Bila berborak pasal nak beli rumah, masih ramai yang ingat kena sediakan 10% duit down payment semata-mata.
Tapi, tu je ke kos yang kita kena tanggung? Korang mesti tak suka jawapan Tok ni:
“Tak. Ada banyak lagi kos permulaan yang korang kena tanggung.”
Yuran guaman, duit setem, kos valuasi, dan juga duit upah ejen yang uruskan proses jual-beli tu, adalah antara kos-kos penting yang korang tak boleh nak elak tanggung.
Dan kali ni, kita fokus untuk pembelian rumah subsale (second hand).
Jemput hadamkan ilmu power yang Tok baca kat blog Loan Street ni sekarang.
Yang pertama korang kena sediakan, adalah duit down payment sebanyak 10 hingga 30% daripada harga jualan rumah subsale yang korang nak beli tu.
Kalau takde apa-apa masalah, korang boleh dapatkan sehingga 90% loan rumah untuk pembelian rumah pertama dan ke-2.
Kalau beli lagi rumah lepas tu, korang hanya boleh dapatkan 70% loan. Takde lagi dah kuota 90% untuk korang, melainkan korang jual dulu rumah pertama dan ke-2 tadi.
Tok bagi contoh supaya korang lebih mudah faham. Katakan, korang nak beli rumah subsale harga RM300,000.
Bermakna, korang kena sediakan RM30,000 sebagai down payment. Dan kalau beli lagi rumah lepas tu (rumah ke-3 dan seterusnya), down payment yang korang kena sediakan adalah sebanyak RM90,000.
Kalau korang masih ingat, ada berlaku beberapa perubahan dalam pembayaran kos guaman untuk sediakan dokumen S&P (Perjanjian Jual-Beli).
Klik sini kalau korang belum baca lagi.
Untuk RM500,000 pertama, korang kena bayar 1%, dan RM500,000 seterusnya, 0.8%. Minimum fi yang korang kena bayar adalah sebanyak RM300.
Belum habis lagi tau. Untuk RM2,000,000 seterusnya, korang kena jelaskan sebanyak 0.7%, RM2,000,000 seterusnya, 0.6%, dan RM2,500,000 seterusnya, sebanyak 0.5%.
Kalau harga rumah tu lebih RM7,500,00, korang boleh berunding untuk jelaskan kos ni, tapi korang takkan dicaj lebih daripada 0.5%.
Nak lagi senang, korang boleh rujuk gambar bawah ni:
Segala legal fee ni akan dikenakan 6% GST. Dan untuk disbursement fee pulak, korang kena sediakan dalam anggaran RM1,000 hingga RM1,500.
Untuk kos duti setem, korang kena jelaskan 1% untuk RM100,000 pertama daripada harga rumah yang korang beli, dan untuk RM100,001 hingga RM500,000, korang kena jelaskan sebanyak 2%.
Yang last sekali, korang kena jelaskan 3% kalau harga rumah tu lebih RM500,000 ke atas.
Sekarang ni, kerajaan sedang mengambil langkah-langkah untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah pertama.
Sebab tu, pengecualian duit setem telah ditingkatkan kepada 100%, dan terhad untuk rumah berharga sehingga RM300,000 je.
Lebih daripada tu, korang kena bayar kos duti setem macam biasa. Dan ini bermula daripada 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2018.
Kos setem duti yang korang kena tanggung adalah sebanyak 0.5% daripada jumlah loan yang dipinjam.
Selain daripada tu, segala kos profesional yang lain seperti yuran guaman, GST untuk yuran guaman, disbursement fee (anggaran), dan rebat setem duti untuk pembeli rumah pertama kali akan ikut seperti apa yang dijelaskan dekat poin sebelum ini (No. #3).
Bab valuasi rumah pulak, korang kena bayar caj sebanyak 0.25% untuk jumlah RM100,000 pertama. Untuk baki sehingga RM2 juta pulak, korang akan dicaj sebanyak 0.20%, dan baki sehingga RM7 juta, 0.167%.
Bagi yang berbaki sehingga RM15 juta pulak, korang akan dicaj sebanyak 0.125%. Untuk baki sehingga RM50 juta, bayaran adalah sebanyak 0.10%, dan baki sehingga RM200 juta pulak, korang kena bayar sebanyak 0.0067%.
Untuk baki sehingga RM500 juta, korang akan dicaj sebanyak 0.05%, dan yang last sekali, baki yang lebih daripada RM500 juta, korang akan dikenakan caj sebanyak 0.04%.
Biasanya, korang akan dicaj sebanyak 2 hingga 3% daripada harga rumah yang korang nak beli tu. Nak tau siapa yang kena tanggung kos ni, korang kena tengok balik S&P.
Tapi biasanya, penjual yang akan tanggung kos ni.
Bila korang memohon untuk loan rumah, bank akan kenakan caj pemprosesan satu masa (one time) yang akan menelan kos antara RM50 hingga RM200.
—
Selagi boleh, Tok nak korang elak buat kesilapan yang tak patut. Kalau korang belajar betul-betul, korang mesti tau tentang kos awal yang terlibat dalam proses membeli rumah.
Lebih-lebih lagi korang yang nak beli rumah subsale pertama tu. Tok dah kongsikan ilmu macam ni kot. Korang tinggal nak baca dan amal je.
Ramai yang kecundang tu, bukan pasal tak pandai. Tapi sebab malas nak ambil tau je. Diri sendiri yang cari pasal.