PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Nak kahwin ke atau nak beli rumah dulu? Ini jawapannya

Posting ni agak panjang. Kalau anda spesis yang memang tak rajin nak baca, jangan mula membaca. Kalau tak, menyesal nanti. Nak LIKE saja pun takpa. Saya benarkan.

Beberapa kali saya dapat soalan,

“Beli rumah atau kahwin dulu?”

Soalan ni sebenarnya susah untuk saya jawab. Sebab saya dah kahwin dulu, kemudian barulah ada kesedaran nak beli rumah. Saya kahwin masa masih belajar lagi. Kerja pun tak tetap masa tu. Hanya fikir survival saja.

Macam ni, kalau malas nak fikir dan memang dah tak sabar sangat, atau dah sampai memang tahap wajib, kahwin sajalah. Siapa nak halang, kan?

Tapi, kalau kita awal merancang, sebenarnya kita ada banyak jalan yang kita boleh pilih. Rancang dan buat sajalah. Bukan susah pun. Jadi tak jadi, lain cerita. Sebab Allah jua sebaik-baik Perancang.

Simpanan bersama

Sebelum kahwin, buat simpanan sama-sama. Contoh target simpanan bersama adalah RM30,000. Dah cukup, kahwinlah. Kalau rasa RM30,000 tu banyak sangat, kurangkan kos kahwin mana-mana yang boleh.

Syaratnya jangan buat pembiayaan peribadi semata-mata nak tanggung bridesmaid, pelamin seindah singgahsana kayangan. Nanti anak dah masuk tadika pun, tak habis bayar lagi.

Gunakan sebahagian simpanan tadi untuk belanja kahwin, sebahagian lagi untuk modal deposit rumah pertama. Selagi tak cukup target simpanan, tak boleh kahwin (sebagai motivasi untuk gigih menabung).

Rumah dapat, kahwin pun dapat

Satu lagi jawapan saya adalah beli rumah dulu. Kena ada modal jugalah. Secara ringkasnya, beli rumah subsale sekurang-kurangnya 15% bawah harga pasaran. Selepas selesai urusan jualbeli, boleh dapat cashback.

Dengan cashback tu boleh guna untuk belanja kahwin. Kalau tak faham berkaitan rumah bawah harga pasaran dan cashback, rujuk post saya yang sebelum-sebelum ni. Dah banyak kali saya kongsikan.

Rumah dapat, kahwin pun dapat. Best!

Simpan deposit rumah masa bujang

Bujang digalakkan simpan 30% untuk tabung rumah. Yang dah berkahwin digalakkan simpan paling kurang 10% gaji. Lagi banyak, lagi bagus sebenarnya.

Kalau nak menyimpan deposit rumah, mulalah masa tengah bujang. Sebab nanti selepas dah kahwin, memang bertambah komitmen, lagi susah nak menyimpan.

Iya. Lepas kahwin rezeki memang bertambah insyaAllah. Tapi cabaran yang datang juga lebih besar. Masa tulah nak merasa dating sana, dating sini. First honeymoon, second honeymoon, third honeymoon.

Sebelum kahwin tak pernah dating la katakan (bercinta selepas nikah).

“Habis tu, sebelum kahwin pun kitorang nak dating juga. Macam mana nak simpan duitnya?”

Fikirkanlah sendiri jawapannya. Korang yang sedap dating, aku pula yang kena fikirkan masalah korang ke?

Rezeki anak

Belilah rumah segera jika ada peluang. Bila dah lahir anak pertama, bertambah lagi komitmen. Lahir pula anak kedua, bertambah lagi komitmen.

Andaikata, masa tu simpanan masih juga kosong, rumah pun belum ada lagi. Nak salahkan anak? Jangan. Anak yang lahir, datang bersama rezeki mereka sendiri. Kita yang menumpang rezeki mereka tau.

Kita jadilah pengurus yang baik kepada rezeki anak-anak. Jangan pula kita yang boros buat belanja tukar sport rim setahun berkali-kali atau beli beg tangan LV dan Gucci. Faham?

Nampak tak kenapa kena mula simpan duit deposit rumah dan beli rumah masa bujang? Belilah 1 rumah dulu sebelum kahwin. Nanti boleh masukkan dalam ‘resume’ masa datang meminang anak dara orang.

“Pak cik, saya dah ada rumah untuk kami duduk bersama selepas kahwin. Sudikah Pak Cik jadi bapak mertua saya?”

Lelaki paling suka poin nombor 3

1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.

2. Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh.

3. Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca artikel ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.

4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.

5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.

6. Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.

7. Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.

8. Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.

9. Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.

10. Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.

11. Tahun depan nak kahwin, tapi belum cukup duit? Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.

12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.

13. Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.

Oleh: Harith Faisal

#harithfaisal

SHARE dan TAG pasangan anda atau sesiapa yang berkaitan. Jangan TAG laki bini orang lain sudahlah. Dah habis baca? Takdalah panjang sangat pun, kan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *