“Apa benda susah-payah bayar ansuran rumah? Baik menyewa je”

Ayat atas ni, adalah kata-kata yang ramai orang masih ungkapkan hingga ke hari ini.

Tapi kalau mereka tahu apa kesan yang bakal terjadi pada masa depan, pasti ayat ni takkan terungkap walaupun sekali. Ini, Tok berani gerenti.

Mungkin sekarang semasa menyewa, semuanya indah belaka.

Tapi bila tuan rumah nak jual rumah tu, korang akan terkesan dekat situ. Biasa la manusia, dah terhantuk baru nak mengadah.

Nah, hadamkan perkongsian bermanfaat ini supaya minda korang terjentik dan buat pelan tindakan membeli rumah seawal mungkin.

Budaya menyewa, dah jadi perkara biasa?

Perkongsian ini, Tok baca kat Facebook Tuan Harith Faisal.

1. Saya tak terkejut bila baca pengakuan seorang warga kota yang selesa menyewa rumah dah 5 tahun, dan dia tak ada niat pun nak beli rumah sebab tak nak dibebani hutang.

2. Korang boleh Google ‘Astro Awani Beban Hutang Beli Rumah’ untuk baca berita penuh. Menyewa rumah memang senang sebab boleh berpindah-randah. Tapi yang tak best pulak, rumah tu bukan milik dia.

3. Bagi orang biasa, dia rasa terbeban bila beli rumah sebab fikir kena bayar hutang sampai 35 tahun.

Kalau sekarang umur 30 tahun, masa umur cecah 65 tahun baru boleh habis bayar.

4. Dia jugak risau kalau sebelum habis hutang, roh pergi meninggalkan jasad. Mungkin dia tak pernah tahu yang rumah yang dia beli tu, akan dilindungi Takaful MRTT atau MLTT.

5. Mungkin dia tak perasan yang harga rumah, ada yang naik lebih RM100,000 dalam masa 5 tahun. Dan tak mustahil, perkara seperti ini akan berulang lagi.

“Bukan susah pun beli rumah. Kena belajar plan (merancang) saja!”

6. Katakan gaji si polan tu, RM3,000 sebulan. Bagi saya, untuk duduk rumah sendiri, ansuran bulanan kalau boleh biar kurang daripada 40% daripada gaji yang kita dapat.

Kiraan mudah seperti berikut:

  • RM3,000 X 40% =
  • RM1,200

7. Dengan RM1,200, si polan layak dapatkan pinjaman RM240,000. Dah boleh cari rumah yang berharga sekitar ini.

Dengan harga ni, memang si polan tu takkan dapat beli rumah kat sebelah KLCC. Tapi paling kurang, dapat jugak beli rumah walaupun jauh sikit.

8. Sebaiknya, cari kawasan yang senang nak cari penyewa. Mana tau satu hari nanti nak pindah tempat kerja. Boleh je kalau nak sewakan rumah tu.

Rasa malas nak sewakan sebab leceh nak jaga penyewa? Si polan boleh jual rumah tu. Boleh dapatkan untung dari situ.

9. Terbeban ke bayar ansuran bulanan RM1,200 tu dengan gaji RM3,000? Si polan masih ada lebihan RM1,800 untuk belanja sebulan kot.

Bajet untuk rumah sewa, dia boleh buang dah sebab dah ada rumah sendiri.

10. Tak cukup RM1,800 sebulan? Pasangan kena bantu cari side income RM1,200. Jadi, total (jumlah) duit belanja dah jadi RM3,000.

Nak cukup, kena hidup macam orang gaji RM3,000 la. Elakkan hidup macam orang bergaji RM6,000. Tunggang-langgang pulak kewangan dia nanti.

Biar betul, boleh meningkat hingga RM1.3 juta?

11. Gaji makin lama, makin meningkat. Takkan selamanya melekat dekat RM3,000 tu. Ansuran bulanan rumah pulak, masih kekal RM1,200.

Jadi, makin lama RM1,200 tu, akan jadi makin kecil nilainya.

12. Ini yang kita kata:

“Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian”

Yang best-nya, rumah yang korang beli RM240,000 tu akan meningkat dari segi nilai jugak. Entah berapa pulak harga rumah tu selepas 35 tahun nanti. Dengan syarat, korang wajib beli rumah yang betul.

13. Kita ambil kiraan paling cikai, purata kenaikan rumah 5% setahun. Bermakna, rumah tu akan mencecah harga pasaran setinggi RM1.3 juta.

Boleh tengok contoh kiraan dekat bawah ni:

Sumber gambar – Harith Faisal (FB)

14. Berapa yang si polan kena bayar sepanjang 35 tahun tu? Lihat kiraan kat bawah ni:

  • RM1,200 X 35 X 12 =
  • RM504,000

Dia hanya bayar RM504,000 saja. Kalau kita tolakkan nilai rumah tu, berapa untung yang si polan tu boleh dapatkan?

Nah, RM769,000 tau. Sikit ke, banyak?

15. Itu kalau dia duduk sendiri rumah tu. Kalau sewakan macam pelabur hartanah kapitalis selalu buat tu, boleh untung semua RM1.3 juta tu. Pergh!

Dah la ansuran bulanan, penyewa tolong bayarkan. Tak rugi sesen pun.

16. Akhir kata, jangan marah pelabur hartanah. Sebab mereka jugak yang tolong sediakan rumah sewa.

Perkongsian ini, khas untuk orang yang kata beli rumah untuk diri sendiri tu adalah satu bebanan. Sekian, tazkirah saya. -HF

Tok minta korang selami perkongsian bermanfaat ini. Beli rumah, memang bukan perkara mudah. Tapi kalau tak beli awal-awal, korang sendiri yang akan cari susah.

Harga rumah, kian hari makin meningkat. Tu tak termasuk kalau kira sekali inflasi yang berlaku.

Jadi, korang masih nak bertangguh beli ke?

249 Shares

Leave a Reply