
Ramai yang ‘cuak’ nak beli rumah pertama. Antara sebab utama, adalah tak tahu cara yang betul.
Ye la. Kalau nasib tak baik, duit ribu-ribu Ringgit boleh lesap macam tu saja. Beli rumah, bukan murah.
Tapi tak elok jugak kalau lama sangat menunggu. Harga rumah takkan turun pun.
Jangan risau. Buat korang yang baru nak bermula, ini ilmu pertama yang patut korang ada.
Prosedur beli rumah mungkin asing bagi korang yang bercadang membeli hartanah pertama.
Membeli hartanah secara amnya, melibatkan 5 langkah:
Mengetahui prosedur adalah penting kerana ianya dapat:
Dalam tutorial kali ini, saya akan berkongsi tentang jangkamasa dan prosedur membeli hartanah.
Korang dah bersedia bersedia untuk membeli rumah, kalau cukup syarat di bawah ini:
Setelah memilih hartanah untuk dibeli, korang akan menandatangani surat tawaran.
Korang dinasihatkan supaya meneliti terma-terma dalam surat tawaran tersebut.
Korang juga akan membuat bayaran sebanyak 3% sebagai wang tanda jadi, atau booking fee dekat agensi hartanah.
Agensi hartanah akan bertindak sebagai pemegang amanah. Ini bagi memastikan wang diurus dengan selamat dan adil.
Apabila tawaran dipersetujui pemilik, kita perlu mendapatkan pinjaman jika belian dibuat melalui pembiayaan.
Selain itu, kita juga perlu mendapatkan khidmat guaman untuk mengurus pindah milik hartanah dan pinjaman.
Untuk kemudahan, kebanyakan ejen hartanah boleh membantu untuk menghubungkan pembeli dengan peguam dan juga jurubank.
Peguam ni ada kepakaran masing-masing.
Seeloknya pilihlah yang berpengalaman dalam mengurus jual beli hartanah.
Jangan tergesa-gesa dalam memilih. Terutama kalau kita pakai pinjaman kerajaan yang perlukan banyak bantuan dari mereka. Minta pendapat rakan taulan atau perunding hartanah.
Untuk mereka yang berkerja tetap, berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan untuk memohon pinjaman perumahan dan juga untuk tujuan guaman:
Dalam tempoh 14 hari berkerja selepas surat tawaran dipersetujui, anda dan pemilik akan menandatangani perjanjian jual beli atau Sales and Purchase Agreement (S&P).
Kita juga perlu membuat bayaran baki 7% kepada peguam. Wang tanda jadi 3% ditambah dengan baki 7% ini menjadi deposit 10% untuk rumah tersebut.
Kemudian, proses pindah milik bermula. Proses ini diurus dengan bantuan peguam dan perlu diselesaikan dalam tempoh 90 hari.
Bayaran baki 90% harga hartanah juga perlu dibuat oleh kita atau bank dalam tempoh ini.
Untuk hartanah berstatus hakmilik kekal atau ‘freehold’ tempoh 90 hari ini bermula dari tarikh perjanjian jual beli.
Ini adalah berbeza untuk hartanah selain freehold. Contohnya hartanah:
Pindah milik untuk hartanah ini perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa negeri atau pemaju.
Proses ini boleh memakan masa antara 1 hingga 6 bulan. Tempoh 90 hari untuk menyelesaikan pindah milik hanya bermula setelah kebenaran diperoleh.
Kalau proses pindah milik dan bayaran 90% baki harga hartanah tak diselesaikan dalam tempoh 90 hari, pembeli akan diberi tempoh tambahan 30 hari.
Dalam tempoh ini pembeli dikenakan penalti, amnya pada kadar faedah 8% setahun.
Setelah kesemua proses ini selesai, pembeli akan menerima kunci rumah daripada pemilik.
—
Macam mana? Masih rasa susah lagi ke nak beli rumah?
Tok yakin korang semua orang yang bijak belaka, yang nak ubah nasib kewangan diri sendiri dan keluarga. In Shaa Allah dengan ilmu ini, korang lebih berani bertindak selepas ini.
Normal. Manusia takut pada sesuatu perkara yang mereka tak tahu. Dan sekarang, korang dah tahu. Tok yakin korang dah tak takut macam dulu. Jadi, tunggu apa lagi?
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]