PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“Hanya RM270 sebulan?” – Cara kumpul deposit rumah RM500K

“Simpan RM500 sebulan? Banyak tu. Aku mana mampu” – Azrin

Lebih 50% rakyat Malaysia bergaji bawah RM2,000 (menurut kajian The Edge). Lepas tolak macam-macam, agak-agak berapa baki yang tinggal?

Buat korang yang serius nak kumpul duit deposit rumah, ini ada satu idea bernas yang korang boleh buat.

Dengan modal hanya RM270 sebulan, korang boleh kumpul deposit RM50,000 dalam masa 9 tahun.

Hadamkan laju-laju perkongsian Tuan Amir Syahir yang power ni.

Buang 25 tahun, semata-mata nak kumpul RM50,000? 

“Gila ke apa melabur dalam ASB setiap bulan RM270, semata-mata nak dapatkan RM50,000 selama 25 – 30 tahun?”

Ramai yang masih takut nak ikat tempoh panjang dan risau ikat lama-lama ni. Kalau boleh, nak buat tempoh pendek je. Nak cepat dapatkan jumlah tu, kan?

Contohnya :

  • Buat pembiayaan ASB RM50,000
    • Ansuran Bulanan : RM270,
    • Tempoh pembiayaan : 30 tahun,
    • Keuntungan bank (Bank Profit) : 5.05%

Katakan korang mohon pembiayaan ASB untuk tempoh 30 tahun.

Tips : Mohon tempoh pembiayaan yang panjang supaya ansuran bulanan korang jadi rendah.

Kalau korang bayar setipa bulan RM270 selama 30 tahun, selepas tempoh ini (30 tahun), korang bukan setakat dapat RM50,000 saja.

Tapi, korang akan dapat RM330,000++. Dan bila tambah sekali dengan sijil habis bayar RM50,000, korang akan dapat sebanyak RM380,000++.

Ini kalau dividen 7% sepanjang tempoh pembiayaan. Dan tak masuk kiraan bonus lagi ya. Boleh rujuk gambar dekat bawah ni :

31712122 2071057569775752 7200801164697272320 o

Sumber gambar – Amir Syahir (FB)

Itu kalau tak gunakan dividen yang korang dapat setiap tahun tu. Kalau guna, korang akan dapat sikit lagi daripada jumlah tadi.

Kalau ada orang kata lepas 30 tahun dapat RM50,000 je, korang boleh la betulkan tanggapan mereka ya.

Kalau korang mula bekerja umur 25 tahun, tutup sebelah mata dan peruntukkan RM270 sebulan untuk simpanan tabung pencen korang.

Nanti bila umur 55 nanti, dah ada simpanan untuk korang gunakan. Banyak tu RM380,000++.

Ada 2 cara. Anda suka yang mana?

Sebenarnya, boleh je buat RM50,000, ikat tempoh 30 tahun dengan ASB-F RM50,000. Rujuk cara 1 dekat bawah.

Cara #1 : Simpan 9 tahun, dapat RM50,000

1) Mohon pembiayaan ASB RM50,000.

2) Bayar bulanan RM270 selama 9 tahun. Elak gunakan dividen sepanjang tempoh ini. Biarkan dividen korang compounding.

3) Lepas 9 tahun (108 bulan), korang terminate pembiayaan ASB dan akan dapat :

  • Dividen compounding : RM41,922 (Rujuk gambar dekat bawah)
31890850 2071057586442417 1589627993943179264 o

Sumber gambar – Amir Syahir (FB)

  • Surrender Value : RM8,118 (Rujuk gambar dekat bawah)
31747778 2071057616442414 1687592577307508736 o

Sumber gambar – Amir Syahir (FB)

Jumlah kasar yang korang akan dapat adalah RM50,040. Dengan hanya modal RM270 setiap bulan.

Modal yang korang gunakan hanya :

  • RM270 sebulan X 108 bulan =
  • RM29,160

Cara #2 : Modal hanya RM9,720? Sikit gila!

Korang nak lagi jimat? Teruskan bacaan.

1) Mohon pembiayaan ASB RM50,000. Tempoh pembiayaan, 30 tahun. Profit bank, 5.05%. Ansuran bulanan RM270.

2) Bayar guna duit sendiri selama 3 tahun. Selepas 3 tahun, terminate dan korang akan dapat :

  • Dividen compounding : RM11,252
  • Surrender Value / Pulangan Prinsipal : RM2,309

Jumlah kasar yang korang dapat adalah sebanyak RM13,561.

Buat korang yang mampu buat ASB RM200,000 terus, lagi bagus. Korang boleh skip cara kat atas tadi, dan buat terus cara ini.

Gunakan modal RM13,561 tadi untuk buat pembiayaan ASB RM200,000. Tempoh pembiayaan, 30 tahun. Profit bank, 5.05%. Ansuran bulanan RM1,080.

1) Setiap bulan, korang kena bayar RM1,080. Tak perlu bayar untuk setahun terus. Baki, boleh park dekat ASB2 atau Tabung Haji untuk generate lagi dividen.

2) Lepas setahun bayar, korang akan dapat dividen. Gunakan dividen tu untuk bayar balik ansuran pembiayaan ASB tu. Gunakan teknik roliing.

3) Gunakan dividen ASB setiap tahun untuk bayar ansuran bulanan, selama 10 tahun.

Lepas korang terminate, korang akan dapat :

  • Dividen terakhir : RM14,000 (Rujuk gambar bawah)
31723441 2071057649775744 2290367090994970624 o

Sumber gambar – Amir Syahir (FB)

  • Surrender Value : RM37,071 (Rujuk gambar bawah)
31769943 2071057673109075 4817111778754297856 o

Sumber gambar – Amir Syahir (FB)

Jumlah kasar yang korang dapat? RM51,071. Dengan modal hanya RM9,720 (RM270 sebulan X 36 bulan).

Modal RM29,160, atau RM9,720?

Cuba ambil kalkulator, dan tengok modal yang korang perlukan untuk dapatkan RM50,000.

Cara #1, perlukan RM29,160, atau RM270 selama 108 bulan.

Cara #2, korang hanya perlukan modal sebanyak RM9,720. Korang boleh jimat 3 kali ganda.

Cuma, korang perlukan masa yang lebih panjang (13 tahun). 3 tahun untuk pembiayaan ASB RM50,000, dan 10 tahun pembiayaan ASB RM200,000.

Jadi, mana satu yang korang akan gunakan? Dapat RM50,000 cepat dengan modal yang agak tinggi, atau dapat lambat sikit dengan modal yang sedikit murah?

Kongsikan jawapan korang di bahagian komen.

P/S : Semua ini hanya sekadar panduan saja. Gunakan dengan sebaiknya.

Korang dah takde alasan. Dengan modal hanya bawah RM300 sebulan, korang nak apa lagi?

Dalam pelaburan, tak perlu berlumba untuk cepat kaya. Tak mustahil kalau korang komited 100%.

Ingat, Empayar Rom tak terbina dalam masa 1 hari.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *