PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Berapa Base Rate (BR) bank di Malaysia selepas penurunan OPR?


Pada 5 Mei 2020, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 50 mata asas kepada 2.00 peratus. Berikutan itu, kadar tertinggi dan terendah OPR masing-masing dikurangkan kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Bila BNM buat pengumuman ni, maka ramai marhaen tertanya-tanya satu soalan ini: 

“Berapa BR terbaru bank kat Malaysia ni selepas penurunan OPR?”

Nah. Buat yang tengah mencari, Tok sajikan jawapan terbaik untuk korang. Hadamkan tanpa was-was. 

Ini dia, kadar Base Rate bank di Malaysia terkini

Tanpa lengahkan masa korang, Tok sajikan kadar Base Rate (BR) terbaru untuk tatapan korang. Tok dapat makumat ini melalui pengumuman dari Bank Negara Malaysia.

base rate terkini
base rate terkini 2

Korang boleh klik dan save gambar kat atas ni, dan kongsikan pada kawan-kawan yang nak beli rumah tahun ini. 

Lepas habis baca, rajinkan diri buat survei kat bank yang korang nak meminjam dan dapatkan kadar ELR mereka. Baru boleh buat keputusan terbaik mengikut situasi masing-masing.  

“Kalau pinjaman fixed rate, terkesan jugak ke Tok?”

Perubahan kadar OPR beri kesan kepada Base Rate (BR) dan Base Lending Rate (BLR, atau BFR – Base Financing Rate) bank yang ada di Malaysia. 

Pada masa yang sama, peningkatan (atau penurunan) ini juga mempengaruhi jumlah ansuran bulanan yang dibayar bila korang buat pinjaman perumahan. 

Kalau awal-awal lagi korang ambil loan jenis fixed rate (kadar terapung), korang tak perlu risau. Korang hanya perlu servis kadar faedah yang tetap walaupun kadar OPR berubah. 

Tapi kalau korang ambil loan dengan kadar faedah terapung (floating rate), ini yang korang wajib tahu. 

3 perkara anda wajib tahu sebelum pilih loan rumah

Fungsi penurunan OPR ni adalah untuk beri suntikan kepada ekonomi negara, dan buatkan penduduk di Malaysia lebih rancak membuat pinjaman. 

Ini berita baik buat korang yang sedang shopping (mencari) bank terbaik untuk memohon pinjaman perumahan. 

Cuma, ada beberapa perkara yang korang kena tahu: 

#1: BR rendah, tak semestinya ELR (Effective Lending Rate) sama rendah

Korang kena rajin buat perbandingan kadar ELR setiap bank yang ada di Malaysia. Sebagai peminjam, ini perkara yang korang WAJIB buat. 

#2: “Boleh nego lagi tak?”

Nilai BR mungkin tetap dan tak berubah. 

Tapi korang masih boleh berunding dengan bank untuk menetakan kadar spread atau faedah dalam mendapatkan ELR yang terbaik. 

Cuma, nak dapatkan ini, kena pastikan CTOS dan CCRIS korang cun melecun la. Suka atau tak, bank akan tengok profil risiko korang sebagai peminjam. 

#3: Minta Product Disclosure Sheet (PDS) kat banker

Kenapa kena mintak? Sebab semua maklumat tentang ELR terkandung dalam ni. Lepas baca, korang akan tahu berapa banyak jumlah yang korang kena bayar. 

Kalau nak tahu lebih, korang boleh rajinkan diri tanya banker apa faktor yang beri kesan kepada perubahan BR. 

Dan satu lagi perkara penting. Korang juga kena buat pertimbangan kalau ELR meningkat pada masa depan. Kalau naik tinggi sangat dan melebihi bajet yang korang mampu, koyak pulak nak bayar, kan? 

OPR turun, bukan situasi yang indah semata

Betul, bayaran ansuran bulanan akan menurun. Tapi, ini akan berikan kesan kepada keuntungan yang dibuat dalam simpanan tetap (fixed deposit) dan juga akaun simpanan (saving account). 

Pendek kata, kalau OPR naik, kadar faedah yang bank kenakan kepada peminjam akan meningkat. Benda yang sama juga akan berlaku kalau OPR turun. Senang je nak faham, kan?

Mohon kongsikan (share) perkongsian ini supaya lebih ramai dapat manfaat. Nampaknya, 2020 adalah tahun terbaik untuk korang beli rumah. Setuju? 

Nota: Nak tahu lebih lanjut tentang Base Rate? Klik sini dan baca sekarang.

Baca juga: Ini akibat kalau korang ‘kantoi’ bayar ansuran bulanan pinjaman perumahan. Klik sini dan baca sekarang.

Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook terbaru GH

Comments are closed