Home Tips Kewangan Nak berbisnes, tapi modal tak banyak? Mohon skim bantuan kerajaan ini

Nak berbisnes, tapi modal tak banyak? Mohon skim bantuan kerajaan ini

3463
2
SHARE
Sumber gambar - Freepik
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tak kira apa pun jenis bisnes yang kita buat, akan ada kitaran dan peringkat yang tersendiri.

Di setiap peringkat, ada sejumlah modal yang kita kena guna supaya ia dapat berkembang dan survive di dunia ini.

Kita bertuah sebab kerajaan masih menghulurkan bantuan kewangan, dan tak terhad kepada pinjaman bank semata-mata.

Dan ia tak kira untuk apa jua industri atau peringkat perniagaan sekalipun. Semua orang boleh memohon.

Hadamkan senarai yang Tok baca kat blog iJual ni. Lepas tu, pilih salah satu yang sesuai dengan bisnes korang.

#1 : TEKUN

Menawarkan skim-skim pembiayaan perniagaan yang merangkumi skop yang agak luas dari RM10,000 sehingga RM100,000. TEKUN juga mempunyai skim khas untuk wanita, komuniti kaum India, dan lain-lain.

Antara skim pinjaman dan program perniagaan yang ditawarkan, seperti :

  • Skim Pembiayaan TEKUN Niaga,
  • Skim Pembiayaan Teman TEKUN,
  • Skim Pembiayaan Program Temannita,
  • Skim Pembiayaan Kontrak-i,
  • Ar-Rahnu Tekun,
  • Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI),
  • Kelab Komuniti Usahawan TEKUN (KKUT),
  • Institut Keusahawanan TEKUN Nasional (IKTN),
  • Program khas :
    • Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera,
    • Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera.

Layari laman web TEKUN dengan klik sini sekarang.

#2 : PROSPER

Sebuah skim pinjaman yang tawarkan sehingga RM 100,000 untuk golongan muda Bumiputera dalam pelbagai jenis bidang, termasuk :

  • Fotokopi,
  • Automotif, dan
  • Aksesori pakaian.

Antara skim yang mereka tawarkan seperti :

  • PROSPER Runcit,
  • PROSPER Pemborong,
  • PROSPER Usahawan Muda,
  • PROSPER Teras,
  • PKS.

Korang boleh layari laman web PROSPER dengan klik sini sekarang.

#3 : Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Merupakan sebuah organisasi yang menawarkan skim-skim pembiayaan untuk pelbagai peringkat, termasuk PROSPER seperti yang dinyatakan di atas.

Juga menawarkan skim pembiyaan untuk peruncit dan juga pemborong.

Layari laman web rasmi PUNB dengan klik sini. 

#4 : TERAS

Juga merupakan program bantuan dana di bawah TERAJU. Mereka tawarkan geran hingga jutaan Ringgit kepada syarikat Bumiputera yang berprestasi tinggi.

Dana ini disediakan secara koloberasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF, dan juga Maybank Islamic.

Layari laman web TERAS dengan klik sini. 

#5 : TUKAR

Sebuah program naik taraf kedai runcit di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Layari laman web TUKAR dengan klik sini sekarang. 

#6 : SUPERB

Skim Usahawan Permulaan Bumiputera yang dibawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ini, menawarkan geran (tanpa bayaran balik) bernilai RM500,000.

Program ini khas untuk golongan Bumiputera saja.

RM100 juta telah diperuntukkan untuk program SUPERB. Sebanyak 200 perniagaan dijangka akan dibiayai sepanjang tempoh perlaksanaan program ini.

Setakat ni, seramai 137 usahawan muda telah mendapat geran start-up (permulaan) sehingga RM500,000.

Nak tahu lebih lanjut? Korang boleh layari laman web ramsi SUPERB dengan klik sini. 

#7 : Dana Mudahcara

Dana berbentuk geran yang juga di bawah kelolaan TERAJU ini disediakan untuk inisiatif pelaburan swasta, bagi menampung 15% dari kos keseluruhan komponen infrastruktur dan peralatan.

Nilai minima untuk projek yang layak memohon adalah RM500,000 dan had maksima dana adalah RM30 juta.

Layari laman web Dana Mudahcara dengan klik sini. 

#8 : Skim Pembiayaan MARA

Skim pinjaman yang disediakan oleh MARA ini merangkumi pinjaman untuk pelbagai golongan. Ia juga memberi beberapa kelonggaran seperti pengecualian daripada cagaran dan lain-lain.

Sila layari laman web rasmi MARA dengan klik sini sekarang. 

#9 : Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia

Ini merupakan bantuan dana kepada peniaga kecil-kecilan yang juga memberi keutamaan kepada kaum bukan Bumiputera. Bantuan dana yang disediakan berbentuk mikro kredit.

Layari laman web rasmi YPPKM dengan klik sini sekarang. 

#10 : Geran Khas Pelajar IPT (SSM)

Melalui geran ini, mana-mana pelajar IPT yang ingin mendaftar perniagaan samada milikan tunggal atau perkongsian, dikecualikan daripada membayar fi serta caj pendaftaran.

Layari laman web rasmi SSM dengan klik sini sekarang. 

#11 : MyCreative Ventures

Sebuah badan yang ditubuhkan untuk membantu usahawan dari bidang kreatif & seni.

Bantuan dana yang disediakan berbentuk pinjaman atau pelaburan ekuiti sehingga RM 5 juta ringgit.

Layari laman web rasmi MyCreative Ventures dengan klik sini sekarang.

#12 : Dana Pembangunan Halal

Dana Pembangunan Halal ini disasarkan kepada pengusaha industri halal dan usahawan Bumiputera yang mempunyai potensi besar untuk menembusi dan mengembangkan eskport mereka ke pasaran halal global.

Ia merupakan sebuah insiatif pembiayaan yang disediakan oleh TERAJU.

Korang boleh layari laman web dana ini dengan klik sini. 

#13 : Skim Pembangunan Francais

Ini merupakan skim pembiayaan untuk menaik-taraf premis perniagaan, serta francais korang di bawah kelolaan KPDNKK serta Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Layari laman web KPDNKK atau PNS untuk maklumat lanjut tentang skim ini.

#14  : Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Sebuah skim pembiayaan untuk golongan berpendapatan isi rumah yang tak melebihi RM3,855. Ada cawangan di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web AIM dengan klik sini. 

#15 : Pembiayaan Mikro-i MPPK

Sebuah program pembiyaan sehingga RM 3,000 untuk penjaja dan peniaga kecil. Ia diperkenalkan oleh KPDNKK melalui Bank Rakyat.

Apa yang menarik mengenai program pembiyaan ini, ia tak perlukan penjamin, takde kadar keuntungan, takde sebarang bayaran proses, dan juga takde cagaran diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Mikro-i MPPK dengan klik sini. 

Nota Penting : Pastikan korang dah teliti dulu semua syarat-syarat yang ditetapkan, bagi setiap jenis dana untuk elakkan sebarang kekeliruan.

“Macam mana pula kalau saya perlukan latihan kemahiran?” – Hana

Kalau korang perlukan latihan kemahiran atau sumber maklumat, berikut ada beberapa insiatif percuma yang disediakan oleh kerajaan :

#1 : eUsahawan

Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan, untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.

Korang berpeluang mempelajari kaedah dan teknik penjualan online secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web eUsahawan dengan klik sini. 

#2 : BISNEST

Sebuah portal untuk anda mencari dan mendapatkan maklumat mengenai pembiayaan, perkhidmatan perniagaan, premis serta perlesenan yang disediakan oleh kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web BISNEST dengan klik sini.

#3 : 1AZAM

Sebuah program peningkatan pendapatan kepada isi rumah berpendapatan rendah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

Layari laman web 1AZAM dengan klik sini sekarang.

Korang tak perlu dah susah hati kalau nak kembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi. Gunakan segala peluang yang ada ini.

In shaa Allah, dengan bantuan yang ada, bisnes korang boleh jadi lebih maju daripada sediakala.

Semoga perkongsian hari ni bermanfaat untuk korang semua. Silakan SHARE artikel ini supaya lebih ramai tahu tentang ini.

2 COMMENTS

  1. Salam, betul tu , segala kemudahan telah disediakan. Cuma mesti rajin dan jangan cepat berputus asa. Cuba lihat bangsa asing yan datang ke Malaysia, membuat duit yang banyak. Takkan kita kat tempat sendiri tk bolek kot.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here