PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Jangan beli serviced apartment selagi anda belum tahu 5 perkara ini

Dah jumpa kondo yang korang minat? Tapi bila check balik, korang baru tau yang kondo tu adalah jenis serviced apartment.

Ada banyak sub-kategori untuk kediaman jenis macam ni. SOHO, SOVO, SOFO, SOLO, serviced suites, semua ni tergolong dalam kategori serviced apartment.

Kebanyakan serviced apartment sekarang dibina atas tanah berstatus komersial, atau sebahagian daripada mixed development (pembangunan bercampur).

Dan sebelum apa-apa, korang patut tau dan kenal dulu apa benda yang korang nak beli. Bukan main sebat macam beli gula-gula kat kedai Ah Seng.

Apa benda yang korang perlu tau? Jemput hadamkan perkongsian yang Tok baca kat blog PropertyPriceTag ni.

#5 : Serviced apartment yang anda nak beli tu, ada HDA tak?

Mungkin korang tertarik dengan apa yang SOHO, SOFO, SOVO, atau lain-lain (yang tergolong dalam kategori yang sama) tawarkan.

Tapi, ada satu perkara yang korang kena jaga-jaga.

HDA (Housing Development Act) adalah akta yang melindungi korang daripada projek terbengkalai atau pemaju yang cuba nak ‘sontot’ korang (kes bawak lari duit).

Senang cerita, korang sebagai pemilik rumah yang sah, akan terlindung daripada masalah seperti ini kalau rumah tu ada HDA.

“Macam mana pulak kalau takde HDA, Tok?”

Okay, korang wajib fahamkan betul-betul apa yang Tok akan jelaskan kat bawah ni.

Pemaju yang takde HDA, mereka tak payah apply untuk Housing Developer’s License, atau Advertising Permit and Housing Development Account sebelum lancarkan projek, atau masa nak kumpul duit deposit daripada bakal pembeli.

Nota ekstra : Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang HDA dan non-HDA, klik link ni sekarang.

P/S : Kalau korang nak beli serviced apartment dengan selamat, Tok cadangkan untuk beli projek daripada pemaju yang ada HDA je. Kalau takde, elakkan.

#4 : Larat ke anda nak tanggung rumah tu?

Serviced apartment dibina atas tanah berstatus komersial, jadi korang kena jaga-jaga dengan kos utiliti. Korang tak bayar sama tarif macam duduk kat tanah berstatus residential.

Bermakna, korang kena bayar deposit, bil utiliti (eletrik, air, dan bil pembentungan lebih mahal daripada biasa), serta cukai taksiran dan tanah yang lebih tinggi berbanding biasa.

Tok bagi satu contoh.

Apartmen yang dibina atas tanah komersial dikenakan sekurang-kurangnya RM36 sebulan untuk bil Syabas. Dan tak kira korang pakai air atau tak, korang tetap kena bayar jumlah tu.

Bagi yang tinggal kat apartmen yang dibina atas tanah berstatus residential, mereka boleh memohon meter air individu, dan bayar tarif yang sama seperti rumah landed.

Kalau nak buat ni kat rumah atas tanah komersial, Tok cakap terus-terang, lupakan je la niat tu.

Ada jugak sesetengah pemaju yang cuba berunding untuk dapatkan kadar yang lebih rendah daripada syarikat utiliti. Yang ni, korang boleh tanya terus dengan pemaju.

Sebelum korang tandatangan SPA tu, periksa dulu dengan pemaju sama ada mereka ada dapatkan apa-apa konsesi untuk kadar utiliti yang lebih rendah.

Kalau takde, kira dulu berapa kos tambahan yang korang kena tanggung. Baru korang boleh tau mampu atau tak mampu nak tanggung kos yang terlibat.

#3 : Dah kira berapa ramai jiran anda? 

Rumah yang dibina atas tanah komersial biasanya mempunyai ketumpatan (density) yang lebih tinggi, berbanding rumah atas tanah status residential.

Maksudnya, tanah komersial akan ada 2 kali ganda bilangan apartmen daripada tanah residential. Bayangkan, berapa ramai orang yang menetap dekat situ.

Sebagai contoh, untuk tanah kediaman seluas 4 ekar, andaikan pemaju dapat kelulusan untuk bina 120 unit rumah untuk setiap ekar.

Jumlah maksimum rumah yang boleh dibina atas tanah 4 ekar? 480 unit kondominium.

Dan untuk tanah komersial seluas 4 ekar (dengan nisbah plot 5), boleh menempatkan sebanyak 930 unit seluas 700 kaki persegi – dan jumlah ini boleh meningkat kalau saiz rumah lebih kecil.

P/S : Kaji dulu berapa banyak unit yang ada pada sesebuah projek sebelum buat keputusan membeli. Bagus jugak untuk check berapa tempat letak kereta yang korang dapat.

#2 : Ambil tahu tak apa yang anda bayar?

Banyak serviced apartment sekarang dibina bersama dengan komponen lain seperti hotel, pusat membeli-belah, dan tempat letak kereta dalam kawasan tanah yang sama.

Ada beberapa komponen ini dimiliki sepenuhnya oleh pemaju, dan ada yang dimiliki oleh pihak lain.

Dan pusat membeli-belah dan hotel, dah tentu akan menyumbang kepada bil utiliti yang lebih tinggi.

Ada tak pihak-pihak ni menyumbang bahagian mereka kepada dana penyelenggaraan (maintenance fund)? Atau, korang yang bagi subsidi untuk operasi mereka?

Pada 2015, Akta Pengurusan Strata baru membenarkan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) untuk membentuk Pengurusan Sub-Jawatankuasa, yang boleh mengenakan bayaran penyelenggaraan yang berbeza pada tempat yang berlainan.

Ini bertujuan untuk mengelakkan dana penyelenggaraan disalah guna.

Kalau kediaman tu dah lama ada (dibina sebelum akta ini dibuat), korang tak payah pening kepala. Sebab setiap bayaran fi tu akan cover semua benda dalam bab maintenance.

P/S : Sebelum korang beli mana-mana rumah, semak dengan Perbadanan Pengurusan atau JMB (Joint Management Body) kalau fi penyelenggaraan dikongsi oleh semua pihak, atau dipisahkan.

#1 : Anda ada hak pemilikan pada kemudahan yang disediakan?

Ramai orang pilih untuk tinggal di kondominium sebab ada macam-macam kemudahan.

Tapi, ada sesetengah pembangunan bercampur (mixed development) dan serviced apartment tak sediakan kemudahan seperti tempat letak kereta.

Dan mungkin jugak korang tak boleh gunakan sebarang fasiliti (seperti gelanggang tenis) sesuka hati. Kalau nak, korang kena langgan keahlian secara bulanan, sewa atau beli.

Pastikan sebelum beli, korang periksa dan semak dulu apa kemudahan yang korang boleh akses, dan ada tak sebarang bayaran yang terlibat.

Baik lagi korang tanya siap-siap kat pemaju. Bersedia lebih baik berbanding mengubati, kan?

Betul. Memang stylo kalau duduk kat serviced apartment, sebab dekat dengan pelbagai kemudahan dan kena dengan gaya hidup masa kini.

Tapi sebelum korang letak down payment, wajib korang kaji dan fikir dulu habis-habis, baru buat keputusan.

Timbal balik segala pro dan cons yang ada. Kalau tak, sakit korang nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Sales Advisor Perodua says:

    betul, pelaburan hartanah ni ada pelbagai cara, jadi kita perlu tau risiko yg diambil, andai dah tersilap langkah mmg kene pandai2 manage balik kewangan supaya x loss bnyk. goog sharing