Perkara biasa. Yang mana nak beli rumah, akan pilih untuk gunakan loan konvensional.
‘Loan konvensional murah lagi berbanding pembiayaan Islamik’
Yang nampak depan mata, memang la murah. Tapi kalau korang tau apa yang jadi sebenarnya, korang pasti akan mula beralih arah dan gunakan pembiayaan Islamik untuk beli rumah.
Dan hari ni, Tok nak korang hadam perkongsian Tuan Khairul Ezuwan (KEY). Serius, Tok bagi lebih 5 bintang untuk ilmu level macam ni.
Patut la tengok ramai rakan-rakan bukan Islam dah mula gunakan pembiayaan Islamik. Banyak sangat kelebihan daripada loan konvensional.
Itu pentingnya ilmu.
Tanpa ilmu, senang-senang je kita jatuhkan hukuman. Lepas tu, kekalkan diri menyokong sistem Riba’ yang ada dalam perbankan konvensional.
Kenapa nampak pembiayaan Islamik lebih mahal? Mari saya tunjukkan contoh supaya ramai mudah faham.
Tahun 2008-2009 ,BFR pernah turun kepada 5.55%.
Contohnya waktu tu, bank bagi offer -2%. Maka, effective rate waktu itu adalah 3.55%.
Katakan jumlah pembiayaan RM250,000. Bermakna bayaran bulanannya adalah RM1,040 sebulan. (Rujuk Gambar 1)
Saya ambil pula BFR yang yang naik pada July 2014 iaitu 6.85%. Ditolak offer bank -2%, effective rate terkini adalah 4.85%.
Maka, bayaran bulanan naik kepada RM1,238. Peningkatan bayaran bulanan sebanyak RM198.
Bila ini pembiayaan Islamik , bayaran bulanan tersebut turut berubah menjadi RM1,238 sebulan kerana peningkatan kos, bank akan mengurangkan Ibra’ (rebet). (Rujuk Gambar 2).
Kenapa jumlah bayaran meningkat?
Jawapannya supaya bayaran dibuat dalam tempoh tak lebih 35 tahun seperti yang dijanjikan dalam kontrak perjanjian.
Tapi bagi pinjaman konvensional, pada asalnya repayment bulanan RM1,040. Bila berlaku kenaikan BLR tersebut, repayment bulanan RM1,040 boleh dikekalkan.
Ini yang menampakkan seolah-olah pinjaman konvensional lebih murah daripada Pembiayaan Islamik.
Nanti dulu. Mari saya jelaskan lagi.
Bila BLR meningkat dan kita kekalkan installment repayment yang sama dalam pinjaman konvensional, memang installment bulanannya tak meningkat.
Tapi tempoh bayaran semula akan meningkat mendadak (Rujuk gambar 3).
Kalau kita kekalkan repayment bulanan RM1,040, pinjaman yang asalnya bertempoh 35 tahun, meningkat menjadi 73 tahun. Peningkatan sebanyak 38 tempoh bayaran.
Sebab nak jimatkan RM198 sebulan, korang rugi extra RM1,040 x 12 x 38 tahun = RM474,240. Nampaknya sampai ke sudah loan rumah tak habis dibayar.
Dulu waktu saya memproses pembiayaan perumahan, saya susah nak gagal untuk pengaruh orang bukan Islam.
Rakan-rakan Cina, India dan Singh, mereka pilih pembiayaan Islamik dan mereka menolak 100% pinjaman konvensional bila diberikan penerangan kepada mereka .
Pembiayaan Islamik terlalu banyak kelebihan berbanding pinjaman konvensional especially menjauhi sistem Riba’.
Sedih bila orang Melayu Islam sendiri yang menolak Pembiayaan Islamik. Samakan dengan pinjaman konvensional.
Malah masih ada ramai yang mengagungkan pinjaman konvensional sebab mereka sangka lebih murah dan lebih baik.
Padahal, sebenarnya mereka terkeliru dan tak sedar dengan tempoh repayment yang meningkat berganda.
Tanpa ilmu, kita sebenarnya terus menipu diri sendiri.
Nota: Silakan SHARE untuk manfaat bersama.
—
Tok dah selesai sampaikan apa yang patut. Nak atau tak nak buat, terpulang dekat korang.
Ada ke orang yang sanggup rugi sampai lebih RM400,000 untuk bayar loan rumah je? Orang waras akal fikiran tak perlu banyak masa untuk bagi jawapan untuk soalan ni.
Kalau korang tak nak tergolong dalam golongan yang rugi, bertindak dan ubah apa yang patut hari ni. Setakat cakap, tapi apa pun tak jalan…
Memang pening kepala bila duit tak banyak untuk beli rumah.
Dan Tok tak nafi juga. Beli rumah memang pakai modal banyak. Tapi, ada cara untuk kurangkan kos beli rumah. Dengan syarat, wajib ada ilmu yang betul.
Kalau korang tengah cari ilmu tu, klik link bawah ni sekarang. Belajar ilmu yang 16 pelabur otai ni kongsikan.