Login

Register

Login

Register

“Kenapa ada orang beli rumah, dia rugi dan kenapa ada orang beli rumah, dia untung?”

| |

Nak beli rumah ni boleh jadi satu pengalaman yang menakutkan bagi sesetengah orang. Setuju?

Yelah, ada yang takut duit lebur. Ada juga yang takut tersalah beli rumah.

Tok faham. Jadi sebab tu Tok sentiasa akan pastikan perkongsian yang Tok bawakan boleh membantu korang sedikit sebanyak.

Kali ni Tok bawakan perkongsian daripada Tuan Faizul Ridzuan tentang rahsia yang korang perlu tahu sebelum beli rumah. Jemput hadamkan artikel ni sampai habis.

Saya bagi contoh. 

Ramai yang mengadu rumah mereka yang baru siap, bila disewakan, dapat RM1,300 je. Padahal installment bulanan kepada bank RM2,500 hingga RM3,000. 

Tiap – tiap bulan rugi lebih Rm1,000 – RM2,000. Setahun dah rugi RM24,000.

Tapi ada juga orang beli rumah, installment bulanan kepada bank RM1,800. Sewa boleh dapat RM3,000. Positive cashflow beratus ringgit. 

Apa beza kedua-dua ni? 

Apa rahsia ada orang buat duit bila beli rumah dan ada orang akan rugi bila beli rumah? 

6 rahsia yang korang perlu tahu sebelum beli rumah

Rahsia #1 : Median (harga pertengahan)

“Adakah rumah yang bakal korang beli ni melebihi median di kawasan tu ataupun tak melebihi?”

Kalau korang beli rumah yang jauh melampaui harga median, kebarangkalian untuk korang rugi daripada pembelian hartanah itu adalah tinggi. 

Kalau korang beli rumah yang harga jauh lagi rendah daripada harga median atau separa dengan harga median, kebarangkalian untuk korang buat duit dengan rumah tu adalah tinggi.

Median harga rumah kena pastikan betul. 

Rahsia #2 : Premium 

“Apakah premium rumah baru vs premium rumah lama?” 

Kalau kita boleh beli rumah baru pada harga sama macam rumah lama, kita boleh pilih untuk beli rumah baru. But, rumah macam ni sangat rare. Kita panggil rumah ni rumah Grade A, kalau harga dia sama atau lagi murah. 

So, setiap kawasan korang kena tahu apa premium yang sesuai yang untuk kita bayar beli rumah baru vs rumah lama. Ada rumah subsale dah jatuh 10% – 20%, jadi sebab tu kena faham konsep premium rumah baru vs rumah lama, tak kiralah korang nak beli rumah subsale atau underconstructions. 

Rahsia #3 : Kriteria 

Salah satu kriteria adalah korang kena boleh dapat nilai sewa seminima 70% daripada installment bulanan korang kepada bank.

Contoh installment bulanan korang RM3,000. Sewa rumah minimum korang kena dapat RM2,100. 

Rahsia #4 : Tempoh matang

“Berapa lama masa yang diperlukan untuk property tu buat duit?”

Ada rumah yang tempoh matangnya, rumah siap je, terus boleh buat positive cashflow, harga rumah naik RM100,000. Tak perlu tunggu lebih setahun pun. So tempoh matang dia tak lebih daripada setahun. 

Ada rumah yang korang beli hari ni, korang kena tunggu 20 tahun sebelum nampak untung. 

Kalau boleh, beli rumah yang tempoh matang kurang daripada 5 tahun. Lagi kurang lagi bagus. Bukannya lagi lama lagi bagus.

Rahsia #5 : Strategi sewaan 

“Hartanah yang korang nak beli ni, berapa strategi sewaan yang bakal ada?”

Kalau korang beli rumah yang strategi sewaannya hanya ada Plan A, tak ada Plan B, Plan C atau Plan D, kebarangkalian untuk rugi beli rumah tu adalah tinggi. 

Kalau rumah yang korang beli tu Plan A tak menjadi, korang boleh buat Plan B, Plan C, kebarangkalian untuk korang rugi daripada pembelian rumah tu sangat rendah. 

Rahsia #6 : Supply 

Last sekali, korang perlu tengok supply. 

“Adakah supply ataupun competition untuk rumah yang bakal korang beli ni dalam kategori safe, berisiko ataupun bahaya?”

Kalau korang beli rumah yang supply nya dalam kategori bahaya, kebarangkalian untuk rugi, harga rumah jatuh, harga sewa jatuh teruk akan jadi tinggi. 

So kalau korang tak jaga supply, kebarangkalian untuk rugi, tinggi.

Amacam? Padu tak perkongsian Tuan Faizul ni? Tok harap korang dapat manfaat daripada perkongsian beliau ni.

Nak beli rumah, bukan boleh main masuk je tanpa persediaan. Ibarat nak pergi berperang, tapi tak bawa senjata. Naya je.

Buat persediaan jika korang berniat nak beli rumah. Tok doakan semoga korang beli boleh rumah.

Tengah cari rumah landed bawah RM600K di Bangi?

Tak perlu penat cari dah. Tok ada jumpa satu yang ‘baik punya’ untuk anda.

Tak perlu risau tentang faktor keselamatan. Projek ini lengkap dengan sekuriti untuk pastikan keselamatan keluarga anda terjamin. Terdapat juga pelbagai fasiliti yang menarik untuk kemudahan anda yang menetap di sini.

Anda juga akan dapat duit (cashback). Boleh buat modal untuk beli rumah seterusnya, atau langsaikan hutang jahat yang ada.

Berminat? Isi borang ini sekarang.

KLIK DISINI SEKARANG

Previous

Nak beli rumah pelaburan? Kaji dulu 6 faktor ini

Tak lepas 5 syarat ni, anda tak layak beli rumah pertama?

Next