Kalau kita tengok secara kasar, ramai orang Malaysia suka beli rumah jenis apartmen.
Rumah jenis ni memang cukup sesuai dengan keadaan di negara kita. Ia adalah alternatif terbaik selain daripada rumah landed (yang sekarang ni, mahal gila).
Walaupun rumah ni banyak kelebihan berbanding rumah landed, belum tentu semuanya indah belaka.
Nah, tengok dulu 4 perkara ni sebelum anda buat sebarang keputusan membeli.
Tok dapat ilmu power ni kat blog Loanstreet. Jemput hadam.
Ramai yang beli rumah “high-rise” tak kaji dulu perkara ini. Akhirnya, ramai yang kecundang nak bayar kos yang tiba-tiba datang mengejut.
Bila bil dah sampai, duit pula tengah tak ada. Masa itu mula pening kepala nak raba duit celah mana.
Kita boleh periksa 3 kos yang biasa dicaj untuk duduk di sebuah apartmen ini:
Untuk rumah jenis kondominium, kos selenggara bulanan akan dicaj kepada pemilik atau penyewa. Duit ini akan tanggung segala kos selenggara kawasan rumah yang kita duduki, seperti kos baik pulih dan tingkat taraf.
Caj purata bagi kos selenggara untuk apartmen kat kawasan Kuala Lumpur sekitar RM0.25 hingga RM0.45 setiap kaki persegi.
Kos ini boleh meningkat kalau kita duduk apartmen lama. Sebab ia telah ditelan waktu dan mungkin fasiliti aparment ini sedikit uzur. Ia juga ada kemungkinan jadi lebih tinggi atas faktor masa.
Kalau kita ada lebih daripada satu atau dua biji kereta, mungkin ada sedikit masalah kalau nak duduk di rumah seperti ini.
Kita mungkin dapat tempat letak kereta sebanyak 2 lot (ini jumlah standard yang pihak pengurusan berikan). Ada juga apartmen yang berikan sekadar 1 lot sahaja.
Kalau tak cukup, boleh sahaja sewa lot parking atau beli lot tambahan untuk kereta kita.
Bil air dan eletrik untuk apartmen yang dibina dalam kawasan komersial agak berbeza, berbanding di kawasan perumahan atas tanah.
Ia boleh naik sebanyak dua kali ganda daripada biasa.
Sebelum beli rumah apartmen atas pusat membeli-belah, kaji dulu perkara ini. Tak apa kalau kita mampu tanggung. Cuma, lebih elok duit lebihan itu disimpan dan kita gunakan untuk benda lain yang lebih penting.
Ada kelebihan yang rumah “high-rise” miliki, yang buatkan rumah atas tanah kelihatan seperti tak berbaloi dibeli.
Kalau tinggal di apartmen, kita ada akses kepada kemudahan seperti:
Secara mudah, lagi banyak kemudahan yang pihak pengurusan sediakan untuk penduduk, lebih banyak aktiviti yang boleh mereka buat dalam kawasan apartmen itu.
Ini juga akan berikan keselesaan daripada pelbagai sudut, yang baik untuk kesejahteraan komuniti.
Sebelum beli rumah, kita boleh kaji beberapa perkara bawah ini :
Kalau penduduk terlampau padat, ia boleh ganggu keselesaan kita sendiri.
Kaji jumlah penduduk apartmen yang kita minati sebelum bertindak membeli.
Bayangkan kalau kena tunggu dan berebut lif setiap hari, dan ada masalah nak letak kereta (kes parking tak cukup). Dah tentu selagi boleh kita nak elakkan masalah ini.
Kalau kita suka kepada situasi yang harmoni, boleh sahaja pilih rumah di tingkat tinggi, atau yang berhadapan kolam renang untuk elakkan bunyi bising yang melampau.
Ini antara perkara utama yang kita boleh kaji. Kalau sering berlaku kes samun, kecurian, atau ragut, kita boleh mula pelan untuk cari rumah kat tempat lain.
Adakah penduduk kawasan itu terdiri daripada orang yang dah bekerja, bekeluarga, masih belajar, atau orang luar (yang bekerja di Malaysia)?
Komuniti adalah faktor yang membina ekosistem sesuatu kawasan itu.
Kalau penduduk apartmen itu bergerak dalam satu bentuk gaya fikir (mindset) yang serupa, peratus untuk hidup dengan sejahtera adalah amat tinggi.
Kalau kita seorang pelabur hartanah, ini adalah perkara utama yang akan kita kaji dulu.
Antara faktor yang akan pengaruhi harga semasa hartanah adalah :
Semua faktor atas ini boleh jadi daya penggerak supaya kita tak leburkan duit begitu sahaja.
Ini akan jadikan kita berhati-hati dalam memilih hartanah yang sesuai supaya tak banyak rugi.
Sebelum bertindak membeli rumah, kaji dulu segala perkara yang boleh dikaji. Agar anda boleh elakkan duit lebur begitu sahaja.
Silap beli, sendiri yang rugi nanti. Buat apa cari penyakit kalau boleh elak dari dapat sakit, betul betul?
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]