PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

3 jenis loan yang anda boleh guna untuk beli rumah pertama. Ramai yang guna No. #2

Sebelum membeli rumah, bagus untuk kita kaji dan kenal pasti dulu jenis-jenis loan yang ada.

Secara asas, kat Malaysia ni ada 3 jenis loan rumah yang biasa digunakan.

Jenis pinjaman yang Tok maksudkan adalah basic term, semi-flexi, dan juga full-Flexi. Mesti korang pernah dengar, kan?

Bagi yang belum tahu pasal ni, Tok akan kongsikan topik ini khas buat korang. Tok baca ilmu ni kat blog iMoney, dan timbul rasa keperluan untuk kongsikan kat korang segera.

Buat yang dah tahu pula, jom kita ulangkaji topik ni. Kasi refresh. Hehe.

#1: Cerita dulu-dulu – Basic Term Loan

Ini adalah satu jenis pinjaman yang datang dengan jadual bayaran balik yang tetap, di mana ansuran bulanan yang korang bayar akan sentiasa sama sepanjang tempoh pinjaman keseluruhan.

Secara umum, pinjaman ketegori ni tak membenarkan korang (atau mungkin sukar untuk korang buat) kurangkan kadar faedah dengan membayar ansuran pendahuluan.

Maksud Tok, kalau korang bayar awal sekalipun, bank susah nak kurangkan kadar interest yang dah ditetapkan.

Apa-apa bayaran tambahan yang korang buat tu, bank akan kira sebagai pra-pembayaran untuk bayaran ansuran rumah untuk masa depan.

Dan ini tak berikan sebarang kesan kat kadar faedah pinjaman itu sendiri, Bermakna, korang tetap kena bayar ansuran bulanan pada kadar yang sama.

Tapi, korang boleh je memohon kat bank untuk ubah perkara ni. Lulus atau tak lulus tu, terpulang kat budi bicara bank.

Dulu-dulu, pinjaman jenis ni adalah pinjaman yang pembeli rumah kat Malaysia gunakan. Tapi sekarang, ada jenis loan rumah yang lebih fleksible berbanding basic term loan ni.

#2: Apa yang anda patut tahu tentang semi-flexi loan?

Pinjaman jenis ni pula lengkap dengan kemudahan yang membolehkan peminjam buat bayaran pendahuluan, untuk kurangkan faedah pinjaman tanpa perlu membuat sebarang permohonan rasmi kat bank.

Apa-apa jumlah pembayaran tambahan yang korang buat setiap bulan, secara automatik akan mengubah kadar faedah asal untuk pinjaman rumah yang korang buat.

Dan kalau korang nak gunakan duit, korang boleh buat permohonan dengan pihak bank untuk dapatkan balik bayaran tambahan yang dibuat.

Cuma, proses ini tak percuma. Mungkin korang akan kena caj sekitar RM50 hingga RM100, bergantung kat bank mana yang korang pinjam.

Kalau nak dibandingkan dengan pinjaman rumah full-flexi, pinjaman rumah jenis ini dianggap sebagai pilihan terbaik buat peminjam yang mempunyai lebihan wang tunai, dan juga pendapatan yang fleksibel.

Ini sebab potensi skim ini untuk mengurangkan faedah pnjaman yang ada.

#3: Ada apa pula dengan full-flexi loan?

Pinjaman rumah full-flexi (atau “pinjaman flexi”) mengambil konsep pembayaran yang fleksibel ke peringkat seterusnya.

Loan jenis ni membenarkan peminjam membuat bayaran pendahuluan untuk kurangkan faedah pinjaman.

Pada masa yang sama, membenarkan peminjam keluarkan bayaran tambahan yang dibuat pada bila-bila masa yang mereka suka, tanpa sebarang prosedur yang memakan masa atau caj tambahan.

Dalam pakej flexi biasa, korang akan dapat satu akaun pinjaman yang dikaitkan dengan akaun semasa, serta dengan sebuah buku cek.

Setiap bulan, ansuran pinjaman ini akan ditolak secara automatik daripada akaun semasa, dan dibayar kat akaun bank yang korang buat pinjaman.

Dengan membuat deposit tambahan ke dalam akaun bank tu, korang boleh mengimbangi jumlah pinjaman prinsipal, dan mengurangkan kadar faedah pinjaman pada masa yang sama.

Contoh yang bantu anda lebih faham

Katakan, korang buat pinjaman jenis ini (full-flexi) sebanyak RM300,000. Dan korang pula, dah deposit RM100,000 ke dalam akaun semasa yang berkait dengan bank yang korang buat pinjaman.

Kadar fedah pinjaman korang akan berdasarkan jumlah ni:

  • RM300,000 – RM100,000 = RM200,000.

Sama juga macam semi-flexi loan, korang boleh keluarkan bayaran tambahan yang dibuat dengan menulis jumlah dalam buku cek yang diberikan.

Proses ni adalah lebih mudah, sebab korang tak payah buat sebarang pemohonan kat bank, seperti pinjaman semi-flexi tadi.

Cuma, kebanyakan pinjaman jenis ini datang dengan yuran bulanan tetap (biasanya RM10 sebulan) untuk mengekalkan akaun semasa.

Bermakna, mungkin korang kena menilai semula komitmen kewangan untuk kemudahan pinjaman ini sebelum korang buat keputusan.

Untuk pembeli rumah pada masa kini, biasanya orang akan pilih antara semi-flexi dan full-flexi atas sebab fleksibiliti pembayaran balik yang disediakan bank.

Tapi kalau korang takde sebarang wang tunai tambahan untuk perkara ni, boleh je dapatkan basic term loan.

Silap-silap, kadar faedah yang bank kenakan lebih baik berbanding pinjaman lain yang ada. Apa-apa pun, Tok nasihatkan kaji dulu dan buat keputusan yang terbaik ya.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *