deposit rumah pertama yang diperlukan

Kumpul Deposit Rumah Pertama Dalam 6 Bulan (Cara Gila Tapi Menjadi!)

Korang selalu mengadu kat Tok, “Tok, gaji saya habis kat makan je, macam mana nak simpan deposit rumah pertama?” Dengar sini baik-baik strategi yang Tok nak kongsikan.

Kalau kau jenis yang tak boleh hidup tanpa kopi kayangan setiap pagi, Tok cadangkan baik kau tutup artikel ni sekarang. Tapi kalau kau jenis yang dah nekad nak ada kunci rumah sendiri dalam masa 6 bulan dari sekarang, Tok nak ajar cara “hardcore” macam mana nak penuhkan tabung deposit kau tu.

Atau mana tahu kau boleh beli rumah pertama dengan deposit bawah RM3,000 sahaja. Amacam, okay ke okay?

Realiti Deposit Rumah Pertama: Berapa Banyak Sebenarnya Kena Ada?

Sebelum kau nak beli rumah pertama, kau kena tahu nombor yang kau nak kejar. Secara tradisinya, kau kena ada 10% daripada harga rumah. Kalau rumah harga RM300,000, depositnya RM30,000.

“Banyak tu Tok! Mana nak cekau?”

Sabar, jangan gelabah. Tok nak habaq ramai anak muda luar sana termasuk kau, spesies sama macam si Adam. Dia ingat nak beli rumah pertama ni kena ada berkoyan-koyan duit dalam bank baru boleh mimpi nak pegang kunci. Akhirnya, Adam pun “healing” tak sudah sebab kecewa simpanan tak pernah cukup.

Betul tak, kau pun sama?

Padahal, kalau dia kenal si Amir, dia akan tahu realitinya jauh beza. Amir ni jurutera, gaji dah sedap dalam RM5,000-RM6,000 macam tu tapi dia pun pening nak cari RM40,000 tunai kalau nak sambar rumah harga RM400,000.

Tapi bezanya, Amir tak putus asa. Dia pergi mengaji ilmu hartanah sampai dia faham satu rahsia besar: Modal kau bergantung pada jenis rumah yang kau beli.

Tok nak kau tengok perbezaan modal ni supaya kau tak jadi macam Adam yang asyik termenung tu:

kos deposit beli rumah pertama

Nampak tak beza dia? Langit dengan bumi, dik!

Kenapa Amir Pilih Rumah Developer?

Bagi korang yang nak beli rumah pertama tapi modal ciput, Tok cadangkan rumah under-con atau projek baru ni adalah jalan pintas paling selamat.

Sebab apa?
Sebab sekarang ni banyak pemaju buat skim “Zero Downpayment”.

Mereka bagi rebat 10% untuk tutup lubang deposit tu. Jadi, bila bank bagi loan 90% campur dengan rebat pemaju 10%, kau dah dapat pembiayaan 100%! Sebab tu si Amir boleh senyum lebar. Dia tak payah tunggu bertahun-tahun nak kumpul RM40,000 macam Adam.

Dia cuma perlu cari rumah yang kena dengan kelayakan gaji, bayar booking sikit, dan terus sign SPA (Sale and Purchase Agreement). Kalau tengok jadual tu, Amir cuma perlu bayar RM3,000 sahaja maksimum sebagai booking fee. Dan kau pun boleh buat perkara yang sama!

Guna Duit Orang Lain (OPM) Untuk Deposit Rumah Pertama

Okay, tadi Tok dah cerita tentang jenis rumah yang kau boleh beli. Sekarang ni, siapa cakap nak beli rumah pertama kena guna duit simpanan sendiri sampai kering akaun bank?

Itu cara lama, cara orang yang tak ada ilmu. Dalam dunia hartanah, kita ada teknik OPM (Other People’s Money). Kita guna “duit orang lain” secara sah untuk bina aset kita sendiri. Eh, macam mana tu?

Ini teknik yang Tok selalu pesan kat anak murid Tok kalau nak cukupkan deposit rumah pertama dengan cepat:

A. Akaun 2 KWSP (Duit “Tabung Sakti” Kau)

Ini hak kau, hasil titik peluh kau bekerja. Jangan biarkan duit tu terperam saja dalam tabung haji atau KWSP kalau kau masih menyewa. Kau boleh keluarkan duit Akaun 2 untuk tujuan beli rumah pertama, sama ada untuk bayar deposit atau kurangkan baki pinjaman.

Tips Tok: Ramai yang ingat kena tunggu rumah siap baru boleh keluar duit ni. Silap! Sebaik saja kau sign SPA (Sales and Purchase Agreement), kau dah boleh proses pengeluaran ni. Ini “talian hayat” paling besar untuk kau yang tak ada simpanan tunai berkepuk-kepuk.

B. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Ini berita gembira untuk korang yang kerja freelance, peniaga kecil, atau gaji tak tetap. Kalau kau tak ada deposit rumah pertama yang cukup (10%), skim ni boleh bagi kau margin pembiayaan sehingga 100% atau lebih!

Kerajaan jadi “penjamin” kau. Jadi, simpanan 6 bulan yang kau buat tu tak payahlah habis kat deposit. Kau boleh fokus guna duit tu untuk kos valuation, legal fees, atau buat beli perabot sikit-sikit.

C. Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Ini dia satu lagi lubuk untuk kau dapat loan 100%. Tak payah pening kepala nak kumpul 10% cash yang berpuluh ribu tu. SRP ni memang direka untuk bantu anak muda yang bekerjaya tapi “sesak” nak sediakan modal awal.

Walaubagaimana pun, teknik OPM ni bukan bermaksud kau boleh berhutang sesuka hati. Kau kena pastikan aliran tunai kau tetap positif. Guna duit orang lain untuk beli aset, jangan guna untuk beli liabiliti!

Nasihat Tok

Kumpul deposit rumah pertama dalam masa 6 bulan memang nampak gila dan susah kalau kau jadi macam Adam yang asyik fikir “tak mampu”. Tapi ia tak mustahil kalau kau ada jadi macam Amir, cari ilmu, fahamkan jenis hartanah, dan bertindak ikut bajet poket sendiri.

Fokus pada matlamat. Bayangkan raya tahun depan kau dah boleh buat open house kat rumah sendiri, bukan lagi kat rumah sewa yang tuan rumahnya asyik tanya pasal duit sewa.

Tambah pulak, kau nak deposit rumah pertama yang berpuluh ribu ke, atau yang harga sebuah telefon pintar? Pilihan ada kat tangan kau.

Last update: