PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Mahu beli rumah untuk duduk sendiri. Baca panduan ini

Tak semua orang berminat nak melabur dalam hartanah.

Bagi mereka, dapat satu rumah untuk duduk pun dah sangat sangat sangat okay.

Kemudian kerja macam biasa untuk bayar ansuran bulanan sampai tamat pembiayaan.

Ia tidak salah. Malah tidak juga berdosa. Yang penting, beli rumah.

Beli secara tunai

Kalau nak beli rumah untuk duduk sendiri dan tak nak fikir pasal pelaburan.

Simpanan ada RM150,000. Sekatilah nak beli secara tunai pun. Senang lepas ni tak payah fikir pasal ansuran bulanan dah.

Cuma, kalau dapat kat pelabur hartanah, dengan tunai banyak tu, boleh beli lebih 4 buah rumah.

Macam-macam game plan boleh buat. Subsale ke, underconstruction ke, lelong ke, flip ke, cashflow ke, kan.

Kalau pandai lagi, boleh pelbagaikan pelaburan. Guna duit tu labur dalam ASB, unit trust, Tabung Haji dan lain-lain.

Memang lain cara fikir pelabur sebab matlamat dalam kepala dia, nak kembangkan modal yang sedia ada.

Tempoh pembiayaan pendek

Kalau nak beli rumah duduk sendiri, terpulanglah nak ambil 10 tahun tempoh pembiayaan ke, 20 tahun ke, 35 tahun ke. Sebab, lagi cepat habis bayar, lagi cepat mereka bebas hutang. Tapi ansuran bulanannya tinggilah.

Contoh perbezaan ansuran bulanan pembiayaan RM200,000 untuk tempoh 10, 20 dan 35 tahun ada dalam gambar di bawah.

Kadar keuntungan bank tu adalah sekadar panduan sahaja. Kunjungi cawangan bank berdekatan untuk maklumat lanjut.

35 tahun pembiayaan.

35 tahun pembiayaan.

20 tahun pembiayaan.

20 tahun pembiayaan.

10 tahun pembiayaan.

10 tahun pembiayaan.

“ANSURAN BULANAN UNTUK RUMAH DUDUK SENDIRI TAK LEBIH 30% DARIPADA GAJI BULANAN ANDA.”

Takut-takut nanti terbeban sangat nak bayar kalau tinggi sangat bayarannya. Tak dapat bayar, rumah kena lelong pula.

Tapi untuk pelabur hartanah, sebaiknya ambil semaksimum yang mungkin, 35 tahun. Supaya ansuran bulanan jadi rendah.

Jadi komitmen tak tinggi sangat, boleh beli rumah lagi dan lagi. Malah, lagi senang dapat aliran tunai positif tau.

Makanya, ukurlah baju di badan sendiri. Nak beli rumah untuk duduk sendiri pun kena ada ilmu.

Anda nak beli rumah tau. Bukan nak beli biskut raya. Jangan tersilap langkah.

Tapi, sejujurnya saya masih berpegang pada prinsip “rumah pertama, biarlah rumah pelaburan” dan “beli rumah dengan pembiayaan lebih baik daripada beli tunai”. Nak ikut, boleh ikut. Tak suka, boleh abaikan perenggan ni. Haha.

Masih keliru nak duduk sendiri atau pelaburan

Kalau tanya saya, mana yang lebih baik, jawapan saya mestilah rumah pertama untuk pelaburan dengan menyewakannya kepada orang lain.

Hasil sewaan tersebut boleh dibuktikan sebagai income dan boleh membantu untuk kelulusan rumah kedua pula.

Beli rumah kedua, kemudian sewakan juga. Jadikan hasil sewaan rumah kedua juga sebagai income untuk membantu anda beli rumah ketiga.

Beli pula rumah ketiga, sewakan juga. Pasti boleh membantu untuk beli rumah keempat.

Saya bagi contoh mudah, anda layak untuk beli rumah berharga RM200,000 dengan bayaran bulanan RM900.

Andaikan ini adalah kelayakan maksimum anda dan rumah tersebut adalah rumah pertama anda.

➡ Duduk sendiri

Kalau anda duduk rumah RM200,000 tersebut, anda tak mampu dah nak beli rumah kedua kerana anda tidak mendapat aliran tunai daripada ansuran RM900 yang anda bayar setiap bulan. RM900 adalah komitmen anda dengan bank. Bagi saya, ia adalah liabiliti.

 Pelaburan dan disewakan

Kalau anda sewakan rumah RM200,000 tersebut dengan kadar RM1100, anda mendapat aliran tunai positif sebanyak RM200 setiap bulan.

Ansuran RM900, bukan anda yang bayar, tapi penyewa yang TOLONG bayarkan. Ulang langkah ini untuk beli rumah ketiga, keempat, kelima sampai muntah.

“JADI, BILA SAYA BOLEH DUDUK RUMAH SENDIRI?”

Terpulanglah. Anda yang merancang hidup anda. Yang saya kongsikan di atas adalah konsep dan idea, anda sesuaikanlah dengan situasi hidup dan kewangan sendiri.

Kalau anda memang tak nak terlibat dengan pelaburan hartanah, takkan saya nak paksa anda sewakan rumah pertama anda kan?

Betul? – Oleh Harith Faisal

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *