PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kena tipu beli rumah undercon dengan pemaju? Ini cara tuntut duit pampasan (Siri Akhir)

Kalau pertama kali nak beli rumah under construction, boleh jadi korang terdedah dengan pelbagai masalah.

Salah satunya, korang akan jadi mangsa mudah untuk ditipu dengan pemaju yang tak bertanggungjawab.

Korang ada hak untuk tuntut kerugian bila pemaju lambat serahkan unit rumah dan kemudahan fasiliti. Ini adalah fakta.

Dan bagi yang belum tahu, Tok nak kongsikan cara tuntut pampasan kat pemaju yang cuba main-mainkan korang tu.

Nah, hadamkan perkongsian Tuan Jimmy Haryzul ni elok-elok. Korang confirm tahu nak buat apa lepas ni.

Nota : Belum baca Siri #1? Klik sini sekarang untuk baca.

Bagaimana Maria dapat tuntut dari RM8,000 menjadi RM16,000 guna kuasa Tribunal?

Baru-baru ni Maria (bukan nama sebenar) dan rakan-rakan kapitalis muda buat tuntutan ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR). 

Segalanya bermula apabila pemaju lewat siapkan projek under construction tu. 

Kemudian ketika pemaju buat serahan kunci (delivery of Vacant Possession @ VP, atau Penyerahan Milikan Kosong), pemaju hendak membayar pampasan kelewatan (Liquidated and Ascertained Damages @ LAD) sebanyak RM8,000 kerana kelewatan tersebut. 

Seronoklah Maria. Dapat kunci dan dapat duit lagi.

Bolehlah guna duit tu beli perabot ataupun buat pergi melancong, kan? Kalau lelaki, dah boleh buat duit hantaran dah tu. Hehe.

Tapi bila beliau balik dan baca kembali SPA (Sale and Purchase Agreement atau Perjanjian Jual Beli) dan buat kiraan, terus moral down.

Rupa-rupanya Maria kena tipu. Jumlah tu kurang dari yang sepatutnya Maria dapat.

3 perkara penting kira tuntutan kelewatan anda wajib tahu

Ada 3 perkara penting dalam rumus mengira tuntutan kelewatan tu (korang boleh rujuk artikel Part #1. Klik sini sekarang).

1) Bilangan hari lewat

2) Harga Rumah

3) Tuntutan Kelewatan Kemudahan Fasiliti

Soalannya sekarang, macam mana nak tentukan ketiga-tiga perkara ni?

Bilangan hari lewat tu nak kira dari tarikh bila dan sehingga bila? Harga rumah tu nak ambil selepas harga diskaun atau harga sebelum diskaun? Tarikh VP tu nak dapat dari mana?

Pening, kan? Sekarang baca baik-baik apa yang aku dedahkan kat sini.

Poin #1 : Bilangan Hari Lewat BUKAN Dikira Dari Tarikh SPA

Korang sebenarnya kena kira dari tarikh BOOKING. Ya, tarikh korang mula letak duit tempahan tersebut. 

Contoh : 

  • Tarikh bayar booking : 1 Jan 2013,
  • Tarikh tandatangan SPA : 1 Februari 2013 (lewat 28 hari dari tarikh booking).

Bermakna, korang kena start kira bilangan hari lewat dari tarikh 1 Jan 2013.

Sebab apa?

Sebab sebenarnya dalam undang-undang, pemaju tak boleh ambil sebarang deposit melainkan duit downpayment 10% dari harga SPA tu.

Jadi, menjadi satu kesalahan besar apabila pemaju mengambil sebarang bayaran dari pembeli, sebelum korang tandatangan SPA.

Maka, duit booking tersebut seharusnya dianggap sebagai sebahagian dari tarikh pembayaran downpayment 10% tersebut.

Poin #2 : Bilangan Hari lewat Jangan Dikira Sehingga Tarikh Surat VP saja

Biasanya orang akan tuntut sehingga tarikh surat VP saja.

Tapi aku sarankan, korang perlu tuntut sekurang-kurangnya sehingga Tarikh VP + 14 hari (extra 2 minggu).

Kenapa?

Kerana biasa terjadi dimana pemaju tulis tarikh di surat (e.g 1Jan 2017), lalu surat itu dipos dan sampai ke tangan pembeli sudah lewat (e.g 7 Jan 2017).

Biasa la kan, masalah posmen lambat dan lain-lain lagi. Tapi ini tak adil kepada pembeli kan? Tarikh surat lain, sampai ditangan lain pulak.

Jadi kat dalam SPA, ada mengatakan jika pembeli masih tak ambil kunci dalam masa 14 hari selepas tarikh surat VP dikeluarkan, maka pembeli tu dianggap sudah mengambil kunci.

Jadi disini korang mohon je lebih. Takpe. Aku pun bukan pandai sangat nak hujah secara peguam, tapi hasil pemerhatian aku ada je owner rumah yang berjaya dapat tuntut sehingga Tarikh VP + 14 hari. 

Sila simpan sampul surat VP tu. Kerana kat atas sampul surat ada tarikh cop pejabat pos.

Maria gunakan cop surat tersebut sebagai bukti bahawa pemaju lewat poskan surat, menyebabkan surat sampai lewat seminggu. Lebih lewat surat sampai ditangan Maria lebih banyak Maria boleh tuntut bilangan hari lewat tersebut.

Dan jika korang merasakan sepatutnya tuntut lebih dari tarikh VP + 14 hari, maka korang perlu sediakan bukti-bukti dokumen untuk sokong dakwaan korang tu ye.

Poin #3 : Jangan Tuntut Berdasarkan ‘Harga Selepas Diskaun’ 

Biasakan pemaju beri diskaun tapi diskaun tak dinyatakan dalam SPA. Jadi, korang pastikan yang korang perlu tuntut harga penuh iaitu harga SPA korang.

Kenapa?

Sebab memang dah jelas didalam SPA. Pihak pemaju, mereka perlu bayar duit pampasan kelewatan berdasarkan harga SPA. Ini sangat straight forward (jelas).

Poin #4 : Jangan Lupa Tuntut Pampasan Kelewatan Ke Atas Kemudahan Fasiliti (common facilities

Apa kemudahan fasiliti ni? Macam segala kelengkapan didalam kondominium itu seperti gimnasium, playground, swimming pool, dan sebagainya.

Bagi kes rumah strata (kondominium, landed strata), bila rumah korang tak siap, maka korang perlulah tuntut sekali perkara ni. Jangan lupa ya.

Bila korang lupa tuntut, tu yang boleh buat korang rugi beribu-ribu ringgit tu.

Tuntutan pampasan kelewatan Kemudian fasiliti ini hanya maksium dari 20% sahaja dari tuntutan kelewatan unit rumah korang. Rujuk artikel Part #1 ni kalau kurang faham.

Apa yang jadi dengan kes Maria?

Sambung cerita kes Maria balik.

Selepas disemak rupa-rupanya baru beliau perasan yang :

1) Pemaju buat kiraan bilangan hari lewat DARI TARIKH SPA sehingga TARIKH SURAT VP

(Sepatutnya, kiraan hari lewat bermula dari TARIKH BOOKING dibayar sehingga sekurang-kurangnya TARIKH SURAT VP + 14 hari),

2) Pemaju buat kiraan berdasarkan HARGA SELEPAS DISKAUN (sepatutnya harga berdasarkan HARGA SEBELUM DISKAUN),

3) RM8,000 tu tak termasuk pun pampasan Kemudahan Fasiliti

Pemaju memang sengaja tak nak bayar?

Maksudnya, pemaju memang sengaja tak nak bayar.

Jadi Maria pun buat tuntutan ke Tribunal berdasarkan poin-poin yang diterangkan kat atas tadi. 

Dan berdasarkan hujah-hujah bernas, Maria berjaya menang berdasarkan keputusan :

1) BILANGAN HARI KELEWATAN : Dari Tarikh booking sehingga tarikh VP + 7 hari,

2) HARGA : Berdasarkan harga selepas diskaun.

Nota : Keputusan di atas berdasarkan hakim ketika itu. Lain hakim, lain keputusannya. 

Jadi dari keputusan hakim itu, jumlah pampasan yang pemaju perlu dibayar adalah RM16,000! Sekali ganda lebih banyak dari apa yang pemaju tawarkan.

Kalau la Maria menang harga SPA dan sehingga Tarikh VP + 14 hari, agak-agak dekat RM 20,000 juga pemaju kena bayar. 

Walaupun Maria tak dapat sepenuhnya sebagaimana yang beliau tuntut, tapi ada rakan-rakan yang berjaya tuntut penuh iaitu DARI TARIKH BOOKING SEHINGGA TARIKH VP + 14 HARI, dan BERDASARKAN HARGA SPA.

Fuh, kenyang!

Jadi jangan korang ingat tak ada yang berjaya menang kes dapat tuntut secara penuh ya. 

Kita tak boleh kawal siapa hakim yang akan mengadili kes kita. Tapi yang penting korang tuntut pampasan semaksimum mungkin.

Ikut cara diatas. Dan keluarkan hujah-hujah yang bernas ketika sesi soal jawab. Kalau bernasib baik, korang boleh menang dapat tuntutan penuh.

Ada 10 tip ekstra untuk anda

Jadi mana-mana kapitalis yang belum buat tuntutan Tribunal ni, Part #1 dan Part #2 dah cukup buat korang yakin untuk mulakan tuntutan.

Tak susah pun, kan? 2 hari je dah boleh selesai.

P/S : ADA 10 EXTRA TIPS LAGI!

Aku nak bagi extra tips lagi tapi kalau tulis kat sini jadi panjang sangat.

Maka aku bercadang akan ceritakan extra tips tu dalam eBook dan akan bagi PERCUMA je kepada yang SHARE post aku ni. Takde niat nak jual pun.

Tapi aku hanya bagi kepada yang share post ini saja ya. Yang tak share maka aku tak bagi la, sebab dia nak pandai sorang-sorang je, kan? Haha.

Sila share dengan niat membantu orang-orang lain okay. Semoga bermanfaat sahabat semua. Salam 1 Kapitalis.

Jangan biarkan pemaju ambil kesempatan atas diri korang. Sebab korang ada hak untuk tuntut kerugian yang berlaku.

Gunakan sebaiknya hak korang ni. Apa guna undang-undang kalau korang tak boleh nak defend (membela) diri dan hak korang sebagai pembeli, kan?

Yang tengah dalam proses menuntut hak daripada pemaju tu, Tok ucapkan selamat berjaya. Jemput SHARE perkongsian ini supaya lebih ramai orang tahu.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *