Pihak bank lagi suka berurusan dengan orang yang bekerja bawah orang, sebab mereka lebih terjamin.
Tiap-tiap bulan, pasti dapat gaji, walaupun suka datang lambat dan kaki MC (Tok tak cakap semua orang. Siapa kunyah cili, dia yang terasa pedas).
Dengan gaji bulanan itu, pihak bank “confirm” dapat bayaran ansuran bulanan daripada peminjam. Ini sebab utama mereka lebih utamakan golangan ini buat pinjaman.
Hakikatnya, bank cuma mahu buat untung melalui pinjaman yang kita buat. Tak usah rasa bank baik hati nak tolong korang dengan ikhlas.
Cuma, kita tak boleh elakkan diri 100% dari berurusan dengan bank untuk urusan pinjaman. Jalan terbaik adalah belajar bagaimana gunakan bank untuk manfaat kita.
Tuan Abdul Rahim Mohd Sabri berkongsi tips dapatkan pinjaman untuk mereka yang bekerja sendiri, atau kerja sambilan tapi tak ada rekod duit keluar masuk.
Ada 3 jenis dokumen yang pihak bank perlu dapatkan daripada kita:
Kat sini, korang boleh nampak kekurangan orang yang kerja sendiri, kerja sambilan, atau yang buat bisnes online. Golongan ini tak ada dokumen no.1 dan no.2.
Itu sebab korang nak belajar dan baca sampai sini kan?
Korang boleh ikut panduan mudah dibawah ini dengan hati yang tenang:
Lepas guna tip ini, korang boleh buat loan macam orang yang kerja bawah orang. Korang dah ada kelebihan yang dahulunya tak ada.
Selagi tak perlu buat loan, lebih baik elakkan. Hati-hati daripada jebakkan diri korang untuk buat loan untuk iPhone model terbaru. Kalau buat juga, sendiri mahu ingat. Jangan cakap Tok tak pesan.
Tok tak kisah ulang-ulang nasihat yang sama sampai berbuih mulut. Sebab itu tanggungjawab Tok kepada korang. Tapi semua tindakan 100% bergantung kat korang.
Photo by 401(K) 2013