Sumber gambar - districtcounseling.com

Generasi milenial – Golongan yang menderita kemurungan dalam senyap?

Adakah anda sentiasa rasa kemurungan (lonely) atau selalu rasa sunyi, walaupun tidak berseorangan?

Ada macam-macam kajian yang mengaitkan masalah kemurungan dengan kesihatan mental. Dalam kebanyakan kes, ini adalah faktor yang utama. 

Kajian British Medical Journal dan Journal of Social and Personal Relationship menunjukkan, rasa kemurungan atau sunyi menjejaskan kesihatan mental dan fizikal, termasuk jangka hayat seseorang. 

Duduk bersendirian sebagai punca utama kemurungan

Pada tahun 2018, 1/3 rakyat England berdepan dengan masalah kemurungan. Di Jepun, Amerika Utara dan sekitar negara Eropah juga menunjukkan peningkatan masalah kesihatan mental, selari dengan dengan peningkatan orang yang duduk bersendirian. 

Di Kanada, peningkatan orang yang duduk bersendirian adalah 28%. Manakala di negara-negara Eropah, hampir 34%. 

Di England pula, dari tahun 1993-2007 menunjukkan kadar ini meningkat daripada 8.8% kepada 10.7%, selari dengan peningkatan isu kesihatan mental daripada 14.1% kepada 16.4%. Data menunjukkan ‘solo household living’ berkait rapat dengan masalah generasi millenial ini. 

Kajian The Economist dan Kaiser Family Foundation (KFF) pada tahun 2018 menunjukkan 22% milenial di Amerika Syarikat dan 23% di England, mengakui mereka seringkali terasa kesunyian, kemurungan, atau terpinggir.

Ini pula adalah kajian Signa Survey. Mereka mendapati hampir separuh rakyat Amerika Syarikat kerap rasa kesunyian atau kemurungan (46%), dan hampir 54% akui mereka tidak kenal diri mereka. 

Apa punca utama peningkatan kadar masalah ini?

Di Jepun pula, lebih separuh rakyatnya (yang berumur 40 tahun ke bawah) dikenal pasti, tidak pernah keluar daripada blok rumah mereka atau berinteraksi dengan sesiapa dalam tempoh masa lebih 6 bulan. 

Untuk kes di negara kita pula, data dan statistik masih kurang jelas. Tapi, tak dinafikan yang dilema yang sama ini menghantui golongan milenial negara kita, khususnya untuk mereka yang bekerja dalam kawasan bandar. 

Dalam temubual BFM bersama Dr. Eugene Tee (seorang pensyarah psikologi) bertajuk ‘Living Alone and Loneliness’ berpendapat, hidup seorang diri membawa kepada rasa sunyi. Seterusnya, menjadi punca kemurungan dan rasa bimbang yang berlebihan. 

Ini adalah lumrah manusia. Kita perlu bersosial. Apabila wujud interaksi sesama insan, ‘feel good chemical’ seperti dopamine dan ‘cuddle hormone’ (juga dikenali sebagai oxytocin) terhasil dalam badan seseorang. 

Walaupun individu itu hidup berseorangan, rasa bimbang atau kemurungan takkan wujud bila individu tersebut berinteraksi sesama insan dalam kehidupan seharian. 

Media sosial, bukan pengganti mutlak interaksi manusia 

Antara punca utama masalah ini adalah meluangkan masa di platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Netflix, YouTube, Twitter, dan sebagainya. 

Mereka berpendapat, interaksi di laman media sosial ini sudah memadai dan menjadi ganti kepada interaksi secara zahir. 

Saintis sedia maklum akan rasa sunyi atau kemurungan merupakan satu keadaan emosi yang berpotensi mengakibatkan masalah berkaitan psikologi yang lebih serius, seperti kemurungan (depression) dan tertekan, schizophrenia, malah halusinasi delirium. 

Kajian sebegini menunjukkan masalah ini tidak sepatutnya dipandang ringan, sebab mampu mengundang masalah kesihatan secara fizikal dan mental.

Pada 2015, para penyelidik UCLA mengenalpasti bahawa pengasingan sosial mengaktifkan sel-sel badan yang berpotensi menjadi punca kepada serangan jantung, strok, kanser metastatis, malah penyakit Alzheimer. 

Budaya hidup ‘moden’ yang membimbangkan?

Satu lagi analisis yang diambil daripada 70 kajian selama 7 tahun melibatkan 3.4 juta testimoni menunjukkan individu-individu yang kemurungan ini, 26% lebih berpotensi untuk mati awal dan peratusan ini meningkat kepada 32% sekiranya mereka tinggal secara berseorangan. 

Budaya hidup ‘moden’ ini memberi impak serius kepada kesihatan mental seseorang, sama ada secara sedar atau tidak. 

Soalannya, apa solusi kepada masalah ini? In shaa Allah, kami akan kongsikan pada artikel yang seterusnya. 

Leave a Reply