Rugi kalau seorang penjawat awam tak gunakan peluang yang mereka ada untuk beli rumah. Tambah lagi boleh beli rumah dengan loan 100%.
Kalau tahu strategi yang betul, anda boleh beli rumah ketiga dengan loan 100% pulak tu.
“Biar betul Tok saya dapat beli rumah ketiga dengan loan 100%? Bukan ke rumah ketiga loan 70% je?”
Mungkin ramai orang ‘gomen’ belum tahu yang anda ada kelebihan ini.
Jemput baca sampai habis perkongsian Tuan Irwan Zainal ni. Anda pasti suka tahu kelebihan yang orang ‘gomen’ ada.
*Anda boleh juga lihat video dan perbincangan menarik tentang topik ini antara Tuan Irwan Zainal dan Tuan Azmi (Pekerja di LPPSA yang lebih 20+ tahun pengalaman mengendalikan kes LPPSA)
Bagi anda yang mengambil skim pencen, pinjaman LPPSA yang anda boleh dapat adalah sehingga umur 90 tahun. Berbanding dengan orang yang mengambil skim KWSP, pinjaman LPPSA adalah berdasarkan tempoh bersara.
Kalau anda nak mohon pinjaman di bank komersial, pihak bank akan melihat senarai komitmen yang anda ada sekarang. Contohnya anda ada pinjaman kereta dan personal loan, ini bakal mengurangkan kelayakan anda untuk memohon pinjaman rumah.
Berbeza dengan pinjaman LPPSA pula. Pinjaman LPPSA hanya melihat berdasarkan slip gaji anda.
Untuk pinjaman LPPSA, anda boleh membuat pinjaman sehingga 100%. Namun, ada hartanah yang memerlukan deposit terlebih dahulu. Contohnya deposit 10%. Deposit ini perlu dibayar terlebih dahulu dan LPPSA akan ganti kemudian melalui peguam LPPSA.
Untuk pengetahuan anda, rumah pertama dan rumah kedua anda boleh dapat pinjaman sebanyak 90%. Untuk rumah ketiga pula anda hanya akan dapat sebanyak 70%. Ini kalau ketiga – tiga rumah anda beli menggunakan bank komersial.
Orang yang ada kuota pinjaman LPPSA sangat special sebab mereka boleh beli rumah ketiga dan dapat pinjaman 100%. Caranya begini:
Rumah pertama : Bank komersial (90 %)
Rumah kedua : Bank komersial (90 %)
Rumah ketiga : Pinjaman LPPSA (100%)
Bila anda nak memohon pinjaman dengan bank komersial, pihak bank akan tengok:
Kalau anda nak mohon pinjaman LPPSA, ia tidak ambil kira jika anda ada rekod buruk CCRIS / CTOS.
Bank komersial biasanya akan mengenakan bayaran faedah setiap bulan untuk hartanah yang sedang dalam pembinaan. Namun untuk LPPSA pula tidak dikenakan sebarang cas kepada peminjam.
Yang ni item terbaru mengikut Bajet 2021. Sekiranya anda mengambil pinjaman LPPSA untuk tahun 2021 – 2022, anda akan mendapat insurans kemalangan secara percuma sebanyak 100K. Details ni ada dibentangkan dalam Bajet 2021 namun perinciannya masih belum ada setakat ini.
Mungkin anda tertanya – tanya berapa amaun kelayakan maksimum yang anda boleh dapat. Anda boleh rujuk jadual di bawah.
Untuk mengira berapa pembiayaan LPPSA, anda boleh gunakan Kalkulator Pembiaayan LPPSA ini.
Link : Kalkulator Pembiayaan LPPSA
Contoh:
–
Semoga anda dapat banyak manfaat lepas habis baca perkongsian ilmu Tuan Irwan Zainal ni.
Ada kawan atau keluarga anda yang berkhidmat di sektor kerajaan? Silakan SHARE artikel ini biar mereka pun tahu pasal ni.
P/s : Anda nak belajar lebih lagi tentang pelaburan hartanah? Jemput klik link ini sekarang : Pelaburan Hartanah
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]