PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Rugi kalau kerja ‘gomen,’ tapi tak guna kelebihan ‘ini’ untuk beli rumah pertama

Bila bercakap tentang bab membeli rumah, loan (pinjaman) adalah salah satu perkara yang korang tak boleh nak elak fikir.

Tak kira korang kerja dalam sektor kerajaan atau swasta, korang pasti akan fikir benda yang sama jugak.

Hakikatnya, takde satu pun pakej loan rumah yang berupaya untuk penuhi semua kehendak pelabur.

Dan jelas sekali, loan rumah kerajaan dan loan rumah biasa (pembiayaan bank biasa) ada banyak beza yang ketara.

Nak tau lebih lanjut? Jemput hadamkan perkongsian Tok pada hari ini.

Ada apa pada pinjaman rumah biasa (dengan bank)?

Seperti yang korang dah sedia maklum, kadar loan rumah tak sama dari satu bank ke bank yang lain, dan ini bergantung jugak dekat berapa banyak pinjaman yang korang buat.

Biasanya, kadar faedah yang dikira menggunakan BR (Base Rate, yang gantikan Base Lending Rate (BLR)) pasti akan ada turun naik mengikut prestasi ekonomi semasa.

Tapi korang tak payah nak pening kepala sangat pun.

Yang pasti, kadar faedah dengan bank biasa memang lagi tinggi berbanding loan kerajaan (yang sebanyak 4% je).

Antara perkara lain yang korang kena kaji jugak adalah seperti berikut :

#1 : Berapa MOF (Margin of Finance) kalau gunakan loan bank biasa?

Korang hanya layak untuk dapatkan loan sebanyak 90% untuk pembelian 2 hartanah pertama je.

Lepas tu, korang hanya layak dapatkan 70% je untuk pembelian hartanah ke-3 dan seterusnya.

Tapi, ada jugak bank yang bagi loan sebanyak 100% untuk pembelian rumah pertama. Yang ni, korang kena kaji sendiri bank yang mana satu.

#2 : Berapa lama tempoh pinjaman yang bank bagi?

Korang boleh buat pinjaman selama 35 tahun (maksimum), atau sehingga berumur 65 hingga 70 tahun (maksimum), atau mana-mana yang lebih pendek.

Yang ni pun, berbeza daripada satu bank ke bank yang lain. Korang kena tanya dekat dan pastikan dulu berapa lama tempoh loan yang mereka bagi.

#3 : Berapa banyak kadar faedah bank yang anda kena tanggung?

Korang perlu tanggung kadar faedah sebanyak 4.65% (secara purata). Mungkin ada juga yang kena tanggung lebih daripada kadar yang dinyatakan di sini.

#4 : Macam mana nak tahu anda layak untuk memohon?

Yang ni, bergantung kat DSR (Debt Service Ratio) dan skor kredit korang. Lain bank, lain DSR yang mereka tetapkan.

DSR akan tentukan berapa had maksima jumlah loan yang korang layak pinjam dekat bank.

Kalau lebih daripada kadar DSR yang ditetapkan, ada potensi loan rumah korang tu susah nak lepas.

Bermakna, korang kena kaji dulu kat setiap bank berapa DSR yang mereka kenakan. Baru korang boleh tau berapa DSR maksimum untuk setiap bank yang ada.

Ada jugak bank yang ambil kira antara gaji kasar atau gaji bersih kita. Korang kena pastikan dulu kat bank yang korang nak meminjam tu.

Macam mana pula dengan loan kerajaan?

Macam yang Tok cakap pada permulaan tadi, loan kerajaan ada banyak beza dengan loan rumah biasa.

Amat rugi kalau korang kerja dalam sektor kerajaan, tapi tak gunakan kelebihan yang ramai orang gila-gilakan ni.

Kelebihan yang paling ketara (yang buat ramai pekerja sektor swasta jealous) adalah, loan kerajaan mengenakan kadar faedah atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan bagi setiap bulan.

Korang boleh cuba cari ini kat pakej loan rumah yang ada dekat bank biasa. Tapi, Tok tak janji korang akan senang-senang jumpa kelebihan ni.

Bermakna, setiap kali pembayaran korang diterima, faedah bagi bulan seterusnya akan berkurang sebab bayaran lebihan tadi akan mengurangkan jumlah baki pinjaman asal.

Kelebihan lain yang loan kerajaan ada (yang loan bank biasa tak ada)

Dengan loan rumah kerajaan, korang ada perlindungan kepada peminjam (korang la tu), sebagai contoh, untuk kes bunuh diri atau gila.

Kerajaan jugak akan lindungi pasangan kalau berlaku kematian kepada pihak pasangan atau anak. Siapa ada khairat kematian lagi.

Korang boleh rujuk dekat gambar yang Tok kongsikan ni:

Screen Shot 2017 05 02 at 7.11.45 PM 1

Best, kan? Kalau guna loan bank biasa, korang takkan dapat rasa kelebihan ni.  Dah tentu-tentu korang kena ambil MRTA atau MLTT sebagai back up kalau berlaku sebarang perkara buruk.

Ada lagi beberapa perkara yang korang perlu tau tentang loan kerajaan :

#1 : Berapa MOF (Margin of Finance) kalau gunakan loan kerajaan? 

Biasanya, pemohon akan dapat 100% pembiayaan, atau sehingga capai kadar maksimum kelayakan pembiayaan, atau mana-mana yang lebih rendah.

#2 : Berapa lama tempoh loan anda kena hadap?

Korang kena tanggung loan tu selama 30 tahun.

#3 : Berapa kadar faedah yang dikenakan?

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 4.00%.  Dan kadar ni takkan berubah macam dekat kadar faedah yang bank biasa tetapkan.

#4 : Apa kelayakan yang patut anda tahu sebelum memohon?

Kelayakan maksimum adalah berdasarkan gaji pokok, atau gaji hakiki seseorang. Dan kelulusan pinjaman akan mengambil kira gaji bersih berdasarkan slip gaji.

Korang boleh rujuk jadual kelayakan pinjaman kerajaan yang Tok kongsikan kat bawah ni :

Screen Shot 2017 05 02 at 7.10.24 PM 1

Sumber gambar – LPPSA

#5 : Apa jadi dengan loan rumah anda kalau letak jawatan?

Bila korang berhenti kerja dalam sektor kerajaan, kadar keuntungan pembiayaan akan meningkat jadi 7%.

Biasanya apa yang korang boleh buat adalah refinance balik rumah tu untuk dapatkan lebihan tunai.

Yang terbaik korang boleh buat adalah refinance rumah tu lebih awal sebelum letak jawatan, supaya korang tak perlu tunggu 6 bulan slip gaji bila dapat kerja baru nanti.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Tapi memang tak boleh nak nafi, orang ‘gomen’ memang rugi kalau tak guna betul-betul peluang ni.

Kalau korang ‘korek’ dalam lagi, macam-macam benda yang korang boleh jumpa. Siap ada yang kongsikan ilmu untuk beli berbiji-biji rumah pelaburan dengan loan kerajaan.

Banyak, memang banyak peluang korang. Gunakan sebaiknya.

PS: Silakan LIKE dan SHARE artikel ini jika bermanfaat.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *