Benda biasa. Baru habis belajar dan dapat kerja, takkan tak boleh nak enjoy sikit, kan?
Paling kurang, kena keluar sebiji kereta. Bukti seorang graduan berjaya, kononnya. Alang-alang, sarung terus ‘kasut’ baru kat kereta. Baru ada gaya.
Betul, bukan semua. Tapi selagi termampu, Tok akan ingatkan korang semula.
Lebih bagus korang tangguh kemahuan tu dulu. Tak lama. Minimum, 3 tahun je pun. Lepas tu, korang siap boleh beli rumah dan kereta sekaligus.
Nak tahu macam mana? Hadamkan perkongsian sempoi tapi padu Tuan Harith Faisal ini.
1) Fresh graduate yang baru mula kerja tu, awal-awal lagi dah kena rancang simpan 50% daripada gaji korang. Kalau tak mampu 50%, buat 30% pun boleh.
Nak mulakan dengan 10% dulu pun, takpe.
2) Gaji RM2,000 simpan RM1,000 (50%). Konsisten buat 3 tahun, dah ada RM36,000 dalam simpanan. Kalau korang buat, korang dapat. Tak buat, tengok je orang lain buat.
3) Iya, memang tak mudah nak simpan RM1,000 dengan gaji RM2,000. Tapi kalau matlamat jelas, susah pun korang sanggup buat. Betul tak?
Kalau gaji RM4,000 lagi la senang nak simpan RM1,000 setiap bulan. Korang tak set matlamat dalam hidup lagi? Baca artikel ni sampai habis.
4) Dengan simpanan banyak tu, banyak benda korang boleh capai muda-muda ni. Yang penting, kena mulakan simpanan tu. Lambat korang mula, lambat la merasa kesannya.
5) Dengan RM36,000 tu, korang boleh jadikan modal beli rumah harga RM200,000. Ataupun 2 rumah yang berharga RM100,000 setiap satu. Memang cukup sangat.
6) Ataupun lagi bijak, buat sijil ASB Financing RM185,000 untuk tempoh pembiayaan 30 tahun dengan ansuran bulanan RM1,000. Tapi bukanlah korang kena bayar sampai 30 tahun.
Takpe. Teruskan membaca.
7) Andaikan purata dividen diumumkan 7.00%. Contoh lepas 3 tahun, tunai keseluruhan yang korang dapat adalah RM50,000.
Kaya wei. Kaya! Kali pertama pegang duit banyak.
8) Okay la tu, kan? RM50,000 – RM36,000 = RM14,000. Untung RM14,000 berbanding simpanan cara biasa.
9) Dengan RM50,000 tu, boleh jadi modal beli rumah harga RM300,000. Atau 2 buah rumah berharga RM150,000 setiap satu.
Saya dah kirakan. Korang layak. Jangan risau.
10) Lepas beli 2 rumah tu, boleh la korang beli kereta dan sila la kahwin. Dah sesuai sangat dah tu. Rumah tu tak payah risau, penyewa boleh bayarkan.
11) Beli rumah pertama subsale ke, lelong ke, undercon ke. Kalau korang faham strateginya, ada ilmu yang sepatutnya, semua boleh buat untung. Modal pun dah ada, kan?
12) Mula kerja umur 23 tahun. 3 tahun kemudian (umur 26 tahun), dah ada 2 rumah, kereta, dan dah berkahwin. Lengkap sangat dah tu.
Lepas tu, beli la rumah lagi dan lagi sampai bosan.
Nota #1 : Ini adalah kiraan secara kasar untuk memudahkan pemahaman. Ia dikongsikan secara umum. Jadi, sesuaikan dengan situasi dan tahap kewangan masing-masing.
Nak layan ASB Financing ni selama 5 tahun pun boleh. Korang boleh dapat dalam RM90,000.
Nota #2 : Kiraan berdasarkan kadar keuntungan bank 5.05% (kadar promosi) dan dividen 7% setahun purata.
Nota #3 : Pengguna Android, download app Financial Calculators. Untuk yang guna Apple, download app EZ Financial Calculators. Saya ada kongsikan screenshot pengiraan guna app ni kat atas tadi.
—
Buat korang yang ada matlamat hidup dan tak nak kewangan masa depan rabak, korang takkan teragak-agak nak buat strategi ni.
Macam Tuan HF cakap tadi. Kalau korang tak buat, korang tengok je orang lain buat dan dapat hasil. Tapi jangan bising pulak kalau orang lain boleh simpan banyak dari korang.
Sila SHARE ilmu bermanfaat ni kat anak-anak muda yang baru graduate tu. Selamatkan mereka.