PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA
pulangan-asb-rendah

Betul ke pulangan ASB tak berbaloi? Ini lain pula ceritanya.

Bila melabur ni, Tok yakin mesti anda mahukan pulangan setinggi yang boleh. Sebab itu anda sangat pentingkan ROI (return on investment) satu-satu instrumen tu.

Tapi Tok pelik juga tengok tabiat manusia yang pergi kecam pulangan ASB ;

“Eleh, setakat setahun 4% je, lebih baik aku labur kat saham. 4% tu aku boleh buat dalam seminggu je”

Maaf cakap, tapi bila anda ada cakap sebegini, Tok rasa anda yang tak faham dulu sebelum melabur.

Risiko pelaburan

Nak jawab pelaburan mana yang mempunyai pulangan yang paling bagus tu memang tak ada. Ia bergantung pada anda sendiri dan beberapa faktor yang lain.

ASB ni Tok boleh kata hampir kepada tak ada risiko!

Ada satu dana ASB tu harga unitnya memang tetap pada nilai RM1. Tak naik tak turun, tapi tetap dapat pulangan tahunan (dividen).

Jadi, masuk akal juga lah kalau pulangannya ciput tak macam labur dalam saham.

Meskipun tak boleh kembangkan duit sangat, tapi ada satu masalah yang ia boleh selesaikan iaitu inflasi. Ini Tok ada terangkan pada poin bawah ni.

Inflasi

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, inflasi Malaysia mencatatkan 3.4 peratus pada Jun 2021.

Contohlah kita ambil purata inflasi di Malaysia 4%. Ini bermakna, setiap tahun harta yang kita simpan tanpa dilaburkan kat mana-mana instrumen pelaburan tu akan susut nilai sebanyak 4% disebabkan inflasi ni.

Sebab itulah pentingnya kita simpan duit kita kat tempat yang ada pulangan. Oh ya, Tok kata ‘SIMPAN’ ya bukan labur. Kalau labur tu ada risiko. Berbalik pada poin pertama, ada risiko, pulangan pun lebih tinggi sepatutnya.

Ni kita cerita orang yang tak nak ambil risiko sangat, nak simpan tenang-tenang macam simpan dalam akaun bank. Jika simpan kat ASB tu, tak adalah nilai duit kita susut nilai dek inflasi. Pulangan yang diberi ngam-ngam boleh kalahkan inflasi.

Mudah kan?

Persaraan

Bila kita faham risiko dalam pelaburan, Tok boleh simpulkan yang ASB ni sesuai. sangat untuk orang yang dah bersara. Sebabnya bila dah bersara, terang dan nyata umur tu dah tua. Orang tua-tua macam Tok ni tak suka sangat benda yang berisiko tinggi.

Cukuplah letak dalam ASB untuk bagi gaji kat Tok setiap bulan. Goyang kaki gaji masuk.

Eh, macam mana boleh ASB boleh bagi gaji bila bersara nanti?

Mudah je.

Kalau Tok nak gaji RM5,000 setiap bulan , Tok kena dapatkan pulangan tahunan RM5k x 12 = RM60,000 kan?

Bahagikan dengan kadar pulangan 4% ;

RM60,000 / 4% = RM1,500,000

Tok kena ada RM1.5 juta dalam ASB supaya boleh dapat gaji RM5k setiap bulan.

Ini contoh je Tok bagi. Korang kiralah ikut selera masing-masing.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed