Nampaknya, peluang korang untuk memiliki rumah semakin cerah.
Lebih-lebih lagi untuk korang yang baru nak beli rumah pertama.
Dengan kemunculan Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF), atau PR1MA ’Stepped Up’ End-Financing Scheme, ini akan mudahkan ramai orang.
Tujuan utama skim ni nak membantu golongan yang susah nak dapatkan loan rumah daripada bank, dan tinggikan jumlah loan yang korang boleh pinjam.
Hadamkan sekarang perkongsian yang Tok baca dekat laman web PR1MA ni.
Ciri-ciri utama skim ini merangkumi:
Skim Pembiayaan Akhir PR1MA adalah skim eksklusif bagi pembeli kediaman PR1MA, yang tawarkan pakej pinjaman menyeluruh seperti:
Skim ini wujud sebagai pemudahcara kepada pembeli kediaman PR1MA, untuk ringankan beban dalam pembayaran ansuran bulanan pada peringkat awal.
Secara keseluruhannya, skim ini beri peluang kepada pembeli untuk dapatkan pinjaman yang lebih tinggi.
Keistimewaan skim ini melayakkan pembeli untuk mendapatkan pembiayaan akhir, serta mengurangkan beban kewangan bulanan melalui cara berikut:
• Pembayaran berperingkat, di mana bayaran ansuran bulanan dihadkan kepada jumlah yang lebih rendah untuk 5 tahun yang pertama.
Kemudiannya, dianjakkan kepada jumlah yang lebih tinggi untuk tahun ke-6 sehingga tamat tempoh pembiayaan; dan
• Penggunaan caruman bulanan Akaun 2 KWSP bagi pembiayaan untuk sebahagian daripada ansuran bulanan.
Dengan keistimewaan ini, pembeli boleh merancang kewangan dengan lebih teratur.
Pembayaran berperingkat adalah seperti berikut:
Pembeli boleh memilih untuk bayar prinsipal berserta faedah lebih awal daripada tahun ke-5, bergantung pada kemampuan kewangan semasa korang.
Korang boleh pilih salah satu, atau kedua-duanya sekali.
Panel bank PR1MA seperti berikut:
Korang boleh hubungi panel bank yang berikut:
Skim ini dikhususkan kepada pembeli yang telah menerima tawaran kediaman PR1MA.
Syarat kelayakan untuk mendapatkan kediaman PR1MA adalah seperti berikut:
Kalau korang dah terima surat tawaran Offer to Purchase pembelian kediaman PR1MA, sila hubungi salah satu dari bank-bank berikut:
Permohonan untuk kediaman PR1MA telah dibuka.
Kalau korang dah terima surat tawaran Offer to Purchase pembelian kediaman PR1MA, sila hubungi salah satu dari bank-bank berikut:
Maaf. Korang tak layak.
Bawah ni Tok sertakan contoh ilustrasi bagaimana ‘End-Financing’ PR1MA ni berfungsi:
Nota: Ini adalah kiraan secara kasar berdasarkan maklumat yang ada di laman web PR1MA, dan jadual yang Tok baca dekat laman web The Star.
Sila hubungi (masa waktu pejabat, Isnin hingga Jumaat):
—
Bagi korang yang belum pernah beli rumah, ini satu peluang emas yang tak patut korang lepaskan.
Tapi, terpulang la. Korang nak mendaftar sekarang atau esok. Lambat bertindak, memang bye bye.
Apa kata korang? Tok jemput SHARE pandangan dan buah fikiran dekat bahagian komen.
Korang memang tak tahan dah. Apa pun yang jadi, tahun ni korang nak ada sebiji rumah jugak.
Tak bermakna korang tak lepas beli rumah PR1MA, korang langsung tak boleh beli rumah murah. Ada caranya.
Serius nak tau? Klik link bawah ni sekarang untuk belajar.