Kalau ada rezeki dan peluang, semua orang nak buat kewajipan Rukun Islam yang ke-5 ini.
Cuma, ramai yang berdepan dengan kekangan duit. Kos tunaikan Haji bukan murah.
Kalau Tok ada jumpa cara untuk korang mendaftar tanpa gunakan duit langsung, korang suka tak nak baca?
Jom hadamkan perkongsian ilmu berharga nukilan Tuan Ariff Shah ini.
Lepas dah habis baca, boleh terus buat. Senang je pun. Confirm tak ambil banyak masa korang.
Untuk pengetahuan semua, ada akaun Tabung Haji tak bermakna korang dah mendaftar untuk menunaikan Haji.
Yang betul, kena buat pendaftaran Haji dulu supaya nama kita dimasukkan dalam senarai yang berdaftar dan diberikan tarikh peruntukan Haji.
Kalau ikut laman web Tabung Haji, kena ada deposit sebanyak RM1,300 dulu baru boleh daftar untuk Haji.
Sebenarnya ada cara untuk kita daftar Haji, tanpa perlu keluarkan duit satu sen pun.
Cara yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan Akaun 1 KWSP untuk tujuan ni.
Syarat-syaratnya:
Caranya senang je. Bawa terus penyata KWSP ke pejabat Tabung Haji dan bagitau pada pegawai nak buat pendaftaran Haji.
Dalam kes saya, masa nak buka akaun tu tak bawa pula penyata. Takde masalah sebab boleh je buka secara online.
Jadi saya log in kat laman KWSP melalui smartphone, tunjuk kat pegawai Tabung Haji tu nombor akaun dan jumlah yang ada dalam KWSP Akaun 1.
Pegawai tu terus key in maklumat nombor akaun KWSP dan selesai. Saya akan dapat peruntukan Haji pada tahun 1500 Hijrah / 2077.
RM1,300 tu takkan ditolak daripada KWSP Akaun 1 korang.
Amaun ni sekadar menjadi bukti yang kita ada amaun minimum untuk mendaftar Haji.
Tak cukup dengan itu, kita juga boleh keluarkan wang KWSP sebanyak RM3,000 untuk tujuan menunaikan Haji nanti.
Dulu saya ingatkan dia tarik simpanan KWSP akaun 1 masuk ke Tabung Haji.
Bagi saya, macam tu lagi bagus. Elok sangat kalau boleh pindah masuk ke dalam Tabung Haji terus.
Patutnya Tabung Haji lebih agresif galakkan pendaftaran Haji untuk mereka yang telah bekerja.
Atau lagi senang, KWSP dan Tabung Haji bekerjasama supaya mereka yang dah ada amaun minimum RM1,300 tu, boleh terus daftar Haji secara online. Tak perlu pergi ke cawangan dah.
Supaya kita dapatkan giliran tu.
Giliran haji ni berdasarkan first come, first serve (siapa cepat, dia pergi Haji awal).
Ada duit cukup pun, masih perlu tunggu giliran.
Lambat daftar, lambatlah dapat giliran. Walaupun duit dalam akaun dah cukup dan kita dah bersedia nak pergi.
Alhamdulillah, saya dah selesai buat langkah pertama. Kalau ada rezeki, nak pergi sebelum umur 40, around umur 35 ke. In shaa Allah.
—
Ini adalah peluang bertaraf berlian buat korang yang nak tunaikan Haji. Nah, dah ada peluang terhidang depan mata korang.
Takkan korang nak tunggu lagi?
Siapa yang dah buat? Komen sikit supaya dapat bagi semangat kat kawan-kawan, saudara mara dan graduan muda supaya buat cepat-cepat.
–