Tok tengok dah semakin bertambah ramai jemaah pelabur hartanah. Ini satu petanda yang bagus.
Ada banyak sebab orang melabur dalam hartanah.
Dan tak kurang ramai jugak yang melabur sebab nak secure pendidikan anak-anak bila mereka besar nanti.
Niat ni memang murni. Tapi kalau tersilap langkah, potensi permohonan loan korang bank tak bagi lepas adalah tinggi.
Nah, Tok kongsikan apa yang Tok baca dekat blog iMoney ni. Apa-apa pun, fikir betul-betul dulu sebelum korang buat joint loan ya.
Bila kos sara hidup semakin meninggi dan gaji pulak tak naik-naik, ramai rakyat Malaysia mencari alternatif untuk jana pendapatan pasif melalui pelaburan hartanah.
Dan tak dapat nak nafikan, pelaburan hartanah adalah alat yang terbaik untuk hadkan nilai duit kira daripada terkesan teruk dek kadar inflasi dari tahun ke tahun.
Untuk pasangan yang baru berkahwin, dan nak jadikan pelaburan hartanah sebagai plan simpanan persaraan atau persiapan untuk pendidikan anak-anak pada masa depan, ini apa yang korang perlu buat:
Biasanya pasangan akan gabung pendapatan bersama untuk tunjukkan dekat bank kapasiti pembayaran balik yang lebih tinggi, berbanding gunakan pendapatan perseorangan.
Ramai yang buat macam ni supaya senang bank nak kasi lepas loan yang dipohon.
Tapi kalau buat yang ni, korang menghadkan margin pembiayaan (margin of finance (MOF), atau LTV) pada masa depan.
Bermaksud, lebih susah korang nak dapatkan loan yang tinggi untuk beli rumah seterusnya. Dan ini akan bagi kesan dekat pelaburan korang untuk jangka masa panjang.
Bank Negara Malaysia (BNM) dah tetapkan peraturan baru. Setiap orang layak dapatkan margin pembiayaan 90% bila membeli 2 hartanah pertama.
Untuk beli hartanah ke-3 dan seterusnya, kita hanya layak dapatkan 70% loan. Dah takkan dapat 90% senang-senang daripada pihak bank.
Kalau korang dan pasangan ada plan nak kembangkan portfolio pelaburan hartanah, joint loan ini akan jadi sebab bank hadkan jumlah pinjaman kita pada masa depan.
Kalau korang tak gabung pendapatan dan buat joint loan, korang dan pasangan (masing-masing) akan dapat peluang dapatkan empat (4) 90% loan untuk membeli 4 biji rumah pertama.
Bandingkan dengan kalau korang gabung buat permohonan loan. Korang hanya akan dapat 90% loan untuk beli 2 biji rumah pertama je.
Padahal, korang dan pasangan boleh beli lebih daripada 3 unit rumah, dan 4 biji rumah pertama boleh dapatkan LTV 90%. Rugi la korang kalau buat joint loan ni.
Satu lagi. Bila buat joint loan, secara tak langsung, korang akan gabungkan sekali skor kredit persendirian dengan skor kredit pasangan korang.
Kalau skor persendirian korang tak berapa nak elok dan buat joint loan, ini akan tingkatkan peluang korang bersama pasangan untuk dapatkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi.
Cuma, benda ni belum tentu lagi boleh berlaku kalau skor kredit korang dan pasangan teruk sangat.
Dalam kes macam ni, siapa yang ada skor kredit yang gempak tentu sekali akan membantu tingkatkan peluang dapatkan jumlah pinjaman untuk beli rumah yang korang impikan.
Yang tak best pulak, jumlah pinjaman ada kemungkinan besar akan berkurang kalau buat permohonan loan secara perseorangan, berbanding kalau buat joint loan.
Antara strategi yang korang boleh buat adalah tunggu dulu. Elakkan beli hartanah selagi skor kredit pasangan korang tak cantik. Masa ni, usaha untuk tingkatkan skor kredit korang atau pasangan sebaik mungkin.
Paling penting, kalau korang nak beli rumah dengan cara ni, pastikan dulu korang dan pasangan bayar semua hutang yang ada seperti ansuran kereta, kad kredit, personal loan dan lain-lain yang berkaitan.
Dan jangan lupa bayar hutang ikut masa yang pihak peminjam dah tetapkan.
Perkara ni ada dijelaskan dalam Bajet 2014. RPGT (atau Keuntungan Cukai Harta Tanah (CHKT)) dah meningkat jadi 30% kalau nak jual hartanah 3 tahun lepas korang beli.
Untuk pelupusan selepas 4 dan 5 tahun (lepas beli), korang kena bayar cukai sebanyak 5%. Dan untuk jual hartanah lepas tempoh 6 tahun ke atas, korang takkan dikenakan sebarang cukai.
Dan semua orang ada peluang khas untuk dapatkan pelepasan cukai sekali seumur hidup.
Kalau korang dan pasang dah bergabung awal-awal untuk memohon loan, kan dah rugi tu?
Joint loan mungkin boleh tingkatkan peluang korang untuk dapatkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi berbanding biasa.
Tapi kalau korang ada plan nak tambah jumlah unit pelaburan pada masa depan, dan gaji bulanan memang lepas untuk beli rumah yang korang impikan, baik lagi memohon loan secara perseorangan.
—
Pelaburan hartanah ni, memang kena plan elok-elok. Kalau buat tanpa ada sebarang kajian, memang tak ke mana pelaburan korang nanti.
Sebelum buat sebarang keputusan, pastikan korang dah timbangkan segala perkara yang perlu supaya pelaburan korang tak terkesan teruk untuk jangka masa panjang.
Jangan korang cakap Tok tak pesan ya. Haha.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.