3 kriteria wajib yang anda perlu tahu sebelum beli hartanah untuk elak tersalah beli
Tok Penghulu
March 1st, 2021
No Comments
Nak cari hartanah yang selamat tidaklah susah seperti beli untuk pelaburan. Namun, masih ramai yang tersalah beli dan pening kepala terpaksa “bela” rumah kediaman itu untuk jangka masa yang lama.
Macam mana anda nak tahu mana satu rumah itu ok atau tak?
Hari ini Tok nak kongsikan 3 kriteria asas dalam pelaburan hartanah yang membuatkan rumah itu selamat dibeli untuk pelaburan.
3 KRITERIA ASAS DALAM PELABURAN HARTANAH
Kriteria 1 : PELBAGAI JENIS SEWAAN(Multiple rental options)
Segmen penyewa yang pelbagai : keluarga, pelajar, pekerja professional
Kawasan tersebut mempunyai penduduk tempatan dan expat
Mempunyai jenis penyewaan dari pelbagai jenis (Short , medium & long term)
Sewa mengikut bilik
Sewa mengikut individu
Sewa bagi bujang
Airbnb
Co-living
Kriteria 2 :HARGA MEDIAN
Ketahui perbezaan nilai harga median bagi hartanah tersebut dengan hartanah yang berada di Kawasan yang sama.
Adakah anda membeli harga rumah yang baru lebih berbaloi dari harga yang lama
Kriteria 3 : TINGGAL SENDIRI
Selesa untuk tinggal sendiri : anda tidak ada masalah untuk duduk di rumah tersebut : dekat dengan Kawasan kerja, selamat dan selesa.
Boleh di sewakan : Sekiranya anda perlu berpindah, anda boleh menyewa rumah tersebut tanpa rugi
Boleh di jual : sekiranya anda tidak lagi mahu tinggal disitu, tidak lagi mahu menyewakan pada penyewa, anda tidak ada masalah untuk menjualnya pada masa akan datang.
Anda sedang mencari rumah yang boleh menepati 3 kriteria pelaburan yang selamat seperti di atas tapi tak tahu macam mana dan kat mana nak cari?
Berita baik untuk anda, kami telah membuat kajian untuk mencari hartanah-hartanah yang menepati 3 kriteria pelaburan hartanah yang selamat untuk dibeli atau di miliki.
Jemput isikan maklumat anda. Team kami akan hubungi anda dalam masa 3 hari berkerja.