8 tempat meeting best di TTDI yang ada kopi sedap

| |

Orang dalam rumah anda bising ke? Wifi di rumah sekarang tak cukup kuat untuk buat kerja? Anda tak cukup motivasi untuk habiskan kerja di rumah?

Rasanya anda perlukan tempat kerja lain yang ada wifi.

Sekarang ini, kalau ada laptop dan wifi, dah cukup untuk buat kerja. Kalau ada ‘a good cup of coffee’, lagi bagus! Walaupun anda boleh pergi ke mana-mana untuk buat kerja, lebih bagus kalau ‘coffee shop’ pilihan anda ada wifi yang bagus, meja dan kerusi yang selesa, toilet yang berdekatan, dan makanan (kalau dah duduk berjam-jam, mesti lapar kan?).

Sebab ini, kami dah senaraikan tempat- tempat kerja/ meeting/ lepak yang best di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Sumber gambar : Artisan Roast Coffee

Artisan Roast Coffee 

Artisan adalah salah satu coffee shop yang paling tua dan lama di TTDI. Siapa yang duduk di TTDI, mesti tahu tempat famous ini. Mereka adalah salah seorang ‘pioneer’ dalam industri kopi di KL. Kopi di sini special sebab mereka ‘roast’ coffee bean mereka sendiri. 

Kebanyakan coffee shops lain beli supply coffee beans yang dah siap ‘roasted’. Selain dari coffee yang sedap, dessert homemade mereka juga sedap. Tempat ini ala-ala rustic vibes dihiasi dengan perabot kayu. Sesuai untuk orang yang suka buat kerja dalam mood gelap sambil dengar lagu yang sedap. Tapi kalau datang masa hujung minggu, tempat ini agak ramai dan tak sesuai untuk buat kerja. Kalau anda datang sini, jangan terkejut lah kalau ternampak ‘influencer’ datang lepak di sini.

Alamat: 4, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Selangor

No. telefon: 03-7733 6397

Sumber gambar : Thursdvys

Thursdvys 

Kalau anda nak meeting dengan seseorang kemudian nak sambung kerja balik, tempat ini sesuai untuk anda. Tempat dia tak bising, tapi tak senyap juga. Walaupun tempat dan perabotnya agak gelap, di sini penuh dengan ‘positive vibes’, ibarat cafe hipster yang penuh dengan orang yang lepak dengan kawan. 

Coffee dan lagu mereka pun best. Dan kalau anda jenis yang cepat lapar, di sini ada makanan seperti spaghetti, nasi, spicy ramen dan desserts. Sambil meeting, boleh kunyah sekali.

Alamat: 22, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. telefon: 03-7733 6722

Sumber gambar : Common Man Coffee Roasters

Common Man Coffee Roasters

Kalau anda nak tukar ‘scenery’ dan vibe kepada sesuatu yang lebih ‘classy’ dan ‘sophisticated’, anda boleh buat kerja di sini. Walaupun namanya macam coffee shop, vibe di sini sebenarnya lebih kepada restoran atau bistro. Mereka famous dengan coffee sebab mereka ‘roast’ coffee bean mereka sendiri. 

Kalau datang kerja dekat sini, jangan lupa untuk cuba pancake mereka. Tempat ini sesuai untuk orang yang tak suka buat kerja dalam keadaan bising. Untuk meeting juga sesuai sebab tempat duduk mereka sesuai untuk duduk beramai-ramai.

 Alamat: Plaza Vads, A-G-1 New Podium, 1, Jalan Tun Mohd Fuad, 60000 Kuala Lumpur

No. telefon: 03-7731 7095

Sumber gambar : The Other Half

The Other Half

The Other Half ini satu cafe yang menarik. Kalau anda jenis yang suka buat kerja dekat tempat yang terang, ini lah tempatnya. Sebab cafe ini memang dikelilingi dengan kaca, jadi tak ada satu tempat pun yang tak dapat cahaya matahari. 

Cuma, kalau pergi tempat ini masa orang ramai, agak susah untuk buat kerja sebab bising. Co-founder tempat ini pernah jadi barista di sebuah cafe di Melbourne. Jadi, sudah tentu lah coffee mereka sedap. Sambil buat kerja, kalau rasa lapar, mereka juga hidang makanan.

 Alamat: 2-1 Greens Terrace, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. telefon: 03-2771 6221

Sumber gambar : Craft Origin

Craft Origin

Cafe ini tempat, perabot dan konsepnya sangat simple. Kalau anda nak pergi kerja dekat tempat yang tak ramai orang, anda boleh datang sini. Tak ramai yang pergi sini. Kebanyakan yang datang pun, memang untuk bekerja jadi anda boleh buat kerja dengan aman sambil menikmati coffee anda. 

Mereka juga ‘roast’ coffee bean mereka sendiri. Kalau anda datang masa lunch time, anda boleh dapat harga promo untuk coffee dan satu set makanan jadi lunch anda pun ‘settled’ dah sambil nak habiskan kerja itu.

Alamat: 9, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. telefon: 012-689 6841

Sumber gambar : FR Copper

FR Copper

Cafe ni masih baru jadi tempatnya pun lawa. Kalau anda jenis yang suka buat kerja dekat tempat yang terang dan ‘comfortable’, boleh datang ke sini. Orang yang datang pun tak ramai sangat jadi anda boleh buat kerja dengan aman. Tempat ini ada deko style minimalis dan serba putih. Selain dari coffee yang sedap, mereka juga ada hidang ‘pastry’ dan dessert. Anda boleh datang sini untuk breakfast, kemudian sambung kerja terus di situ.

 Alamat: 117, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. telefon: 012-958 0788

Common Ground Coworking Space

Tak sanggup nak pergi dari cafe ke cafe dah? Anda boleh sewa tempat kerja terus. Coworking space macam Common Ground ni banyak kelebihan dia. Konsep coworking space di sini maksudnya anda ada kelebihan untuk sewa satu tempat atau sewa per kepala untuk kerja di tempat yang didedikasikan untuk kerja dengan jadi ahli member mereka. 

Selain itu, ada juga kemudahan printer, meja dan kerusi yang selesa, tempat yang aman, meeting room, dan benefits lain. 

Kalau anda jenis yang inginkan kestabilan dan keamanan masa kerja, anda boleh tengok tempat coworking space ini.

 Alamat: Level 11, Menara KEN TTDI, No, 37, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

No. telefon: 03-7735 0070

Sumber gambar : WORQ Coworking Space

WORQ Coworking Space

Selain dari Common Ground, anda juga ada lagi satu pilihan untuk coworking space di TTDI iaitu WORQ TTDI. Anda boleh sewa per hari atau per bulan (mengikut pakej yang mereka ada sekarang). Anda dah tak perlu risau kalau laptop dan barang anda akan dicuri setiap kali anda pergi ke tandas lagi, tak macam kerja di cafe. Selain kelebihan meeting room, printer, pantri, tempat ini juga sediakan kelebihan event space. Kalau anda jenis yang suka buat kerja di satu tempat dan tak perlu risau tentang barang anda, anda boleh cuba kerja di coworking space.

Alamat: Lot 1.02 Level 1, Glo Damansara Shopping Mall, 699, Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

No. telefon: 010-767 6704

Menarik kan semua tempat ni? Kalau anda berminat untuk singgah, boleh terus search tempat yang Tok kongsikan ni ya?

“Harga rumah makin mahal. Mampu tak saya nak beli rumah ni?” 

Mesti ada di antara anda terfikir soalan yang sama kan. Yelah harga rumah bukan makin murah. Dengan keadaan sekarang, boleh ke tak nak beli rumah ni. Dengar pula cerita orang rugi beli hartanah, lagi takut dibuatnya. Kan? 

Orang yang berjaya beli rumah bukanlah gaji mereka berbelas ribu. Mereka tahu rumah yang macam mana mereka patut beli, berapa kemampuan kewangan mereka dan juga belajar ilmu yang betul. 

Kali ni GilaHartanah bawakan satu program khas yang dinamakan Shortcut Beli Rumah di mana kami akan berkongsi kepada anda macam mana anda boleh beli rumah dengan betul. 

KLIK GAMBAR SEKARANG UNTUK BACA LEBIH LANJUT 

Previous

Ilmu urus duit yang anak anda patut tahu. Wajib ajar mereka ilmu ini

Graduan muda, ramai yang buat 7 dosa kewangan ini

Next