Tip urus belanja bulan puasa ramadhan 1

Nak jadi kaya masa bulan puasa? 14 Tip urus belanja dan tambah duit sepanjang bulan Ramadhan.

Alang-alang tengah bulan puasa, seronok juga kalau Tok selitkan tip untuk jadi semakin kaya masa bulan yang mulia.

Bukan apa, sedih juga Tok tengok anak cucu bangsa Tok bila bulan puasa. Ada yang belanja penuh nafsu mengalahkan setan, ada yang boros, ada yang beli juadah berbuka macam perut dia isi kapal (konon boleh sumbat semua makanan dan minuman).

Tok suka perkongsian daripada seorang mamat ini. Nama dia Izwan Robotys.

Tok tahu nama Robotys itu nama betul atau nama gelaran. Apa-apapun, nama itu memang catchy. Terus melekat dalam kepala otak Tok yang semakin tua dimakan usia.

14 Tip urus belanja dan tambah duit sepanjang bulan Ramadhan.

Antara 14 tip yang saudara Izwan kongsikan untuk melawan nafsu berbelanja dan boros kita sepanjang bulan Ramadhan sampai hari Raya Aidilfitri adalah:

1) Kalau berbuka seorang diri, pergi berbuka di masjid. Bukan sekadar boleh berjimat. Tetapi lebih afdal dan dapat gandakan pahala. Bagi yang bujang, masa ini boleh gunakan untuk bernetworking dengan ahli-ahli jemaah masjid. Mana tahu ada can dapat jadi mentua.

2) Kalau berbuka berdua dengan isteri, tidak salah berbuka di luar dengan kerap. Kos masak sendiri dan kos makan zaman sekarang di luar tak jauh beza sangat jika masih berdua.

3) Kalau berbuka sekali dengan anak-anak atau isteri kedua, ketiga dan keempat (eh, macam lari topik), maka masak sendiri lebih murah.

4) Macam zaman Tok dulu, sekali-sekala pergi berbuka dengan keluarga besar. Ada saudara mara dan sepupu ini dapat berjimat. Makanan lebih enak bila dikongsi bersama.

5) Hanya berbuka di buffet hotel jika ada orang atau syarikat belanja. Kos sangat merepek dan kita tidak mahu membazir.

6) Selepas solat tarawikh, biasa moreh kan? Ambil sedikit bekalan untuk dijadikan makanan untuk sahur nanti. Jimat.

7) Keluar membeli-belah barang keperluan selepas berbuka. Tok rasa idea ini sangat bijak. Kalau kita lapar biasanya emosi kita terganggu. Ia menyebabkan kita biasanya terlebih belanja. Membeli-belah masa kenyang terbukti dapat mengawal nafsu belanja.

8) Beli baju raya sebelum puasa. Harganya tak jauh beza. Lebih penting, tak sesak dan seksa.

9) Balik kampung awal. Elakkan kesesakan trafik yang sememangnya merepek dan stres bila kita duduk kat Malaysia. Kesesakan ini membazir minyak dan masa.

10) Bersedekah dan beramal jariah sepanjang bulan puasa. Sedekah itu membuka pintu rezeki. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang semua aktiviti kebaikan itu diberi ganjaran berkali ganda daripada bulan-bulan biasa.

11) Bayar zakat fitrah masa awal puasa. Paling lewat minggu ke 3 puasa. Nanti lupa dan terlepas peluang untuk sucikan harta dan gandakan rezeki.

12) Jangan campur bajet. Khususnya bajet untuk balik kampung, bagi duit raya, beli baju raya dan sewaktu dengannya. Rancang perbelanjaan kita. Guna teknik sampul surat macam zaman Tok dulu-dulu.

13) Tahun ini bagi lebih sikit duit dekat ibu dan ayah.

14) Ada banyak peluang untuk tambah duit poket masa raya. Lebih-lebih lagi kalau kita ada motor. Antara cara Tok dulu adalah ambil upah beli juadah berbuka. Orang ramai sekarang malas nak keluar pergi beli.

Bulan puasa adalah bulan disiplin untuk menjadi kaya.

Tok berterima kasih sangat kepada saudara Izwan sebab bagi input yang mengenyangkan masa bulan puasa.

Idea-idea yang beliau bagi sangat bernas. Ada sedikit yang Tok tambahbaik berdasarkan pengalaman Tok sendiri yang tak seberapa.

Bulan Ramadhan sebenarnya adalah bulan yang boleh bantu kita jadi kaya. Hanya apabila kita bijak berbelanja.

Tok nak tengok tahun ini boleh tak berlaku penurunan kadar kemiskinan rakyat Malaysia yang beragama Islam selepas hari Raya Aidilfitri akibat gagal uruskan perbelanjaan.

Agak-agak, boleh ke?

“Jangan ganti syaitan masa bulan puasa. Belajar kawal perbelanjaan dan uruskan kewangan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.