Sebut je Petaling Jaya, boleh terbayang banyak pilihan tempat makan menarik.
Tok sendiri sebagai seorang yang suka makan, memang suka cari makanan sedap dan berpatutan dekat kawasan Petaling Jaya. Pendek kata, macam-macam ada.
Kalau korang confuse (tak tahu) nak makan apa, Tok kongsikan 5 port makan menarik di Petaling Jaya. Jemput baca sampai habis.
Kalau korang nak pilih port makan yang bersih dan kemas, Tok syorkan korang makan kat Restoran Cafe DrM3 ni. Servis pun okay sangat.
Nampak macam simple je menu mereka ni, tapi jangan risau. Rasanya puas hati.
Restoran Cafe DrM3 ni menawarkan pelbagai jenis masakan panas termasuk masakan western. Antara menu yang ditawarkan adalah chicken chop, grilled chicken, nasi ayam, laksa kedah, mee goreng basah, cucur udang, dan sebagainya.
Yang penting sekali, harganya berpatutan sesuai dengan marhen macam kita ni.
Alamat : No.13, Jalan Sri Manja 10, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasi : 11.00 pagi – 1.00 pagi.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi mereka di 03-7492 4855.
Bagi yang suka makan ketam, Tok cadangkan korang cuba makan di sini. Ada pelbagai menu yang ditawarkan.
Antaranya adalah ketam cili, ketam telur masin, ketam lada hitam, ketam kam heong, ketam keju mentega, ketam masam manis, sup ketam, dan macam-macam lagi.
Makanan laut yang lain pun ada, jangan bimbang. Harganya berpatutan.
Alamat : 26-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya (dekat Sunway Giza).
Waktu Operasi : Setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam.
Untuk yang sukakan masakan kampung, port makan yang ni sesuai untuk korang.
Antara pilihan menu yang ditawarkan adalah gulai urat, siput sedut masak lemak, daging salai, sup tulang, sup tulang, sup herba, ulam-ulaman, sambal belacan dan banyak lagi. Makan pula dengan nasi panas, fuh sedap!
Harganya sangat berpatutan sesuai dengan poket kita.
Alamat : 10, Jalan PJU 8/3, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya.
Waktu Operasi : Setiap hari bermula dari jam 11.15 pagi hingga 4 petang.
Korang suka makan lemak?
Tok cadangkan korang cuba nasi lemak kat Restoren Village Park ni. Makan nasi lemak bersama ayam goreng mereka yang rangup dan lembut, fuh!
Selain daripada nasi lemak, restoren ni turut menawarkan menu nasi dagang, mee udang, assam laksa, lontong dan pelbagai masakan tempatan. Disini juga ada hidangan ringan yang korang boleh cuba iaitu roti sambal dan roti kukus.
Harganya sangat berpatutan sesuai dengan kualiti makanan yang ditawarkan.
Alamat : 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya.
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari (6.30 pagi – 7.30 petang).
Keistimewaan Restoren Mimpi Muor ni adalah asam pedas style Muar. Ada pelbagai ikan yang ditawarkan. Antaranya adalah kembung, pari, jenahak dan ikan merah.
Selain tu, mereka juga ada menu nasi campur. Harga disini berpatutan dengan kualiti masakan. Harga asam pedas bergantung kepada jenis ikan yang korang minta. Rasanya sedap, just nice.
Alamat : 26-1, Jalan PJU 7/16a, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya.
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari ( 9 pagi hingga 5.30 petang).
P/S: Korang nak tahu apa yang ada dekat kawasan Petaling Jaya? KLIK SINI DAN BACA SEKARANG.
—
Dah tahu dah kat mana nak makan? Yang Tok cadangkan dalam artikel ni adalah berdasarkan personal taste Tok.
Kalau korang berminat untuk cuba, boleh singgah cuba, ok?
–
Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.
Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.
Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]