PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Orang ‘gomen,’ beli banyak-banyak rumah pelaburan guna cara ini

Ramai dah yang tau, kakitangan kerajaan banyak kelebihan dalam bab membeli rumah.

Cuma yang Tok pelik, ramai yang tak tau kelebihan yang tak patut mereka abaikan ni. Ada yang dah nak dekat pencen, baru tau ada benda ni.

Tok tak nak korang jadi macam tu.

Sebab tu, Tok nak korang hadamkan perkongsian Tuan Harith Faisal yang bermanfaat ni. Ada strategi mudah untuk korang jadikan rujukan asas.

Rugi oi. Boleh dapat loan 100%, tapi tak guna betul-betul. Berebut orang dekat luar sana nak, tau tak?

Baru nak mula, tak perlu kejar beli banyak rumah

Kalau tak dapat beli 2-3 biji rumah dalam masa setahun pun takpe. Jangan nak ikut sangat orang lain membabi buta, kalau rezab tunai pun baru seciput.

Dapat sebuah rumah setahun pun, jadi la kan. Yang penting, kita ada perancangan untuk membeli rumah lagi dan lagi.

Setiap orang layak untuk dapatkan Margin of Financing (MOF) hingga 90% ke 100% untuk rumah pertama, dan 90% untuk rumah ke-2 daripada bank, bergantung kepada kekuatan kewangan dan skor kredit korang.

Rugi orang kerja kerajaan tak guna manfaat ini

Kalau korang suami isteri adalah kakitangan swasta, korang boleh memiliki rumah pertama dan ke-2 dengan mudah, sebab dapat MOF yang tinggi.

Bila dah selesai 4 kuota rumah dengan MOF hingga 90% hingga 100%, boleh dah rasa lega. 2 rumah pembiayaan nama suami, 2 rumah pembiayaan nama isteri.

Jadi lepas tu, kena kerja kuat lagilah untuk beli rumah lain. Sebab MOF dah jadi 70% untuk rumah ke-3 dan seterusnya.

Secara asasnya, anda perlu sediakan down payment 30% daripada harga rumah dengan duit sendiri.

Fuh, lap peluh kejap.

Untungnya kakitangan kerajaan. Boleh dapat lagi MOF hingga 100% untuk rumah seterusnya menggunakan manfaat pembiayaan perumahan khas kakitangan kerajaan (government loan).

Klik sini dan baca sekarang: Loan rumah terbaik untuk staf kerajaan. Ansuran bulanan anda confirm berubah. 

Berapa banyak rumah boleh beli dengan loan ini?

Kalau suami isteri kakitangan awam, boleh dapat 6 buah rumah dengan MOF hingga 90%-100%.

Margin of Financing (MOF). Contohnya, kalau 90% MOF, bermaksud bank berikan pembiayaan sebanyak 90% daripada harga rumah.

Baki lagi 10%, perlu disediakan oleh pembeli sendiri.

Ada bank akan bagi 90% + 5% juga. 5% adalah untuk Takaful/insuran, legal fee dan valuation fee. Rajin-rajinlah walk-in ke bank yang korang minati.

Ingin memaksimumkan kuota MOF 90% hingga 100% korang?

#1: Untuk suami isteri yang bekerja swasta

  • Suami

Rumah pertama: 90% loan bank,

Rumah ke-2: 90% loan bank,

Rumah ke-3: 70% loan bank.

  • Isteri

Rumah pertama: 90% loan bank,

Rumah ke-2: 90% loan bank,

Rumah ke-3: 70% loan bank.

#2: Suami kerja swasta, isteri kakitangan kerajaan (atau sebaliknya)

  • Suami

Rumah pertama: 90% loan bank,

Rumah ke-2: 90% loan bank,

Rumah ke-3: 70% loan bank.

  • Isteri

Rumah pertama: 90% loan bank,

Rumah ke-2: 90% loan bank,

Rumah ke-3: 100% loan kerajaan,

Rumah ke-4: 70% loan bank.

#3: Suami dan isteri, sama-sama kakitangan kerajaan

  • Suami

Rumah pertama: 90% loan bank,

Rumah ke-2: 90% loan bank,

Rumah ke-3: 100% loan kerajaan,

Rumah ke-4: 70% loan bank.

  • Isteri

Rumah pertama: 90% loan bank,

Rumah ke-2: 90% loan bank,

Rumah ke-3: 100% loan kerajaan,

Rumah ke-4: 70% loan bank.

Personal loan, kakitangan kerajaan yang ramai guna?

Tapi, malangnya ramai kakitangan kerajaan tak terdedah dengan perkara ini. Kebanyakan yang saya jumpa dalam sesi Borak Hartanah dan kenalan saya sendiri, memang gunakan government loan untuk membeli rumah pertama.

Yang joint loan pun ada juga. Rugi. Ia bukan dosa, cuma ada rugi sikit. Dan memang mereka menyesal sebab beli rumah pertama tanpa ilmu.

Maaf sebut. Kebanyakan yang ambil pembiayaan peribadi yang tinggi pun adalah mereka yang bekerja di sektor kerajaan.

Mungkin sebab dapat kadar keuntungan bank yang rendah, terus kelabu mata untuk ambil sampai RM50,000 – RM80,000. Elakkan.

Pembiayaan peribadi adalah hutang jahat. Ia menjadikan skor kredit korang teruk di mata bank, dan beri efek semasa korang memohon pembiayaan perumahan nanti.

Klik sini dan baca sekarang: Dah lebih 1 tahun bekerja dalam sektor kerajaan? Gunakan loan ini untuk beli rumah pertama. 

Takde ilmu, kelam-kabut pelaburan anda nanti

Carilah ilmu kewangan dan ilmu hartanah sebelum membeli rumah pertama.

Nak kumpul deposit rumah dengan cara yang cepat pun, kena ada ilmunya. Dan saya lebih cenderung menggunakan ASB Financing Islamic.

Nak tetapkan matlamat pelaburan dan cari rumah yang sesuai pun perlu belajar. Nak uruskan rumah untuk disewakan lagi.

Kalau takde ilmu, memang kelam kabut. Banyak rugi daripada untung.

Memang banyak untung bekerja dalam sektor kerajaan. Itu dapat, ini dapat.

Tapi kalau tak pandai mengambil peluang, takde beza pun antara korang dengan pekerja sektor swasta.

Ada kawan atau kenalan korang yang berkhidmat di sektor kerajaan? Ayuh SHARE artikel ni dan selamatkan mereka.

Bayangkan. 2 biji rumah tu, korang tak payah bayar loan. 100% ditanggung beres.

Boleh korang fokus dekat 3 biji rumah yang lain tu. Macam mana nak tanggung? Korang kena ikhtiar cari jalan.

Hidup ni, kalau korang buat, korang dapat. Ilmu dah ada berlambak-lambak dekat Google pun, malas lagi nak cari?

Cara buat bank ‘cair’ dan luluskan loan rumah anda cepat-cepat?

‘Bank dah susah nak luluskan loan rumah sekarang. Gaji layak pun, belum tentu lagi’

Betul ke apa yang korang cakap tu? Sebab pada Tok, ada je cara nak buat bank senang luluskan permohonan korang.

Jangan percaya cakap Tok macam tu je. Baca dulu bukti orang yang dah baca dan amal. Klik link bawah ni sekarang:

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ’STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH’

Ebook Cover Lulus Loan Rumah 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *