PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

3 garis panduan beli atau sewa rumah cara Islam

Selalunya, kita akan kaji segala aspek luaran sebelum membeli atau menyewa mana-mana rumah.

Dan biasanya, ini akan tertumpu kepada hal halal-haram semasa nak pilih jenis loan rumah yang korang nak gunakan.

Mungkin ramai lagi yang belum tau pasal ni. Tergerak hati Tok nak cover. Dah memang tanggungjawab Tok pun.

Islam jugak ada senaraikan garis panduan tersendiri untuk asas reka bentuk untuk ruangan kediaman.

Nak tau? Hadamkan perkongsian ilmu yang Tok baca dekat blog Iluminasi ni.

Kita mesti nak hidup dalam rumah yang diberkati-Nya, bukan takat nak berlindung daripada panas dan hujan je.

Halal-haram, bukan takat terhad dekat loan rumah je

Sebuah rumah atau kediaman, adalah salah satu perkara asas yang diperlukan

dalam kehidupan.

Ia merupakan kawasan sebagai ruang privasi, berehat, dan juga berfungsi sebagai tempat perlindungan.

Dalam kehidupan berkeluarga, ketua keluarga wajib untuk menggalas tanggungjawab sediakan kediaman yang selesa untuk pasangan dan anak-anak.

Biasanya dalam isu pembelian rumah, ramai yang hanya membuat pertimbangan halal-haram bila tiba nak pertimbangkan pembiayaan perumahan (housing loan).

Dan ramai jugak yang tak pilih untuk gunakan pinjaman konvensional kerana tak patuh syariah.

Tambah pula, kena ikut syarat serta bayar faedah pinjaman yang kadangkala, agak cekik darah.

Tapi, adalah rumah yang korang nak beli (atau sewa) tu, juga patuh syariah dari segi binaan?

Beli atau sewa? Dua-dua boleh guna ilmu ini

Selain mengira berapa berapa bilangan bilik dan keluasan tapak rumah, sesetengah orang akan ambil kira kedudukan ‘feng shui’ rumah tu.

Dan ada jugak yang melihat infrastruktur kemudahan di kawasan berhampiran, ataupun jarak untuk ulang-alik ke tempat kerja.

Islam dah pun senaraikan garis panduan tersendiri untuk asas reka bentuk bagi ruang kediaman.

Dan kalau sebelum ni korang memilih rumah berdasarkan nilai estetik (atau jangkaan harga rumah tu yang akan naik pada masa depan), kami kongsikan ciri-ciri rumah patuh syariah sebagai panduan bersama.

Tak kisah la korang nak beli atau sekadar nak sewa ke, boleh gunakan ilmu ni sebelum buat sebarang keputusan ya.

Apa konsep kediaman yang seorang Muslim harus tahu?

Islam tekankan 3 konsep utama semasa memilih rumah atau membina rumah kediaman:

#1: Konsep perhubungan

Hubungan individu

Seseorang individu perlu berikan ruang peribadi dan terlindung, untuk buat aktiviti harian seperti mandi, bersolat, membuat kerja-kerja peribadi, dan sebagainya.

Hubungan kekeluargaan – Tanggungjawab kepada ibu bapa

Anak-anak (terutama sekali anak lelaki), dipertanggungjawabkan untuk menjaga hubungan dengan ibu-bapa, lebih-lebih lagi apabila orang tua tak sihat atau terlantar sakit.

Sebab tu, sebuah rumah harus ada ruang yang sesuai untuk:

  • Mandikan orang tua yang sedang sakit,
  • Ruang untuk mereka beribadah, dan
  • Kemudahan lain untuk orang kurang upaya seperti ruang untuk laluan kerusi roda dan sebagainya.

Hubungan kekeluargaan – Penambahan bilangan ahli keluarga

Bilik atau ruang yang secukupnya perlu difikirkan lebih awal untuk pelan jangka masa panjang, seperti berlaku penambahan bilangan ahli keluarga atau sebagainya.

Ini bukan hanya tertakluk kepada kelahiran anak semata-mata, malah kehadiran menantu atau ibu bapa yang bakal tinggal sebumbung.

Selain tu, ruang sewajarnya harus diberikan kepada pembantu rumah yang diambil bekerja.

Hubungan kekeluargaan – Hubungan sesama anak lelaki dan perempuan

Dalam Islam, anak lelaki dan perempuan wajib dipisahkan tempat tidur apabila salah seorang daripada mereka menjangkau 10 tahun.

Hubungan kekeluargaan – Ahli keluarga yang bermalam atau berziarah

Sesebuah rumah kediaman harus mampu menampung kehadiran tetamu dari kalangan ahli keluarga yang datang melawat.

Bila musim cuti sekolah atau sambutan perayaan, kemungkinan saudara yang dah berkeluarga akan datang menziarah.

Mereka juga perlukan privasi dan ruang tersendiri untuk menukar pakaian, mandi, tidur, dan sebagainya.

#2: Konsep ruang

Memenuhi keperluan ibadah

Sebagai umat Islam, korang perlu titikberatkan keperluan ibadah seharian termasuk bersolat, membaca Al-Quran, berzikir, belajar, membuat kerja, dan sebagainya.

Aktiviti beribadat akan menjadi keutamaan sebab arah Qiblat akan mempengaruhi kedudukan dan orientasi rumah, supaya mendapat ruang maksima untuk solat secara berjemaah.

Selain tu,arah Qiblat jugak akan tentukan arah pintu masuk, arah ruang tandas, kedudukan katil atau tilam, dan juga kedudukan jenazah apabila berlaku kematian.

Saiz ruang

Sumber gambar Pelan Rumah Moden 2016 1 1

Sumber gambar : Pelan Rumah Moden 2016

Kebanyakan rumah zaman moden dan pembinaan rumah tinggi seringkali dipandukan kepada seni bina barat.

Jarang ada rumah yang dibina secara spesifik khusus untuk orang Islam, dengan ruang khas musolla ataupun tawarkan bilik yang benar-benar ambil kira keperluan solat berjemaah.

Susun atur ruang

a) Fleksibiliti

Rumah tradisional Melayu dulu, ada ruang yang fleksibel dengan susur atur secara open plan, dan mempunyai bilik berdinding tetap khusus untuk anak perempuan saja.

Perabot dekat ruangan terbuka ni boleh dialihkan mengikut kesesuaian dan keperluan.

Selalunya, langsir atau kayu pembahagi (divider) digunakan sebagai sekatan untuk wujudkan ‘bilik’ baru. Cuma, konsep fleksibel ni agak sukar didapati dalam perumahan moden zaman kini.

b) Privasi

i. Pintu masuk

Rumah yang patuh Syariah tekankan menekankan pembinaan pintu masuk, yang boleh menghadang penglihatan dari orang luar yang berdiri di pagar, ataupun di hadapan rumah.

Selain tu, pintu masuk juga tak boleh dibina betul-betul bertentangan dengan jiran di hadapan.

Cara (atau arah) bukaan pintu juga memainkan peranan dalam privasi. Pastikan ruang di belakang pintu (seperti ruang makan, ruang rehat, atau ruang tamu) tak boleh dilihat dari luar secara direct.

ii. Tingkap di tingkat atas

Tingkap di aras atas dibina hanya untuk menerima angin dan cahaya matahari.

Kedudukan tingkap ini seharusnya direka agar tak boleh melihat terus ke dalam rumah jiran.

Sekiranya tingkap atas korang boleh nampak jelas bahagian dalam rumah jiran, korang perlu menutup atau menghadangnya untuk berikan privasi dan rasa selamat kepada jiran.

iii. Tingkap bawah

Sebaik-baiknya, pembinaan tingkap pada aras bawah dibina lebih tinggi dari paras penglihatan.

Sekiranya tingkap dibina rendah, korang perlu menghadangnya dengan langsir yang tebal untuk mengelakkan pandangan dari orang luar.

iv. Laluan

Seelok-eloknya, penghuni wanita mempunyai laluan berasingan yang mudahkan mereka ke tandas atau dapur, tanpa menayang aurat mereka.

Pembinaan laluan transisi atau double circulation antara ruang tamu dan ruang peribadi, akan berikan privasi kepada penghuni rumah.

Ini bertujuan untuk menjaga aurat dan elakkan pandangan mata dari yang bukan mahram.

v. Bilik

Pembinaan bilik, perlu ambil kira aurat dan jantina para penghuni dalam rumah. Sebaik-baiknya, bilik tidur boleh dimasuki oleh penghuni wanita tanpa melalui para tetamu.

Dalam Islam juga, bilangan bilik yang perlu ada dalam sebuah kediaman adalah sekurang-kurangnya 3 buah.

Ini untuk membolehkan pengasingan mudah tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan apabila mereka menjangkau 10 tahun.

c) Tandas

i. Pintu

Pintu tandas hendaklah dibina supaya ia boleh dibuka guna tangan kanan. Oleh itu, secara automatik kaki kiri yang akan melangkah dulu untuk masuk ke tandas.

ii. Tandas cangkung

Seperti yang kita sedia maklum, Rasulullah SAW dah ajar kita dari awal cara buang air yang betul.

Tambahan pula, kajian moden juga mendapati lebih banyak kebaikan berbanding membuang air gunakan tandas cangkung daripada tandas duduk.

iii. Arah tandas

Kedudukan tandas tak boleh menghadap atau membelakangkan kiblat.

iv. Tempat berwuduk

Sumber gambar Tempuh dan Terus berdiri 1

Sebaik-baiknya, tempat berwuduk dipisahkan daripada tandas.

#3: Konsep kebersihan

Korang cari la rumah dengan sistem pembuangan sampah yang efektif, dan tak menyebabkan gangguan binatang perosak atau bau menular ke rumah jiran tetangga.

Selain tu, cuba korang perhatikan rumah pada zaman dulu.

Tandas akan terletak berjauhan dan berasingan dari bangunan rumah.

Ini sebenarnya salah satu contoh aspek kebersihan dalam Islam, sebab tandas boleh sebarkan jangkitan kuman dan bakteria ke dalam kawasan rumah.

Namun, rata-rata rumah zaman moden kini mempunyai tandas yang dibina sebelah dapur, atau bilik supaya lebih mudah diakses.

Tepuk dada, tanya iman kita

Perancang bandar dan arkitek di Malaysia yang beragama Islam mungkin akan lebih menitikberatkan pelan pembinaan rumah yang selari dengan prinsip Islam.

Tapi, garis panduan Lembaga Arkitek Malaysia  tak pernah letakkan sebarang kewajipan bagi pembinaan rumah yang berteraskan agama Islam.

Pendek kata, korang sebagai pengguna perlu tepuk dada, dan tanya iman sebelum membeli atau menyewa mana-mana rumah kediaman idaman hati.

Kalau dah nampak binaan tandas betul-betul menghadap Qiblat, elak la beli rumah macam ni.

Lain cerita kalau korang ada banyak duit untuk buat ubahsuai semula rumah tu.

Rujukan

1. Islamic Guiding Principle (Shari’ah Law) for Architectural Intrepretation of Housing.

2. Privasi Rumah Kediaman dalam Islam.

3. Prinsip Islam di Kediaman Apartmen

4. Prinsip Islam dalam Ruang Kediaman.

5. JAKIM.

6. Majalah Al-Islam

Mungkin agak mencabar nak cari rumah macam ni sekarang, tapi mesti boleh jumpa kalau korang betul-betul nak.

Mungkin satu hari nanti, akan ada pemaju yang 100% fokus membina kediaman mengikut spec agama Islam. Sama-sama kita doakan ini berlaku.

Apa-apa pun, pastikan korang jaga 3 perkara ni baik-baik ya.

Gaji bawah RM2,000 tak layak beli rumah – Masih ada harapan?

Ramai lagi yang ingat, gaji bawah RM2,000 tak layak beli rumah.

Siapa kata? Ada ilmu, semua boleh jadi dengan izin-Nya. Lagipun, ini peluang korang untuk beli rumah pertama dengan bantuan seorang pakar.

Ini peluang yang jarang-jarang datang. Daftar laju-laju dengan klik gambar bawah ni sekarang:

Jejak Kasih Hartanah Sidebar 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. zunika ismail says:

    nak tahu cara nak beli rumah jika pendapatan rendah