PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Tak semua orang ‘gomen’ tahu kelebihan beli rumah ini?

Tahun lepas, pertengahan 2016 Tok ada dengar daripada Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda yang mana hampir 60% daripada 1.7 juta penjawat awam masih lagi belum memiliki rumah.

60% daripada 1.7 juta! Bermakna ada 960,000 penjawat awam yang masih lagi belum ada rumah atas nama sendiri.

Tambahan lagi, daripada 960,000 penjawat awam tersebut, 75% (720,000) penjawat awam tersebut berumur 40 tahun ke bawah.

Maknanya, mereka masih berpeluang besar untuk dapatkan loan rumah daripada bank.

Tok bukan apa. Bagi Tok, rumah ni penting, tak kira la untuk laki atau perempuan. Sekurang-kurangnya, korang dah ada tempat berteduh.

Mungkin ramai lagi yang tak tahu pasal ni

Apatah lagi buat korang yang penjawat awam. Ada banyak kelebihan dari segi nak buat loan rumah.

Tok ada terfikir yang mungkin halangan terbesar orang macam ni, adalah tak tahu apa dan macam mana nak memohon loan rumah dan kelebihan yang ada sebagai penjawat awam ni.

Kalau macam tu, Tok harap artikel dapat memberi sedikit pencerahan.

“Apa kelebihan yang orang ‘gomen’ ada, Tok?”

“Loan boleh dapat sehingga 100%. Interest lagi rendah berbanding bank.”

Sekarang, korang tanya diri sendiri. Siapa yang tak suka dapat macam ni?

Kalau tengah bekerja dalam sektor kerajaan, korang memang beruntung.

Loan kerajaan adalah salah satu jenis pinjaman dengan kadar interest paling rendah (kalau bandingkan dengan loan bank).

Rugi kalau korang abaikan peluang emas ni. Tak semua orang bertuah macam korang.

Nah, kami kongsikan serba sedikit pengalaman pegawai Bahagian Jualan dan Pemasaran dalam menguruskan pembeli rumah yang gunakan loan kerajaan.

Macam mana nak tahu saya layak memohon?

Korang kena lepas syarat-syarat asas untuk buat pinjaman kerajaan berdasarkan pekeliling LPPSA :

1) Warganegara Malaysia dan kakitangan berjawatan tetap.

2) Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, atau Badan Berkanun, atau Pihak Berkuasa Tempatan.

3) Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.

4) Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun dan jawatan telah disahkan. Bukan seorang yang :

  • Bankrap,
  • Terlalu banyak berhutang,
  • Pemakan gaji yang tak berkemampuan,
  • Sedang dalam tindakan tatatertib.

5) Perjanjian Jual Beli atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.

6) Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri, dan juga Pinjaman 2 nama di dalam Perjanjian Jual Beli (SNP), wajib sertakan sekali Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

Nak tahu pasal bab ni secara lebih terperinci? Klik sini sekarang. 

Sediakan diri anda untuk terima maklumat ‘first class’ ini

Macam yang Tok cakap pada permulaan tadi, loan kerajaan ada banyak beza dengan loan rumah biasa.

Amat rugi kalau korang kerja dalam sektor kerajaan, tapi tak gunakan kelebihan yang ramai orang gila-gilakan ni.

Kelebihan yang paling ketara (yang buat ramai pekerja sektor swasta jealous) adalah, loan kerajaan mengenakan kadar faedah atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan bagi setiap bulan.

Korang boleh cuba cari ini kat pakej loan rumah yang ada dekat bank biasa. Tapi, Tok tak janji korang akan senang-senang jumpa kelebihan ni.

Bermakna, setiap kali pembayaran korang diterima, faedah bagi bulan seterusnya akan berkurang sebab bayaran lebihan tadi akan mengurangkan jumlah baki pinjaman asal.

Kelebihan lain yang loan kerajaan ada (yang bank biasa takde)?

Dengan loan rumah kerajaan, korang ada perlindungan kepada peminjam (korang la tu), sebagai contoh, untuk kes bunuh diri atau gila.

Kerajaan jugak akan lindungi pasangan kalau berlaku kematian kepada pihak pasangan atau anak. Siapa ada khairat kematian lagi.

Korang boleh rujuk dekat gambar yang Tok kongsikan ni:

Screen Shot 2017 08 15 at 1.40.30 AM 1

Best, kan? Kalau guna loan bank biasa, korang takkan dapat rasa kelebihan ni.  Dah tentu korang kena ambil MRTA atau MLTT sebagai back up kalau berlaku sebarang perkara buruk.

Ada lagi beberapa perkara yang korang perlu tau tentang loan kerajaan :

#1 : Berapa MOF (Margin of Finance) loan kerajaan? 

Biasanya, pemohon akan dapat 100% pembiayaan, atau sehingga capai kadar maksimum kelayakan pembiayaan, atau mana-mana yang lebih rendah.

#2 : Berapa lama anda kena servis loan tu?

Korang kena tanggung loan tu selama 30 tahun (maksimum).

#3 : Berapa kadar faedah yang dikenakan?

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 4.00%.  Dan kadar ni takkan berubah seperti kadar faedah yang bank biasa tetapkan.

#4 : Apa kelayakan yang patut anda tahu sebelum memohon?

Kelayakan maksimum adalah berdasarkan gaji pokok, atau gaji hakiki seseorang. Dan kelulusan pinjaman akan mengambil kira gaji bersih berdasarkan slip gaji.

Korang boleh rujuk jadual kelayakan pinjaman kerajaan yang Tok kongsikan kat bawah ni :

Sumber gambar Mohd Elam Partner 1

Sumber gambar – Mohd Elam & Partner

#5 : Apa jadi dengan loan rumah kalau letak jawatan?

Bila korang berhenti kerja dalam sektor kerajaan, kadar keuntungan pembiayaan akan meningkat jadi 7%.

Biasanya apa yang korang boleh buat, adalah refinance balik rumah tu untuk dapatkan lebihan tunai.

Yang terbaik korang boleh buat adalah refinance rumah tu lebih awal sebelum letak jawatan. Supaya korang tak perlu tunggu 6 bulan slip gaji bila dapat kerja baru nanti.

Fuh, banyak betul peluang korang untuk membeli rumah!

Dah tu, takkan korang nak bertangguh, tunggu lagi. Mula bertindak dan cari rumah cepat-cepat. 

Buat korang yang tinggal dekat belah Pantai Timur tu, Tok ada projek baru yang korang pasti berminat nak tau.
Ulu Sat Ads 03 3
Kalau korang serius, isi borang dekat bawah ni laju-laju.

Nota : Korang jugak akan dapat ebook Ringkasan Beli Rumah (bernilai RM37). PERCUMA je! Korang akan dapat lepas isi borang kat bawah ni :

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *