Yang nak beli rumah pertama, rajin survey sana sini mesti dah tahu yang semua orang layak untuk dapatkan LTV (margin pembiayaan, atau nama glemernya Loan to Value) sebanyak 90% untuk beli 2 rumah pertama.
Tapi kejap, betul ke semua orang boleh dapat pinjaman 90% ni?
Jawapannya, tak semua boleh dapat ya. Ramai yang Tok jumpa tak dapat 90% loan bila beli rumah, walaupun rumah tu yang pertama dan kedua.
Sebab tu kat sini, Tok nak share dengan korang perkongsian simple Tuan Amir Syahir ni untuk korang hadam dulu. Lepas tu, barulah korang boleh dapat pinjaman 90% tu tanpa was-was.
Mungkin ramai sedia maklum pasal MOF ni. Tapi tak salah kalau kita ulangkaji, kan?
Dulu, gua ingot MOF ni Ministry of Finance je. Rupa-rupanya ada makna lain untuk MOF ni.
Margin of Finance (MOF) ni juga dikenali sebagai Loan to Value (LTV).
Dalam bahasa Melayunya, margin pembiayaan.
Kalau bank tawarkan pakej MOF 90% kepada hartanah bernilai RM150,000, ini bermakna bank akan membiayai sebanyak RM135,000.
Baki 10% ataupun RM15,000 tu perlu pembeli sediakan sebagai duit down payment (pendahuluan).
Ada juga yang dapat bawah 90% untuk margin pembiayaan perumahan kali pertama dan ke-2.
Pihak bank akan turunkan nilai MOF ini untuk sesuatu pembiayaan perumahan, seperti:
Selain tu, MOF akan berubah sebab:
Ada banyak lagi faktor dalaman daripada pihak bank sendiri. Jadi, kalau korang dapat margin pembiayaan sebanyak 85 hingga ke 80%, sila bersiap sedia.
Bermakna, korang kena sediakan down payment yang lebih banyak berbanding kalau dapat MOF 90%.
Kalau boleh, kena sentiasa ada simpanan dan modal yang lebih daripada kiraan. Kalau tak, unit yang korang minat nak beli tu terpaksa korang lepaskan kepada orang lain.
Bank Negara Malaysia telah mengawal ketat nisbah MOF untuk pembiayaan perumahan untuk elakkan spekulasi yang tak terkawal.
Kalau korang dah ada 2 atau lebih hartanah yang sedang ditanggung pembiayaan perumahan yang sedia ada, nisbah seterusnya akan dihadkan kepada 70% MOF je. Korang takkan dapat 90% financing.
Yang atas ni hanya tertakluk kepada pembiayaan melalui institusi kewangan biasa (bank). Macam mana pulak kalau bekerja sebagai penjawat awam (kerja kerajaan)?
Kalau korang bekerja dalam sektor kerajaan, dia boleh memiliki 3 buah rumah dengan MOF 90%.
Korang jugak boleh buat macam ni:
Kalau suami dan pasangan bekerja dalam sektor kerajaan, lagi la best. Sedap je korang berdua membeli rumah. Hehe.
Sebab paling utama adalah korang tak perlu keluarkan duit poket sendiri. Tak perlu kumpul modal dan duit deposit yang banyak.
Dan kalau nak memohon pembiayaan untuk rumah ke-3 lepas rumah pertama dah habis bayar dekat bank, berapa MOF yang korang boleh dapatkan?
Berapa? 70%?
Ramai yang akan cakap mereka hanya layak dapatkan pinjaman sebanyak 70% je. Salah tu.
Korang kena ingat. MOF ni margin pembiayaan. Kalau dah langsai bayar rumah pertama tadi, pembiayaan rumah pertama tu takkan ada dah dalam CCRIS.
Dan MOF korang akan naik jadi 90% balik untuk beli rumah ke-3 tu.
Bank Negara Malaysia dah tetapkan garis panduan MOF untuk pembelian rumah macam yang kat bawah ni:
MOF 90% hanya tertakluk kepada pembelian rumah pertama dan ke-2 je.
Kalau dah habis bayar rumah yang pertama tadi, MOF untuk pembelian rumah yang seterusnya akan jadi 90% balik. Faham tak?
Dan tahu bank hanya bagi 90% MOF. Takkan tak reti-reti lagi nak menyimpan down payment 10% tu?
Masih hisap vape? Masih beli tudung tiap-tiap kali dapat gaji? Masih gilakan sport rim dan modified kereta setiap bulan? Masih rajin menjana seribu alasan? Bagus!
Akhir kata:
“Jangan cepat mengalah. Mengalah adalah kegagalan paling nyata.”
Jangan cepat berputus asa. Jangan mudah mengalah kalau bank asyik tolak permohonan pembiayaan rumah korang.
Teruskan menimba ilmu untuk memiliki rumah pertama cepat-cepat ya. Kah!
—
Dengan ilmu yang betul, bagi Tok tak ada apa pun yang mustahil dalam dunia ni.
Benda macam ni jarang orang nak kongsi, jadi Tok harap korang dapat manfaatkan ilmu dari perkongsian tadi. Lagi-lagi pembeli rumah pertama ni, wajib khatam dulu supaya boleh dapat pinjaman 90% tu.
Nak beli hartanah ni bukan kita boleh pakai langgar je. Kena belajar, faham dulu betul-betul baru mula. Jadi, kalau korang nak tambah lagi ilmu hartanah, Tok nak jemput korang join webinar percuma saudara Faizul Ridzuan ni.
Kat sini, lagi banyak ilmu mahal dan #unfairadvantage yang korang boleh dapat untuk kegunaan masa depan korang. Kalau minat, tekan je gambar bawah ni untuk daftar, okay?
[KLIK GAMBAR SEKARANG]