PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

3 sebab anda dan pasangan tak patut buat ‘joint loan’

Ada macam-macam alat pelaburan yang korang boleh guna. Tok yakin korang dah tahu perkara ini.

Antara yang popular, adalah dengan melabur dalam hartanah. Ini jadi pilihan sebab risiko pelaburan ini mudah dikawal dengan data dan ilmu.

Sama ada untuk mencipta dana pelajaran anak-anak atau sekadar melancong selepas bersara nanti, ada perkara penting yang korang dan pasangan kena kaji dulu.

Nah, hadamkan perkongsian ilmu yang Tok baca kat blog Wealth Mastery Academy ni elok-elok. Dah baca, baru buat keputusan yang bijak.

Ini 3 perkara yang korang kena kaji dulu sebelum beli mana-mana hartanah yang ada.

Sebab #1 : Ini perkara paling tak best bila buat ‘joint loan’?

Ramai yang buat joint loan sebab pendapatan personal mereka, tak layak untuk dapatkan pinjaman yang besar.

Bila mereka buat ini (joint loan) dengan pasangan, baru mereka layak dapatkan jumlah loan yang lebih banyak.

Tapi, ini perkara yang wajib korang tahu sebelum buat joint loan.

Korang mesti dah tahu tentang MOF (Margin of Finance), kan? Dan korang pun mesti dah sedia maklum, seorang peminjam boleh dapatkan sehingga 90% untuk beli rumah pertama dan ke-2, kan?

Maaf, sebab apa yang Tok akan sampaikan ni bakal hampakan korang. Kalau korang buat joint loan, korang takkan dapat nikmati kelebihan ini.

Ini sebabnya. Bila korang ‘joint loan’ dengan pasangan, korang akan dikira sebagai ‘seorang peminjam.’

Bermakna, korang hanya layak dapat 90% MOF bila beli 2 biji rumah pertama. Dan bila nak beli rumah ke-3, korang hanya layak dapatkan 70% saja.

Bila jadi macam ni, korang kena la sediakan 30% down payment.

Kalau tak nak bayar 30% tu guna duit sendiri, mungkin korang boleh fikirkan untuk refinance 2 loan sebelum ni. Untuk loan rumah ke-3 tu, gunakan bawah nama pasangan korang.

P/S : Ini sekadar idea saja. Apa pun, kaji habis-habis dulu sebelum korang buat keputusan untuk refinance loan rumah tu.

Sebab #2 : Anda akan hilang peluang ‘elak’ RPGT

Perkara ni diumumkan masa pembentangan Bajet 2014. RPGT (atau Cukai Keuntungan Harta Tanah) berubah jadi :

  • 30% – jika hartanah dijual pada 3 tahun pertama,
  • 20% – jika hartanah dijual pada tahun ke-4,
  • 15% – jika hartanah dijual pada tahun ke-5.

Untuk tahun-tahun seterusnya, takde RPGT yang akan dikenakan.

Sebagai rakyat Malaysia, korang layak dapatkan pengecualian RPGT sekali seumur hidup. Korang hanya akan dicaj untuk cukai ini bila buat loan rumah seterusnya.

Baca balik perkongsian Sebab #1 tadi. Bila korang buat ‘joint loan’ dengan pasangan, korang akan dikira sebagai apa?

Jadi, korang dan pasangan hanya boleh nikmati pengecualian ni sebanyak sekali saja. Kalau korang dan pasangan buat loan secara berasingan, korang boleh nikmati kelebihan ni sebanyak 2 kali.

Sebab #3 : Seorang barai, pasangan pun ikut sama barai?

Bila korang buat ‘joint loan,’ bermakna skor kredit korang secara tak langsung akan effect pasangan korang.

Kalau skor kredit korang cun-melecun, tapi pasangan korang barai, peluang untuk korang dapatkan loan yang lebih banyak adalah kecil.

Silap-silap, bank akan reject permohonan korang tu.

Sebelum korang buat ‘joint loan,’ pastikan periksa dulu kesihatan skor kredit pasangan korang.

Cuma yang akan jadi masalah, korang hanya layak dapatkan jumlah loan yang kecil kalau bergantung kat gaji korang seorang.

Apa yang korang boleh buat adalah bantu pasangan korang untuk mantapkan balik skor kredit mereka.

Senang je nak cantikkan balik skor kredit. Korang hanya perlu bayar segala bil tepat pada masanya, dan pastikan tak ‘kantoi’ (lambat bayar hutang).

Nak buat ‘joint loan,’ boleh. Tapi pastikan korang sedia maklum dengan pro and cons yang ada.

Kalau tak perlu, tak payah menggatal nak buat. Kalau nak beli hartanah untuk pelaburan, Tok tak galakkan korang buat ini.

Ilmu ni bermanfaat? SHARE perkongsian ni kat kawan-kawan korang yang nak buat ‘joint loan’ tu. Elakkan musibah melarat sebelum terlambat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. hanis says:

    Salam tok, saya nk baru nak apply rumah pertama untuk tinggal sendiri, namun untuk apply skim rumah pertamaku, perlu joint loan kalau nak dapat 100% loan (sebabnya household income lebih dr rm5000).

    Persoalannya, bagus atau tidak joint loan rumah yg saya bakal beli ini dan tinggal didalamnya?