PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Modal tak banyak, tapi nak beli rumah tahun ini? Lelaki ini kongsikan apa orang muda patut buat

Ramai lagi yang ingat tak boleh buat apa-apa, kalau takde modal besar untuk beli rumah.

Mungkin mereka tak jumpa lagi cara yang betul. Sebab tu Tok kongsi ilmu macam ni setiap hari. Dengan harapan, ada la bagi perubahan dekat statistik pemilikan rumah bumiputera.

Nak kata takde cara, ramai je orang dah buat benda ni. Kalau ada ilmu yang betul, semua boleh jadi.

Korang yang baru graduate dan dapat kerja tu, hadamkan perkongsian Tuan Harith Faisal ini.

Sebelum jadi apa-apa yang buruk dekat duit gaji korang tu (yang pasti akan buat korang menyesal tak sudah), baik korang bertindak segera.

Pelabur paling bagus adalah yang gunakan modal minima?

Tip ini sesuai untuk anak muda yang baru lepas habis belajar. Bukan takat itu saja, semua orang pun boleh gunakan.

Saja saya target orang muda sebab biasanya, mereka tak ada banyak duit simpanan. Bukan semua, tapi segolongan. Bagi yang dah ada kesedaran, tahniah saya ucapkan.

Bagi saya, pelaburan hartanah yang bagus adalah dengan gunakan modal yang paling minima. Dan siapa cakap ia mustahil untuk kita buat?

#1 : Rumah subsale : Cara beli rumah, tapi dapat duit

Dengan membeli rumah bawah harga pasaran, kita boleh pujuk tuan rumah lama supaya benarkan kita buat pinjaman berdasarkan harga pasaran semasa.

Kita boleh dapatkan lebihan tunai dengan cara ini. Bila nak dah disburse duit tu, ia akan jadi hak millik korang.

Gunakan lebihan tunai pembiayaan tini untuk tampung kos ubah suai dan baiki rumah. Duit deposit boleh dapat balik. Silap-silap, akan ada lebihan lagi.

#2 : Rumah subsale : Tak payah bayar down payment kepada owner?

Biasanya, kita perlu bayar 3.18% sebagai deposit untuk lock rumah tu. Dan bayar selebihnya (6.82%) masa tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P).

Tapi, ini boleh berubah kalau kita pandai berunding dengan tuan rumah. Yang paling penting, sentiasa jaga perlakuan dan cakap elok-elok. Dan nyatakan hasrat korang direct kat owner rumah tu.

Bukan tak pernah jadi. Ada saja orang kat luar sana yang bayar 3.18% saja sebagai duit pendahuluan. Takkan korang tak nak merasa bayar duit muka rendah macam ni kan?

#3 : Rumah subsale : Lebih senang dapat harga murah guna cara ‘ini’

Kalau beli secara terus dengan tuan rumah, lebih senang kita nak beruding dan beli rumah dengan duit modal yang minima. Bertambah molek kalau tak payah bayar duit pendahuluan langsung.

Tapi kalau tak ada ilmu dan tak ada pengalaman beli hartanah, sebaiknya cari rumah yang diuruskan ejen.

Ejen hartanah akan bantu mudahkan urusan jual beli korang. Jangan risau. Bayaran komisyen ejen hartanah tu ditanggung 100% oleh penjual tu. Saya lagi suka beli rumah dengan ejen.

#4 : Rumah subsale : Cara paling selamat dan mudah dapat harga murah?

Keluarga dan kenalan biasanya tak berkira sangat. Sebab masing-masing dah kenal lama. Takkan sanggup nak tipu pula kan?

In Shaa Allah dengan cara ini, senang kita nak runding harga jualan dan duit pendahuluan.

Kalau dua belah pihak dah bersetuju untuk teruskan jual beli, elakkan daripada mungkir janji. Tak sedap pula bila bermasam muka nanti.

#5 : Rumah subsale/underconstruction : Dekat mana boleh dapat rumah harga murah?

Untuk membeli rumah Sub-Sale, kita perlukan modal at least 15% daripada harga rumah sebagai modal.

Bermakna, kita kena sediakan 10% untuk duit pendahuluan, dan 5% untuk lain-lain kos seperti fi guaman, fi penilaian, atau sebagainya.

Secara matematiknya, semakin rendah harga rumah, semakin kurang modal yang kita perlukan.

#6 : Rumah underconstruction : 2 benda yang anda tak patut biar terabai

Cari rumah baru yang ada tawaran diskaun dan rebat menarik daripada pihak pemaju.

Contohnya, cari iklan macam ni:

“HANYA DENGAN RM1,000, ANDA BOLEH MEMILIKI KONDOMINIUM BERDEKATAN KLIA DENGAN REBAT SEBANYAK 10%.”

Boleh juga cari tawaran bayaran pendahuluan secara ansuran sehingga 36 bulan tanpa faedah, dan diskaun bumiputera sebanyak 7%. Memang boleh sangat nak beli rumah dengan modal yang minima.

TIP BONUS : Nak cari ‘orang rumah,’ biar yang macam ‘ini’

Bukan beli rumah je yang boleh gunakan modal yang minima. Nak cari orang rumah pun, carilah yang setuju kahwin dengan modal yang tak berlebih.

Memang untung. Tak perlu hutang dengan bank banyak-banyak dan paling utama, tak membazir dan lebih barakah.

Ini tak. Belum kahwin lagi, tiap-tapi jadi mangsa paw awek untuk beli top-up dan tudung mahal. Hujung minggu, lagilah sadis. Awek mengidam nak makan kat kedai hispter pula.

Wow, tingginya maintenance awek korang. Hehe.

P/S : Silakan LIKE dan SHARE jika bermanfaat.

Sekarang, korang dah tau cara macam mana nak beli rumah harga murah. Tapi, takkan baca je kot.

Selagi bertangguh, memang apa pun tak jadi. Tok kongsi ilmu ni untuk korang segerakan dengan tindakan. Fast action, kan fast result?

Tak yakin? Boleh bertanya kepada yang lebih ada pengalaman dan dapatkan bantuan mereka. Apa-apa hal, cari dulu ilmu. Jangan main terjah ikut suka hati je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *