Korang menetap dekat Johor, tapi masih belum beli rumah lagi?
Tok nak kongsikan satu berita baik kepada korang. Percaya tak, korang boleh beli rumah banglo pada harga RM1 je?
Nampak macam ayat scammer, tapi confirm bukan. Berita ohsem ni diumumkan oleh Sultan Johor sendiri, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Nampak gayanya, seronok la orang Johor dapat beli rumah pertama yang cun pada harga yang murah. Baca sekarang pekongsian maklumat dekat blog MySumber ni.
Dengar cerita daripada sumber Tok (boleh dipercayai), ramai gila yang datang ke Galleria Kota Raya hari ini sejak 9 pagi semalam. Siapa bertangguh, dia la yang rugi.
Pengumuman projek perumahan untuk Bangsa Johor ni dibuat sempena menyambut hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-59 pada hari ini.
Projek rumah impian ini akan dijalankan bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim (YSI), dengan kerjasama Bank Rakyat.
Apa yang ditawarkan sangat menarik. Projek ini tawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai, dan lain-lain unit komersil yang ada.
Objektif utama projek perumahan mampu milik ini bertujuan supaya bangsa Johor menjadi sebuah komuniti yang memiliki kediaman sendiri.
Cuma, tak semua orang layak apply program ni. Tawaran ni terhad kepada Bangsa Johor je.
Tambahan pulak, proses pemilihan akan disaring dengan ketat serta teliti untuk pastikan yang benar-benar layak je dapat beli rumah tersebut.
Untuk korang yang berjaya nanti, korang hanya perlu deposit sebanyak RM1 untuk dapatkan pinjaman penuh atau pembiayaan pinjaman sehingga 100%.
Skim pembayaran balik jugak adalah mudah.
Kriteria untuk permohonan pembelian melalui skim ini adalah seperti berikut:
Ada 3 jenis kediaman yang korang boleh memohon melalui skim ini:
Projek ini akan dibangunkan oleh Coronade Properties Sdn Bhd, dan akan dibina atas tanah seluas 52.7 ekar di Bandar Dato’ Onn.
Ada 3 jenis kediaman yang ditawarkan:
Harga jualan pula, bermula dari RM80,000 hingga RM100,000 seunit.
Projek ini dijangka bermula pada penghujung tahun ni, dan dijangka siap pada penghujung tahun 2019.
Tok jelaskan dalam bentuk poin untuk mudahkan bacaan dan pemahaman korang:
Projek ini akan dibangunkan pemaju Bandar Baru Majidee Development Sdn Bhd, dan akan dibina atas tanah seluas 6.8 ekar di Bandar Baru Majidee.
Ini pulak projek jenis rumah high rise 2 blok setinggi 12 tingkat, dengan jumlah sebanyak 320 unit. Setiap unit seluas 1,030 kaki persegi.
Harga jual bermula kurang RM150,000. Dan projek ini dijangka bermula pada pertengahan 2017 dan dijangka siap pada penghujung 2019.
Kelebihan yang ada, sama macam yang Tok jelaskan dekat atas tadi.
Projek yang last ni pulak dibangunkan pemaju Mutiara S’City Sdn Bhd, dan akan dibina atas tanah seluas 7.99 ekar dekat area Bukit Saujana.
Jenis projek ni pulak akan mereka umumkan dalam masa terdekat. Jumlah unit yang dicadangkan adalah sebanyak 1,000 unit.
Ada 3 jenis keluasan yang akan dibina:
Projek ini dijangka akan berjalan pada pertengahan 2018 dan siap pada penghujung tahun 2020.
Untuk rumah kelas ni, korang cuma tak dapat barang-barang rumah seperti peti sejuk, mesin basuh, dan lain-lain. Pendahuluan juga bukan RM1 seperti 2 kelas rumah sebelum ini.
Maklumat tambahan yang ada? Projek ni berkonsepkan kediaman tak berpagar untuk wujudkan hubungan dalam membentuk kesejahteraan hidup.
Maklumat yang korang perlu sediakan semasa adalah seperti berikut:
Oh ya, dan pra-pendaftaran jugak tak boleh dianggap sebagai pengesahan tawaran.
Nanti, korang akan dapat SMS atau emel untuk buat pendaftaran lanjut selepas pautan pendaftaran mengikut projek dibuka.
Patutnya, pra-pendaftaran dibuat dekat Galleria @ Kotaraya semalam. Dengar cerita, memang ramai gila orang turun padang untuk mendaftar.
Dan kalau korang tak buat pra-pendaftaran, korang hanya boleh mula mendaftar seminggu selepas permohonan pra-pendaftaran dibuka.
Korang boleh mendaftar untuk program ni secara online dah. Klik sini untuk daftar sekarang.
—
Kalau benda macam ni pun korang boleh terhegeh-hegeh nak daftar, Tok tak tau apa lagi nak cakap apa lagi kat korang.
Semua benda nak senang dan bersuap pun susah jugak. Selesa betul hidup korang tu.
Gunakan kelebihan ni sebaik-baiknya. Kita pun tak tau akan ada atau tak projek macam ni pada masa depan. Untuk segala kelebihan yang ada sekarang ni, sila hargai sebaik mungkin.
Ramai pilih untuk melabur dalam hartanah sebab banyak benda yang kita (pelabur) boleh kawal. Tak macam instrumen pelaburan yang lain.
Ada sebab ramai pelabur suka beli rumah dalam pasaran tertiari (secondary market). Dan ada sebab yang kuat mereka bertindak macam ni.
Sebab apa lagi? Mana lagi peluang untuk beli rumah dan dapat banyak duit pada masa yang sama? Klik link bawah ni sekarang untuk belajar: