Login

Register

Login

Register

Wangsa Maju – ‘Hotspot’ untuk pembeli hartanah

| |

Nak cari rumah yang berdekatan dengan pusat bandar dan ada banyak kemudahan?

Kawasan yang Tok nak reviu ni adalah kawasan yang memenuhi ciri – ciri di atas.

Kelebihan tinggal dekat kawasan bernama Wangsa Maju ni adalah dari segi kemudahan yang mudah untuk didapati selain akses untuk ke tempat kerja.

“Tinggal harapan je lah Tok nak beli rumah dekat tengah bandar. Gaji RM10K pun, belum tentu mampu. Rumah mampu milik je la yang layak pun. Tu pun mahal gila.”

Sabar dulu. Antara benda yang wajib korang tahu pasal Wangsa Maju adalah ianya terletak berhampiran dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Usah khuatir. Kalian masih punya pilihan dengan pelbagai jenis unit rumah yang ditawarkan. Cumanya, korang kena bijak dalam membandingkan harga dengan setiap projek perumahan yang ada.

Antara kawasan yang berhampiran dengan Wangsa Maju adalah:

  • Titiwangsa,
  • Bukit Antarabangsa,
  • Setiawangsa,
  • Melawati,
  • Gombak.

Populasi untuk kawasan Wangsa Maju tidak didominasi oleh mana-mana kaum. Kawasan ini didiami oleh kaum Cina, India dan Melayu.

Wangsa Maju bakal jadi tumpuan para pelabur hartanah?

Wangsa Maju adalah kawasan yang berpotensi tinggi untuk menjadi kawasan tumpuan para pelabur hartanah memandangkan lokasinya yang sangat strategik serta diramal akan mengalami peningkatan hartanah pada masa hadapan.

Untuk korang yang tak berapa familiar dengan kawasan Wangsa Maju, boleh rujuk peta di bawah. Dari situ korang dah boleh nampak betapa dekatnya Wangsa Maju dengan pusat bandar Kuala Lumpur.

Faktor sambungan jalan raya yang mantap juga menjadi elemen terpenting dan daya penarik untuk potensi hartanah di suatu kawasan dan Wangsa Maju mempunyai ciri yang dinyatakan.

Penduduk Wangsa Maju mempunyai sambungan mudah ke lebuhraya berikut:

  • Lebuhraya DUKE,
  • MRR2,
  • Lebuhraya AKLEH,
  • Lebuhraya KARAK.

Dengan akses jaringan lebuhraya yang pelbagai, sudah pastinya sangat menjimatkan masa dan memudahkan pergerakan korang untuk pergi ke tempat kerja atau berliburan di pusat bandar.

“Duduk dekat dengan Pusat Bandar ni mesti kena hadap jem teruk. Malaslah nak bawa kereta menghadap traffic jam.”

Untuk situasi di atas, korang ada pilihan untuk ke destinasi yang diingini menggunakan pengangkutan awam.

Pengangkutan awam yang sedia berkhidmat untuk penduduk Wangsa Maju adalah seperti berikut:

  • Stesen LRT Sri Rampai (1.5 KM),
  • Stesen LRT Taman Melati (4.8 KM),
  • Stesen LRT Setiawangsa (3.9 KM).

“Tok, sesuai ke tinggal dekat sini bersama keluarga?”

Kalau nak tahu samada kawasan itu sesuai didiami untuk keluarga atau tidak, kaji dan perhatikan sama ada kemudahan pendidikan ada disediakan. Tidak kiralah samada sekolah rendah atau menengah.

Untuk kawasan Wangsa Maju, korang boleh pilih salah satu dalam senarai di bawah:

  • Universiti TARC,
  • Sekolah Antarabangsa Fairview,
  • SMK Taman Melawati,
  • SJK Tamil Taman Melawati,
  • Malaysia Institute of Art (MIA),
  • Consist College,
  • Saudi School Kuala Lumpur,
  • Universiti Teknologi Malaysia.

So untuk hal pendidikan anak-anak, korang dah tak payah risau. Anak masih kecil? Di sini juga ada beberapa pilihan tadika untuk korang pilih:

  • R.E.A.L Kids Wangsa Melawati,
  • Adeela EnrichmentCenter,
  • Sekolah KAFA Integrasi At-Taqwa,
  • Tadika GCC Desa Setapak,
  • Tadika Cendekiawan,
  • Islamic International University Malaysia,
  • Islamic International School, International School of Kuala Lumpur (ISKL).

Sebagai persediaan utama yang asas, adalah penting untuk beli rumah dekat dengan kemudahan kesihatan samada klinik awam mahupun hospital swasta. Untuk kepentingan di masa kecemasan korang juga.

Sumber : Columbia Asia Hospital

Kalau korang pilih untuk tinggal di Wangsa Maju, korang cukup dekat dengan hospital dalam senarai di bawah:

  • Columbia Asia Hospital,
  • Hospital Gleneagles KL,
  • Hospital KPJ Tawakal,
  • Damai Service Hospital,
  • Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan,
  • Ampang Putri Specialist Hospital.

Kalau nak enjoy, ada ke port best kat Wangsa Maju ni?

Kalau nak berliburan bersama kawan atau luangkan masa bersama keluarga yang tercinta, ada beberapa tempat yang korang boleh pilih.

Salah satu tempat yang menarik adalah Zoo Negara. Sesuai untuk aktiviti hujung minggu.

Bagi yang kaki shopping mall pulak, korang boleh pilih antara:

  • Melawati Mall,
  • AEON Big Wangsa Maju,
  • Wangsa Walk Mall,
  • AEON Setiawangsa,
  • Setapak Cental Mall,
  • KLCC.

Nampak tak? Korang ada akses hampir ke semua tempat yang best.

Kalau setakat nak ‘food hunting’ tu senang sangatlah kat Wangsa Maju. Pelbagai pilihan jenis masakan yang ada merangkumi masakan tradisional, Melayu, India, Cina, dan segala jenis yang korang mahukan. Pilih je nak yang mana.

“Patut tak saya tumpu beli rumah dekat kawasan Wangsa Maju?”

Sekarang, kita bercerita pula tentang sebuah kawasan yang menjadi pilihan ramai bila membeli rumah – Wangsa Maju.

Wangsa Maju terletak dalam anggaran 8.3KM daripada KLCC dan 17.3KM dari kawasan Mont Kiara.

Wangsa Maju boleh dikira sebagai kawasan yang matang. Korang boleh jangkakan pelbagai kemudahan yang siap tersedia di sana untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan mudah.

Dari sini, korang boleh pergi ke Wangsa Walk Mall dan Melawati Mall dalam masa kurang 5 minit saja.

Buat yang malas memandu pula, korang ada akses mudah ke LRT Wangsa Maju. Boleh park kereta kat sini dan gunakan kemudahan awam ini untuk ke tempat kerja di Kuala Lumpur, KL Sentral, Bangsar, Mid Valley dan juga Bangsar South. Semua ini boleh sampai dalam masa 30 minit saja.

Dengan pertukaran stesen di Pasar Seni pula, korang boleh akses kemudahan MRT1. Dari sini, korang boleh ke Bukit Bintang, Damansara, One Utama, IKEA dan juga TRX. Pendek kata, semua tersedia bila anda menetap dekat sini.

Kenapa anda patut jadikan Wangsa Maju sebagai kawasan pilihan?

Kalau kita kaji harga rumah mengikut kaki persegi (sq.ft) kat Wangsa Maju, masih lagi berada dalam kategori mampu milik berbanding harga rumah di kawasan bandar raya.

Tok bagi satu contoh mudah. Logik tak korang nak cari rumah 3 bilik bawah harga RM800,000 dalam kawasan pusat bandar Kuala Lumpur?

Kalau tanya siapapun, mereka akan cakap agak mustahil. Jadi salah satu jalan penyelesaiannya, adalah beli rumah yang dekat dengan kawasan Pusat bandar. Dan korang tak perlu pun bayar harga rumah sampai RM800K tu.

Korang ada peluang untuk duduk kat kawasan yang dekat dengan Kuala Lumpur, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan beli rumah dengan harga yang sangat berpatutan.

Anda mencari rumah di Wangsa Maju? 

Buat korang yang sedang mencari rumah dekat kawasan ini, Tok ada satu projek nak kongsikan dekat korang. 

Korang boleh pilih unit berkeluasan bawah 700 kaki persegi. 

Projek ini sesuai untuk korang yang masih bujang atau yang sudah berkeluarga.

KLIK GAMBAR DI BAWAH DAN TEMPAH UNIT ANDA SEKARANG

Previous

11 perkara orang bijak ambil tahu sebelum refinance rumah

4 langkah mudah mulakan simpanan dana kecemasan segera

Next