“Macam mana tu? Betul ke benda ni?”
Mungkin ini soalan pertama yang terpacul dalam minda korang bila baca tajuk dekat atas.
Tapi, Tok tak salahkan korang pun.
Masa pertama kali dengar, Tok pun tanya soalan yang sama.
Pelik. Macam mana boleh jana RM2,000 sebulan tanpa perlu ada hartanah?
Sublet atau sub-sewa adalah istilah yang mula dikenali sejak kebelakangan ini.
Secara asasnya, sublet adalah suatu aktiviti apabila tuan rumah menyewakan unit kepada anda, dan anda pula menyewakan unit tersebut pada orang lain (sublet).
Ada beberapa teknik yang selalu dipakai untuk membuat keuntungan melalui sublet iaitu:
Secara amnya, sewa per head (per kepala) lebih menguntungkan subletter berbanding per bilik atau satu rumah seluruhnya. Jika kena dengan caranya, biasanya pendapatan sewaan boleh dapat dalam RM600-RM1,000 sebulan untuk sebuah unit rumah.
Sewakan secara fully-furnished juga boleh dilakukan dengan memasukkan barang2 keperluan sperti peti ais, sofa, TV, katil (perabot serba lengkap). Biasanya boleh dapat pendapatan sewaan dalam RM300-RM600 sebulan.
Unfurnished bermakna sewaan secara kosong (tiada perabot).
Partly furnished pula ada barang-barang asas seperti peti ais, washing machine, TV (perabot separa lengkap).
Ada juga yg menjadikan unit sublet sebagai tempat homestay (sewa harian). Ini pun amat menguntungkan. Macam hotel lah.
Ada 7 langkah asas untuk ada memulakan bisnes sublet ini:
Pilih lokasi rumah yang anda lihat sebagai lokasi “hot” untuk disewakan. Kebiasaannya, hartanah yang berdekatan dengan public transport seperti LRT station, shopping mall amat mudah sekali disewakan.
Sila buat kajian terlebih dahulu sebelum memilih unit sublet.
Jadi susah anda nak cari penyewa nanti. Fahami setiap detail sebelum mula memilih unit sublet.
Pada kebiasaanya saya lebih cenderung untuk memilih unit kosong (tanpa perabot) kerana unit sebegini lebih murah. Selain itu,tuan rumah juga lebih mudah untuk bersetuju kerana tak perlu bimbang perabotnya akan rosak.
Berhubung dengan tuan rumah rumah dan berbincang dengan JUJUR akan niat anda untuk menjadikan rumahnya sebagai unit sublet. Skil negotiation (rundingan) anda amat penting.
Anda juga boleh berbincang melalui ejen hartanah jika anda tidak mengenali tuan rumah tersebut.
Jika tuan rumah setuju, maka segala terma dan syarat (Terms and Condition) pastikan tercatat didalam Tenancy Agreement (Perjanjian Sewaan) anda dengan tuan rumah. Biasanya tenancy agreement di ikat minimum 3 tahun barulah berbaloi.
Jika anda sudah melihat bahawa sewaan Fully Furnished lebih menguntungkan, maka anda boleh membeli perabot dan masukkan ke dalam unit sublet anda.
Lagi bagus jika rumah itu sudah ada perabot sendiri (perabot milik tuan rumah) anda dapat jimat sedikit (kena pandai ayat tuan rumah la. Hehe).
Anda juga boleh cari perabot-perabot terpakai dikedai-kedai perabot second hand.
Selain itu sebagai alternatif, boleh juga melalui Mudah.my utk dapatkan perabot yang murah.
Disini ada trick sedikit. Anda perlu mula iklankan rumah sublet seawal 2 minggu SEBELUM dapat rumah. Buat iklan secara simple sahaja (ada harga sewa, berapa bilik, etc).
Jangan tunggu sehingga unit anda siap baru anda terhegeh-hegeh mencari penyewa. Saya ulangi, jangan terhegeh-hegeh mencari penyewa nanti.
Anda bakal menghadapi tempoh“ kekosongan tanpa penyewa” jika begitu. Kan dah rugi?
Namun jika anda yakin boleh dapat penyewa selepas rumah sublet siap maka, terpulang pada anda.
Unit sublet dah siap. Maka bolehlah sewakan dengan kadar sewaan yang anda mahukan.
Sila ikat tenancy agreement anda dengan penyewa tidak melebihi tempoh tenancy agreement anda dengan pemilik rumah.
Contoh: JANGAN anda sewakan kepada penyewa anda selama 3 tahun tapi tempoh sewaan anda dengan tuan rumah hanyalah tahun. Itu memang akan mengundang masalah kelak!
Bayangkan jika anda dapat menguruskan sekurang-kurangnya 5 unit sublet, dan setiap unit sublet memberikan anda keuntungan sekurang-kurangnya RM400 sebulan.
Maka sebulan, anda boleh jana RM2,000 sebulan hanya sebagai side income (duit tepi).
Ada juga antara subletter yang mampu menjana keuntungan melebihi dari RM800 sebulan hanya dengan sebiji rumah.
Wow.. Menarik kan?
Namun semuanya perlukan ilmu ya bukan main buat sahaja.
Ada banyak lagi skil sublet yang ingin saya kongsikan.
Teknik-teknik negotiation dengan tuan rumah, cara pengiraan yang betul bagaimana mengurangkan risiko dalam bisnes sublet, skill pengurusan sublet dan pengalaman-pengalaman ngeri yang pernah berlaku dalam dunia sublet ini akan saya share dalam PART 2 nanti.
Semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri dan beberapa rakan dalam bidang sublet ini.
Semoga ianya bermanfaat pada anda semua dan selamat mencuba!
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.