PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Selamatkan duit dalam dompet anda dengan 5 gaya fikir ini

Rasanya, tak salah kita nak anggap duit macam air.

Lihat saja perbelanjaan harian kita. Sekali makan, sah-sah akan cecah (atau hampir cecah) RM10. Itu baru makan tengahari. Belum kira lagi makan malam dan sarapan pagi.

Boleh jadi agak susah kita nak berjimat sebab kos hidup yang semakin tinggi. Tapi, tak bermakna kita tak boleh atasi masalah ini.

Dengan mengubah beberapa tabiat berbelanja, boleh jadi kita dapat jimatkan duit dengan banyak.

Korang betul-betul serius nak belajar cara selamatkan duit? Baca perkongsian ilmu Matt Duczeminski ini sekarang.

#1: Berapakah nilai anda untuk setiap 1 jam?

Duczeminski pernah bekerja kat kem musim panas (summer camp) masa muda dulu.

Dan beliau cukup tertarik dengan tabiat beberapa rakan sekerja, yang membawa bekalan makanan yang dibeli kat kedai.

Setiap hari, rakan sekerja beliau akan membawa bagel (roti berbentuk seperti donat), sebotol jus oren, dan secawan kopi panas tanpa gagal.

Mereka dibayar sebanyak $10 (RM41.20 kalau ikut kadar mata wang semasa) setiap 1 jam.

Jadi, rakan sekerja beliau akan belanjakan bayaran gaji ini sebelum sampai ke tempat kerja setiap hari. Cukup jelas yang tindakan ini tak berikan sebarang faedah kat poket mereka.

Kalau nak jimatkan duit, elakkan tabiat pembelian impuls (pembelian yang tak dirancang).

Setiap kali nak beli barang, jawab dulu soalan ini:

“Berapa banyak masa yang aku kena bekerja untuk bayar pembelian ini?”

Kalau korang rasa jumlah masa itu satu beban, letak balik barang itu dan belalu dari situ.

#2: Tukar tabiat yang gunakan duit anda setiap hari

Korang kaki Starbucks?

Pernah tak korang kira jumlah kopi Starbucks yang dibeli setiap hari untuk tempoh 1 tahun?

Kalau kira, korang mungkin akan terkejut beruk. Siapa sangka air kopi (yang boleh habis dalam masa kurang 20 minit) itu boleh cecah hingga ribuan ringgit. Silap-silap, boleh cecah lebih lagi.

Patahkan pembelian impuls ini dengan mengelak beli kopi kat kedai. Bukan tak boleh buat kopi kat rumah sebelum ke tempat kerja. Ia lebih selamat, sedap, dan jelas lebih murah.

Boleh saja kurangkan pembelian seperti ini sebagai permulaan. Kalau korang selalu beli setiap hari, kurangkan jadi 2 kali seminggu. Lebih kurang, lebih baik.

Jadikan “coffee day” ini sebagai sesuatu yang special untuk pagi yang tak baik, daripada membeli kopi ini setiap hari. Tak perlu jadikan ia tabiat yang biasa kita buat.

Dengan ini, korang akan lebih menghargai setiap hirupan, dan juga jimatkan duit dengan berkesan.

#3: Masa yang dibazirkan = duit yang hangus

Majikan korang tawarkan kerja lebih masa (overtime)?

Ambil peluang itu. Daripada korang balik rumah dan tak buat apa.

Paling kuat pun, korang akan berlabuh atas sofa dan berehat. Atau lebih teruk, keluar melepak dengan kawan kat kedai mamak. Duit keluar lagi adalah.

Kalau korang buat RM30 sejam dan dapat peluang bekerja lebih masa selama 2 jam, berbaloi ke hilang RM60 untuk buat aktiviti yang tak berfaedah?

Bagi Duczeminski, ia langsung tak berbaloi. Apa pula kata korang?

Secara teknikal, korang tak akan hilang duit. Tapi, korang akan hilang peluang untuk buat duit lebih.

Rugi tak sambar peluang macam ini. Kalau balik rumah lepas kerja, kita ada potensi untuk keluarkan duit kat macam-macam perkara. Lebih baik bekerja daripada bazirkan duit dan masa.

#4: Berbelanja kat perkara yang bernilai dan bermutu

Pada dasarnya, duit tak berikan makna selagi ia tak dibelanjakan kat perkara yang bermakna.

Kalau korang ada RM1 juta sekalipun, kalau tak dibelanjakan, ia hanya sekadar nombor kat dalam akaun semata-mata.

Tapi, kalau korang ada RM100 dalam dompet dan gunakan untuk makan malam yang romantik dengan isteri yang dicintai, korang bukan sekadar belanjakan RM100 itu.

Korang juga belanjakan duit itu untuk dapatkan memori indah yang pasti akan bertahan lama.

RM1 mungkin tak boleh beli barang seperti sebelum ini, dan korang ada hak mutlak kat duit yang korang dapat. Jadi, belanjakan duit kroang kat perkara yang patut dan berbaloi.

#5: Wang yang disimpan adalah wang yang berjaya anda jana

Berbalik kat idea mengawal tabiat berbelanja dan bazirkan duit kat perkara yang tak sepatutnya.

Apa yang boleh kita buat adalah mengubah gaya fikir (mindset) tentang menyimpan. Katakan korang berjaya jimatkan duit sebanyak RM500 tahun ini, sebab tak beli kopi setiap pagi.

Sekarang, tukar perkataan “jimat’ ini jadi “jana”.

Jadi, korang berjaya “menjana” RM500 tahun ini, sebab berjaya patahkan nafsu membeli kopi setiap pagi.

Korang dah bekerja keras yahan diri membeli kopi setiap hari, dan berjaya hasilkan tabiat baru. Tak salah nak anggap duit itu sebagai pendapatan (gaji) yang dibayar untuk usaha korang itu.

Cuba bayangkan pula berapa banyak seorang perokok boleh “jana”?

Korang bebas buat apa saja dengan wang ini, sebab ia adalah hadiah untuk usaha keras korang. Janji korang gunakan duit itu kat perkara yang bermanfaat. Contohnya sebagai modal pelaburan.

Tok rasa, ramai yang anggap duit sebagai punca segala kejahatan (atau “syaitan”).

Pada pandangan personal, Tok kurang bersetuju dengan ini.

Kalau kita tahu mengurus dan gunakan duit ke arah kebaikan, ia akan berikan manfaat kat kita dan orang lain. Gunakan duit yang penat-penat korang dapat itu dengan sebaiknya tau.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Rosliahnie binti sipayo says:

    Good tips,tq.👍