PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Teknik power langsaikan loan rumah 6 tahun lebih awal

Semua orang tahu dah. Biasanya, ramai yang bayar loan rumah selama 35 tahun (maksimum).

Dan tempoh ni bukan satu jangka masa yang pendek. Mungkin masa dah nak dekat 30 tahun bayar loan rumah, korang sendiri dah ada 2 atau 3 orang cucu.

Ramai jugak yang tanya kat Tok soalan ini :

“Boleh ke kita nak pendekkan tempoh bayaran ansuran bulanan loan rumah?”

Ada caranya. Dan kalau korang serius nak tahu, jemput baca perkongsian Tok pada hari ini. Tok dapat idea ni lepas baca perkongsian ilmu Cikpuan Hasifah Yusof.

Pinjam RM300,000, bayar balik hampir RM600,000?

Amaran : Ini hanya sekadar panduan kasar saja. Nak pengiraan yang lebih tepat, sila rujuk banker masing-masing untuk tujuan ini.

Ini langkah-langkah yang boleh korang ambil untuk settle-kan loan rumah lebih cepat berbanding biasa.

Mula-mula sekali, download aplikasi Ez Calculator. Kalau korang pakai iPhone, klik sini untuk muat turun. Klik sini kalau korang pengguna Android.

Kalau kita pinjam kat bank RM300,000, biasanya interest rate yang dikenakan sebanyak 4.2% hingga 4.7%. Yang ni, bank yang akan tetapkan.

Katakan, korang dapat interest rate sebanyak 4.4%.

Bermakna, jumlah interest yang korang kena bayar akan mencecah hampir RM300,000. Jumlah total bayaran pulak, hampir RM600,000. Boleh rujuk kat gambar bawah ni :

WhatsApp Image 2017 10 24 at 12.57.31 PM 2

Jadi, monthly instalment korang akan jadi RM1,401.25 sebulan.

Tapi kalau korang tengok kat gambar ke-2 ni, korang hanya bayar pokok sebanyak RM301.25 saja. Yang RM1,100 tu pulak adalah jumlah faedah yang korang bayar setiap bulan.

WhatsApp Image 2017 10 24 at 12.57.31 PM 1 1

Dan kalau korang terus bayar RM1,401.25 setiap bulan macam biasa, memang takkan boleh habis awal la.

Jadi, apa cara nak kurangkan bayar interest tu?

KLIK UNTUK BACA : 8 sebab permohonan loan rumah anda ditolak bank 

Berapa boleh jimat kalau tambah bayar RM50 sebulan?

Pertama sekali, korang kena pilih housing loan jenis full-flexi atau semi-flexi.

Lepas dah pilih loan, mula bayar lebih setiap bulan. Contohnya, tambah bayar RM50 sebulan.

Berapa banyak bayaran interest boleh berkurang dengan teknik ni? Korang boleh rujuk gambar kat bawah ni :

WhatsApp Image 2017 10 24 at 12.57.32 PM 1 1

Korang boleh jimat bayaran interest sebanyak RM25,988.19. Bermakna bayaran interest yang hampir RM300,00 tadi, korang boleh jimat sebanyak RM25,988.19.

“Tambah bayar RM50 je pun. Biar betul boleh jimat banyak?”

Korang bukan setakat boleh jimatkan jumlah bayaran. Korang jugak boleh pendekkan tempoh pembayaran loan rumah tu!

Kalau korang tambah bayar RM50 sebulan, korang boleh pendekkan tempoh bayaran selama 32 bulan. Dekat 3 tahun lebih awal berbanding biasa.

Tak percaya? Korang boleh tengok balik gambar kat atas tadi.

Macam mana pula kalau bayar RM100 sebulan?

Macam mana pulak kalau korang mampu tambah bayar RM100 sebulan?

Rujuk gambar kat bawah ni :

WhatsApp Image 2017 10 24 at 12.57.32 PM 2

Korang boleh habis bayar loan rumah 6 tahun lebih awal tu!

Tak cukup dengan tu. Korang boleh tengok sendiri berapa banyak penjimatan interest yang korang boleh dapatkan.

Kalau korang jenis banyak cash, boleh masukkan terus ke dalam akaun housing loan yang korang buka dengan bank. Ini akan kurangkan jumlah interest yang kena bayar.

Macam mana pulak kalau ada emergency, atau tiba-tiba korang nak pakai duit?

Jangan risau. Duit lebih yang korang bayar tadi tu, boleh withdraw balik. Caj yang akan dikenakan jugak, bergantung kat jenis loan (semi-flexi atau full-flexi loan) yang korang pilih.

Siapa yang sesuai pakai teknik power ini? 

“Rumah macam mana yang sesuai gunakan teknik ‘settle awal’ ni?”

Dah tentu la rumah yang korang gunakan untuk duduk sendiri. Kalau rumah pelaburan, nak buat atau tak nak, terpulang kat korang.

Sebab kalau korang pandai manage, boleh jadi ansuran bulanan tu tak bayar pakai duit korang pun. Penyewa yang tolong bayarkan setiap bulan.

Faham, kan?

Nak beli rumah, jangan pakai hentam je. Kaji dulu setiap perkara yang penting supaya korang boleh take advantage. Fikir dulu dan timba ilmu sebelum korang ambil sebarang tindakan.

KLIK UNTUK BACA : ‘Bom jangka’ peminjam wajib berjaga-jaga. 99% yang buat loan rumah tak tahu tentang ini 

Tu sebab, korang waji kaji dulu jenis loan rumah yang korang patut gunakan. Bukan main taram pilih je.

Ramai dah yang pilih untuk gunakan loan jenis semi-flexi atau full-flexi sebab kelebihan yang ada. Kalau guna basic term loan, tak boleh buat macam ni.

Perkongsian ini bermanfaat? Silakan SHARE kat kenalan korang yang tengah merancang nak beli rumah tu.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *