Mungkin korang tak tahu, tapi sekarang ni bank dah jadi makin strict tau nak luluskan permohonan loan rumah.
Kalau korang datang tu menonong je, takde buat persediaan apa-apa, memang possibility loan rumah korang tu untuk kena reject sangat sangat sangat cerah.
Sebab tu sebelum buat loan, kena kaji dulu betul-betul maklumat apa yang korang perlu supaya permohonan tu senang lulus.
Dan berita baik untuk korang, hari ni memang Tok nak share dengan korang perkongsian Cikpuan Bella Leana ni.
Tok nak korang hadam betul-betul ilmu ni. Lagi-lagi yang point nombor 2 tu sebab benda tu akan tentukan down payment korang kena bayar nanti.
“Bank mana yang paling bagus untuk dapatkan housing loan?”
“Bank mana yang paling rendah rate dia?”
“Bank mana yang paling senang nak approve loan?”
Ini antara soalan-soalan yang biasa orang tanya kalau nak buat loan rumah. Dan macam-macam lagi la soalan yang ditanya.
Tau tak? Soalan macam ni, boleh dikira sebagai soalan maut tau. Nak jawab pun, kadang-kadang rasa sakit je hati (Okay, mohon maafkan Bella).
Nanti si polan akan jawab, Bank A adalah yang paling bagus. Dan tak lama lepas tu pulak, kawan si polan pulak akan jawab Bank B yang paling best.
Dan kalau tunggu lama sikit pulak, sedara si polan pulak akan jawab :
“Mana ada. Bank C yang paling bagus. Korang patut gunakan Bank C”
Ah, sudah. Korang yang mendengar pun, akan mula pening kepala.
Sebenarnya, there is no right and wrong untuk mana-mana jawapan. Korang sendiri apa yang objektif yang korang nak capai, dan apa yang bank tawarkan.
Mungkin Bank A bagus untk si polan. Tapi kurang bagus untuk kawan si polan. Dan mungkin Bank B lebih bagus untuk kawan si polan, tapi tak bagus untuk saudara si polan.
Faham, kan? Larat teruskan bacaan lagi tak ni?
Sebab setiap daripada kita mempunyai keperluan (needs), matlamat, tahap kewangan, gaji, atau simpanan yang berbeza. Tak semua orang sama, kan?
Dan yang paling ramai orang buat silap adalah dengan melihat rate yang bank berikan semata-mata. Tak betul tu!
Ada banyak lagi faktor yang korang wajib ambil kira. Nak tahu apa? Jom sambung baca lagi :
Ada je bank yang tawarkan maximum tenure selama 30 tahun. Padahal, ada je bank yang bagi maksimum sehingga 35 tahun.
Ada bank yang offer 90% untuk pembelian rumah pertama. Dan ada jugak bank yang hanya luluskan 80% je untuk rumah pertama.
Ada banyak yang capitalized MRTT, bersama legal fee dan jugak valuation fee ke dalam loan yang korang memohon tu.
Dan ada jugak bank yang hanya bagi MRTT je. Malah ada jugak yang tak bagi semua ni. Korang yang kena tanggung sendiri.
Ada bank yang kena pledge Simpanan Tetap untuk lulus loan. Ada pulak bank yang kena apply Life Insurance, atau kena apply kad kredit untuk lulus loan.
Tapi ada jugak bank yang tak kenakan apa-apa syarat. Yang ni, korang kena kaji dulu siap-siap.
Ada bank yang tawarkan conventional loan, dan ada yang tawarkan Islamic Financing.
Tu tak termasuk lagi dengan pakej yang ada, seperti Full-Flexi, Semi-Flexi, Term Loan dan Overdraft. Semua ni ada beza.
Ada bank yang bagi lock-in period 5 tahun, ada yang 3 tahun, dan ada yang takde lock-in period langsung.
Ada jugak lock-in period untuk conventional loan je. Dan ada jugak Islamic Financing yang tetapkan lock-in period.
Ada bank yang ada default clause 1 bulan, dan ada jugak yang default 3 bulan. Ada jugak bank yang takde default clause.
