan ambil tempoh masa yang lama untuk selesaikan semua hutang yang ada.

Pembayaran minimum yang korang buat pulak, mungkin akan jadi sebab kepada pengumpulan faedah yang akan panjangkan tempoh pembayaran semula hutang yang lain.

Contoh macam mana teknik snowball berfungsi

Katakan, korang ada hutang seperti berikut :

  • Bil perubatan = RM500 (dengan bayaran minimum RM50 sebulan),
  • Hutang kereta = RM7,000 (dengan bayaran minimum RM63 sebulan),
  • Kad kredit = RM2,500 (dengan bayaran minimum RM135 sebulan),
  • Hutang PTPTN = RM10,000 (dengan bayaran minimum RM96 sebulan).

Dan katakan, korang ada duit lebihan RM500 sebulan hasil kerja part-time dan lepas memotong perbelanjaan ke tahap minimum.

Korang gunakan RM550 (bayaran minimum RM50 sebulan + RM500) tu untuk langsaikan hutang bil perubatan, dan hutang tu boleh settle dalam masa sebulan. Korang dah ada lebihan RM550 untuk langsaikan hutang seterusnya, kad kredit.

Kad kredit pulak, korang boleh bayar sebanyak RM613 sebulan (bayaran minimum RM63 sebulan + RM550). Dalam masa lebih kurang 5 bulan, korang dah berjaya sette-kan hutang kad kredit. Yeah!

Sekarang, beralih pulak ke hutang kereta. Dengan duit yang ada (sebanyak RM748 sebulan), korang boleh langsaikan dalam tempoh 10 bulan. Settle.

Dan untuk loan PTPTN pulak, korang dah ada kemampuan sebanyak RM844 sebulan. Dalam masa 12 bulan je, korang boleh langsaikan hutang ni.

Dalam masa 28 bulan, korang dah boleh langsaikan hutang sebanyak RM20,000 ni dengan teknik snowball. Tahniah!

Teknik #2 : Langsaikan hutang dengan kadar faedah paling tinggi dulu?

Kaedah debt stacking (atau kaedah penyusunan) akan perlukan korang untuk senaraikan dan menyusun semula hutang mengikut kadar faedah.

Hutang dengan kadar faedah tertinggi, adalah hutang yang korang perlu selesaikan terlebih dulu.

Katakan, korang ada 4 jenis hutang seperti berikut :

  • Kad kredit Mastercard = Hutang sebanyak RM3,000, dengan kadar faedah 18% setahun. Pembayaran minimum bulan pertama sebanyak RM150,
  • Personal loan (dengan jangka masa 2 tahun) = Hutang sebanyak RM5,000, kadar faedah sebanyak 8% setahun. Pembayaran minimum bulan pertama sebanyak RM241,
  • Loan kereta (dengan jangka masa 7 tahun) = Hutang sebanyak RM45,000, dengan kadar faedah 3.51% setahun. Pembayaran minimum bulan pertama sebanyak RM667,
  • Pinjaman pendidikan (dengan jangka masa 6 tahun) = Hutang sebanyak RM30,000, dengan kadar faedah sebanyak 1.5% setahun. Pembayaran minimum bulan pertama sebanyak RM435.96.

Dengan kaedah ini, korang disarankan melangsaikan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi dulu. Bermakna, korang kena settle-kan hutang kad kredit dengan kadar faedah 18% tu dulu.

Dan pada masa yang sama, korang kena buat pembayaran minimum untuk hutang-hutang yang lain.

Duit lebih, ‘alat’ langsaikan hutang lebih cepat?

Merujuk jumlah hutang kat atas tadi (RM150 + RM241 + RM667 + RM435.96 = RM1,493.96), korang kena gunakan wang lebihan yang ada untuk membayar baki hutang korang. Ini supaya semua hutang ni dapat diselesaikan dengan kadar yang pantas.

Kalau korang letak bajet sebanyak RM1,600 untuk bayar hutang ni setiap bulan, korang akan lebihan sebanyak RM106.04.

Jumlah lebihan ni, korang gunakan untuk bayar hutang kad kredit (sebab kadar faedah adalah yang tertinggi berbanding yang lain).

Lepas dah langsaikan hutang kad kredit tu, korang settle-kan pulak hutang ke-2 dengan kadar faedah tertinggi (hutang personal loan). Masa ni, korang dah ada lebihan duit sebanyak RM256.04 (RM150 + RM106.04).

Kaedah ni dapat mengelakkan korang daripada membayar kadar faedah berganda, sebab korang selesaikan hutang dengan kadar faedah tertinggi dulu.

Cuma, kaedah ni akan memakan masa. Korang mungkin akan dapat melangsaikan hutang pertama dan melihat hasil pembayaran dalam jangka masa yang lebih panjang, berbanding kaedah snowball.

Dan kaedah ni perlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Tapi, Tok percaya korang boleh hadap semua ini.

Teknik #3 : Cara power bayar hutang ikut kemampuan sendiri

Berbanding kaedah snowball (kaedah #1) dan debt stacking  (kaedah #2) yang perlukan komitmen kewangan yang tinggi, kaedah yang bernama snowflake ini adalah lebih fleksibel berbanding 2 kaedah sebelum ini.

Korang boleh bayar baki hutang mengikut kemampuan diri sendiri, tapi dengan kekerapan yang lebih tinggi.

Ini bermakna, walaupun korang dah buat pembayaran minimum untuk baki hutang, korang terus membayar baki hutang setiap kali ada lebihan wang mengikut kemampuan korang.

Contohnya, korang bayar RM20 untuk minggu pertama. Minggu ke-2 pulak, RM50, dan jumlah ini makin meningkat pada minggu seterusnya.

Dengan kaedah ini, korang seakan-akan tak terbeban dengan komitmen kewangan yang tinggi sebab korang hanya perlu bayar sedikit demi sedikit. Korang akan dapat settle-kan hutang tanpa korang sedari.

Kaedah ini sesuai untuk orang yang berkerja sendiri, buat kerja freelance, atau yang buat kerja sambilan.

Cuma, kaedah ini akan memakan masa yang lama. Dan korang tak dapat menjangkakan bila hutang tu dapat dilangsaikan. Jadi sebelum korang buat keputusan untuk gunakan kaedah ni, korang perlu ada perancangan yang teliti.

Korang wajib sentiasa mengemas kini baki hutang untuk elakkan caj-caj tersembunyi atau faedah terkumpul.

Hal ini jugak adalah untuk memastikan korang dapat meramal jangka masa yang diperlukan untuk melangsaikan semua hutang yang ada.

Semua kaedah yang kat atas ni ada pro dan cons yang tersendiri. Korang perlu tengok dan kaji dulu kaedah yang paling sesuai dengan situasi dan komitmen kewangan korang.

Masing-masing tak sama. Komitmen kewangan setiap orang berbeza. Jadi, penting untuk korang tahu situasi korang sebelum pilih salah satu kaedah yang Tok kongsikan tadi ya.

Sila SHARE dan panjangkan manfaat ilmu ni kat kawan-kawan korang, yang tengah berusaha nak langsaikan hutang tu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here