Tok pernah cakap sebelum ni (tak ingat? Klik sini untuk baca).
Kalau nak menyimpan, memang kita kena paksa diri sendiri. Kalau tak, sampai ke sudah takkan berjaya kumpul duit.
Dan halangan paling besar (yang banyak kali Tok dengar) adalah bab gaji. Ramai yang mengadu macam ni:
“Macam mana nak simpan banyak duit kalau gaji bawah RM2,000 Tok?”
Hari ni, Tok nak kongsikan ilmu Cikpuan Syafieqah A’lya yang ohsem ni, supaya korang dapat hadamkan manfaat yang ada. Habis baca, terus buat ya.
Katakan, gaji bersih korang RM1,800 sebulan.
Ini pula contoh komitmen bulanan yang korang kena lunaskan:
Jumlah bersih: RM990 sebulan.
Masa mula-mula bekerja, korang disarankan untuk mula buat simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.
Banyak? Mula simpan sikit-sikit. Sebab ia penting sebagai simpanan kecemasan, kalau korang diberhentikan atau berhenti kerja.
Jom kita buat kira-kira sikit.
Jumlah yang kita kena simpan:
Kita kira pulak berapa lama nak kumpul jumlah ni, dengan berapa jumlah wang yang kita perlukan setiap bulan:
Kita pilih jumlah bulanan yang paling rendah (RM225 setiap bulan).
Korang kena simpan RM225 sebulan untuk capai 6 bulan gaji dalam tempoh 4 tahun.
Rasa lama nak tunggu sampai 4 tahun? Boleh je kurangkan jadi minimum simpanan 3 bulan gaji.
Pada tahun berikutnya, mula apply ASB Financing RM30,000 untuk tempoh 30 tahun.
Bulanan RM165 tanpa Takaful. Kekalkan pelaburan ini selama tempoh 3 tahun, tanpa ambil dividen dan batalkan pelaburan.
Hasilnya:
Dalam tahun yang sama (masa apply ASB Financing), mula simpan RM100 sebulan sebagai simpanan cash kita dalam ASB. Bermakna, simpanan bulanan kita adalah RM265.
Hasil simpanan selepas 3 tahun adalah RM4,017.
Pada tahun ke-5 juga, simpanan EPF Akaun 2 kita ada jumlah lebih kurang RM10,000. Gunakan duit ini untuk beli rumah pertama yang berharga kurang RM100,000.
Tak jumpa? Cuba cari dulu. Mesti ada punya.
Hasil simpanan keseluruhan adalah:
Semua sekali berjumlah RM27,776.
Gunakan duit ini sebaiknya ya. Lebih baik lagi apabila bakal pasangan juga mempunyai simpanan yang lebih kurang sama.
Korang berdua akan dapat jumlah cash RM54,000. Syok, kan? Jangan guna untuk enjoy sakan pula. Simpan untuk masa depan.
Bagi yang rasa susah nak follow tip-tip ni, korang di sarankan cari tambahan pendapatan. Kos sara hidup makin tinggi bukan untuk dirunguti, tapi diri sendiri kena bertindak dan atasi.
Tahan kehendak kita sementara untuk miliki rumah dan berkeluarga. Kalau bakal pasangan tak boleh tunggu 5 tahun, adjust-lah sampai cukup duit untuk kahwin dan miliki rumah pertama.
Jangan banyak berfoya-foya ya. Kalau sekali-sekala nak pergi travel, takpe. Reward-lah diri korang yang penat bekerja tu.
Kita hanya mampu merancang. Selebihnya Tuhan yang tentukan. At least, kita berusaha untuk bina masjid (berkahwin) dengan si dia.
Sekadar berkongsi idea.
—
Sekarang, yang bergaji bawah RM2,000 dah tak boleh buat alasan lagi dan mengelat dalam bab menyimpan.
Ni, dah ada tip elok macam ni depan mata. Takkan nak baca je kan?
Sekarang ni, korang sekadar dapat maklumat je. Bila dah buat nanti, baru la maklumat tu berubah menjadi ilmu. Siapa yang setuju dengan Tok?
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]