Dan bab default rate pulak, ada yang tetapkan sebanyak 9%, dan ada jugak yang tetapkan 10%.
Larat lagi tak korang nak baca ni? Okay, kita teruskan lagi.
Ada yang bagi rate rendah, dan ada yang bagi rate tinggi. Ini biasa la. Nak rate rendah tapi loan profile haru-biru. Hadap je la.
Ada jugak bank yang bagi rate tinggi, tapi tawarkan MOF (Margin of Finance) 90% + 5%. Compare pulak dengan Bank B yang bagi rate rendah, tapi MOF 80% je.
Nampak tak beza?
Ada bank yang offer loan tapi tak boleh buat bayaran lebih. Dan ada jugak yang bagi loan, tapi tak banyak branch (Okay, online banking kan ada? Haha).
Ada jugak bank yang bagi loan, tapi syarat kena ambil loan yang lain pulak.
Ada bank yang bagi loan, tapi after sales service ke laut. Hampeh gila. Ada bank yang stafnya sangat friendly habis, tapi rate yang mereka bagi agak tinggi.
Dan macam-macam lagi yang korang kena kaji dan ambil tahu.
Korang kena faham situasi. Kalau korang betul bagus, korang takkan pergi ke bank dan merayu, minta mereka luluskan loan.
Setiap bank tu, memang dah bagus. Cuma kena sesuaikan dengan diri korang. Dan korang takkan dapat semua yang korang nak.
Mungkin Bank A bagus bagi si polan, sebab profile si polan ni menepati kriteria Bank A. Tapi bila si polan pergi ke Bank B, si polan tak dapat apa yang Bank A tawarkan.
Tapi bila kawan si polan pergi ke Bank A, mereka tak boleh bagi seperti apa yang si polan tadi dapat. Tapi Bank B pulak boleh offer kat kawan si polan ni, pakej yang lebih bagus untuk dia.
Korang faham, kan?
Kalau boleh (kalau boleh la), elakkan tanya soalan yang terlalu general (umum).
Soalan susah tahap Dewa 19 ni, bukan ada jawapan betul atau salah pun. Open-ended question. Pasti akan ada soalan susulan lepas tu.
Bukan apa. Nanti korang tanya si polan bank apa yang bagus, si polan akan jawab Bank A. Dan korang pun ikut je telunjuk dia dan pergi memohon kat Bank A.
Lepas tu, loan kena reject upfront. Dah, korang jugak yang kecil hati sebab loan tak lepas. Lepas tu tuduh pulak si polan tu penipu.
Kan parah tu?
Korang kena faham. Digit dalam setiap akaun bank semua orang berbeza-beza. Walaupun gaji sama angka dalam payslip, tak semestinya ada sama baki dalam akaun bank.
Boleh faham, kan?
Nak tanya lagi tak soalan macam ni? (Sila baca dengan nada biasa, bukan nada sinis atau menyindir).
Takpe, kita sama-sama belajar. Yang mana baru tahu tu, boleh SHARE artikel ni kat kawan-kawan. Biar lebih ramai lagi tahu tentang ini.
Rajinkan diri tu luangkan masa untuk walk-in ke setiap bank untuk jadikan banker sebagai sahabat. Setakat sahabat maya pun takpe.
Terima kasih buat korang yang baca perkongsian Bella ni sampai habis. Korang memang awesome!
—
Kalau bab loan rumah ni memang kita jangan buat main.
Lagi-lagi sekarang ni bank pun dah makin pack, nak jumpa banker pun kena buat appointment apa semua. Kalau datang tu tangan dan otak kosong, standby jelah untuk kecewa.
Yang mana memang berhajat nak buat loan rumah dalam masa terdekat, Tok ucapkan selamat maju jaya dan semoga tanda ‘approved‘ menyebelahi korang.
Nak belajar lebih lagi pasal ilmu hartanah? Jom, Tok nak ajak korang join webinar saudara Faizul Ridzuan ni. Kat sini dia akan share banyak ilmu mahal yang power untuk korang yang nak beli rumah. Klik gambar kat bawah untuk daftar percuma.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]